NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2021 :Pandangan Awal Pemuda UMNO


1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara dasarnya mendapati Bajet ini menepati prinsip-prinsip yang digariskan di dalam Memorandum Suara Rakyat yang kami serahkan pada Menteri tempoh hari, antara lainya berpaksikan kepada (i) Belanjawan Mengembang (Expansionary Budget); (ii) Tidak terikat dengan kekangan kedudukan fiskal negara; dan (iii) menfokuskan kepada kesejahteraan rakyat.

2. Pengamatan awal mendapati Bajet ini agak menyeluruh dan menyentuh hampir semua golongan sasaran temasuklah di bandar dan luar bandar dan wilayah pembangunan.

3. Walaupun ada perbezaan dari jumlah kuantum bantuan dan insentif yang kami tuntut, secara dasarnya YB Menteri menyantuni pandangan kami sebaiknya. Sebagai contoh, Pemuda UMNO tuntut agar graduan diberikan insentif subsidi upah selama 12 bulan sebanyak RM600 sebulan tetapi Kerajaan beri RM1,000 sebulan selama 3 bulan; dan Kedua, e-wallet yang dicadangkan adalah bernilai RM50 sebulan untuk tempoh 12 bulan kepada belia yang belajar di universiti awam dan swasta, namun yang diberikan RM50 untuk 1.5 juta Belia 18-21 tahun secara one-off melalui e-wallet.

4. Pemuda UMNO akan mengkaji lebih mendalam mengenai Bajet ini. Saya dan teman-teman pimpinan Pemuda UMNO akan berbincang dan memperhalusi implikasi dan kesan Bajet ini pada rakyat secara menyeluruh.

5. Akhir sekali Pemuda UMNO berharap agar Ahli-ahli Parlimen dapat berbahas dan menyumbangkan idea-idea yang bermanfaat dalam sesi perbahasan Belanjawan yang bermula minggu hadapan yang boleh menambah-baik Belanjawan 2021 ini demi kemaslahatan rakyat dan negara keseluruhannya.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

6 November 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo