NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2021:RM180 kredit telco untuk B40, RM50 e-Wallet kepada belia




KERAJAAN mengumumkan bantuan RM180 kepada lapan juta belia dalam bentuk kredit telekomunikasi untuk golongan B40 bertujuan mengurangkan beban kewangan mendapatkan kemudahan internet.

“Bermula suku pertama 2021, lebih kurang lapan juta penerima dari golongan B40 akan menerima bantuan RM180 ringgit seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi.

“Bantuan ini diperuntukkan RM1.5 bilion boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baru,” kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat.

Tambahnya, syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan manfaat bernilai RM1.5 bilion seperti dalam bentuk data percuma.

Sementara itu, kerajaan turut memperuntukkan RM75 juta bagi program e-Belia.

“Golongan belia memain peranan penting sebagai antara pelopor dan pengguna dalam mengadaptasi teknologi terkini.

“Ke arah membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai, Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM50 secara one-off ke dalam akaun e-wallet bagi mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.

“Dengan peruntukan RM75 juta, inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan lebih 1.5 juta belia,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo