NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Skim Cakna Suri


Pendaftaran Suri Cakna Siri 1 2020 merupakan satu skim istimewa sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam. 

Ia khusus diwujudkan untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020. 

Sumbangan ini terhad untuk 150 orang suri di setiap DUN. Menyedari bahawa suri rumah merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati dalam membentuk keluarga Mawaddah yang selari dengan Dasar Keluarga Mawaddah, maka pelbagai program cakna Suri termasuk Suri Cakna ini diperkenalkan. 

Antara syarat kelayakan menerima Skim Cakna Suri adalah : 

 Syarat-syarat Kelayakan: 
1. Suri rumah sepenuh masa. 
2. Berumur 54 tahun dan ke bawah. 3. Mempunyai 
3 orang anak atau lebih di bawah tanggungan. 
4. Menetap di negeri Kelantan. 
5. Pendapatan Isi Rumah RM1500. 

Borang Suri Cakna Siri 1 2020 boleh diisi di pautan berikut:http://bit.ly/skimcaknasuri

Tarikh untuk isi borang Suri Cakna Siri 1 2020 bermula 3 November 2020 (Selasa) dan tamat pada 24 Disember 2020 (Khamis). 

 Maklumat lanjut, hubungi Unit Pembangunan Keluarga 013-983 6915 

Sumber: http://wanitakelantan.com/skim-cakna-suri/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo