Analisis Kajian Tindakan Platform Sosial Dalam Menangani Propaganda

Berdasarkan laporan Industry Responses to Computational Propaganda and Social Media Manipulation oleh Taylor dan Hoffman (2019), bermula pada 2016, perhatian telah mula ditumpukan kepada tindakan dari platform media sosial dalam menangani penyebaran propaganda menggunakan komputer. Pada mulanya platform-platform media sosial memberi alasan bahawa hanya peratusan yang kecil sahaja dari keseluruhan hantaran atau pengguna yang terlibat justeru tidak banyak tindakan dari pihak mereka sendiri. Namun sejak awal 2017, mereka mula mengubah pendekatan dan mengambil sejumlah besar inisiatif dengan tergesa-gesa.

Kajian telah dijalankan menggunakan metodologi analisis kandungan terhadap pengumuman rasmi dari 6 platform internet (Facebook, Google dan YouTube, LinkedIn, Reddit, dan Twitter) berkaitan propaganda menggunakan komputer, disokong laporan berita terpilih serta terma-terma dan polisi-polisi yang berkaitan.

Bukti menunjukkan perubahan sikap platform internet dalam mendepani cabaran propaganda menggunakan komputer antara November 2016 dan April 2018. Bidang utama di mana plaftform campur tangan ialah dengan penguatkuasaan terma-terma dan polisi sedia ada dengan lebih ketat, di samping peningkatan kerjasama dengan pihak-pihak lain termasuk agensi berita, pemeriksa-pemeriksa fakta dan organisasi masyarakat.

BENTUK-BENTUK GERAK BALAS OLEH PLATFORM-PLATFORM UTAMA

Terdapat 10 kategori besar bagi kaedah campur tangan platform media sosial dalam menangani penyebaran propaganda menggunakan komputer.

1. Perubahan algoritma / kecerdikan buatan – Beberapa platform telah mengubahsuai algoritma mereka supaya merendahkan keutamaan berita-berita yang bermutu rendah atau memaparkan beraneka pandangan yang berbeza-beza (untuk mengatasi kesan ‘kamar gema’), dan juga menggunapakai kecerdikan buatan untuk mencari perilaku kesat, spam, atau kandungan-kandungan lain yang berbahaya, menyalahi undang-undang atau tidak dikehendaki.

2. Pemeriksaan fakta dan penandaan – Kerjasama dengan NGO dan organisasi berita untuk memeriksa fakta. Plaftorm-platform juga sudah melakukan ujikaji penandaan berita, samaada hasil pemeriksaan pihak ketiga ataupun hasil maklumat yang disediakan oleh organisasi berita yang berkerjasama dengan mereka.

3. Laporan yang diperkasa – Beberapa platform telah menguji beberapa kaedah bagi menggalakkan pengguna melaporkan kandungan yang bermutu rendah atau maklumat salah.

4. Penyelarasan kandungan oleh manusia – Terdapat beberapa inisiatif yang berfokus kepada mengambil atau melatih lebih ramai kakitangan untuk menyelaras kandungan

5. Penguatkuasaan – Penguatkuasaan dengan lebih ketat terma-terma dan polisi sedia ada merupakan langkah paling popular setakat ini.

6. Rakan kongsi dan kajian – Sebahagian platform telah berkerjasama sesame sendiri dan juga dengan organisasi-organisasi berita, university-universiti, dan pertubuhan-pertubuhan awam bagi melaksanakan kajian dan memerangi penyebaran propaganda menggunakan komputer.
.
7. Proram literasi media – Salah satu kaedah jangka masa panjang memberi fokus kepada kanak-kanak peringkat umur sekolah rendah dan seumpamanya bagi membiayai lebih banyak peluang pengajaran dan latihan untuk menanamkan kemahiran yang perlu bagi mengenal pasti kandungan yang palsu dan fakta sebenar.

8. Sokongan terhadap kewartawanan yang berkualiti – Bagi mendepani cabaran zaman digital, sebahagian platform telah mula menyediakan sokongan kewangan untuk melatih para wartawan dan mencipta peralatan yang memudahkan organisasi berita mencipta pendaftaran yang lancar bagi langganan berita.


KESIMPULAN
• Laporan kajian ini telah menyerlahkan bagaimana tahun 2016 merupakan titik tolak bagi perubahan sikap platform internet dalam mendepani cabaran propaganda menggunakan komputer dan kesannya terhadap demokrasi dan kepercayaan masyarakat terhadap platform itu sendiri.

• Masyarakat mungkin mendapat manfaatnya daripada pengekalan sebahagian jenis kandungan dan penghapusan sebahagian yang lainnya, namun persoalannya siapakah yang patut memutuskan apa yang perlu dibuat dan proses yang perlu diambil, serta bagaimana platform media sosial dapat dijadikan lebih mudah difahami, telus disamping tidak mengekang kebebasan bersuara dan demokrasi. 

• Pada dasarnya, platform media sosial perlu bekerjasama dengan pemegang-pemegang taruh yang lain bagi menggariskan gerak balas yang jelas, terbuka dan telus yang boleh memerangi propaganda menggunakan komputer dengan sesuai, berkesan serta meyakinkan.


Rujukan
Taylor, E. & Hoffman, S. (2019. Industry Responses to Computational Propaganda and Social Media Manipulation. Computational Propaganda Research Project, University of Oxford.



Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post