NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Propaganda DSAI Mengenai Spekulasi Berkenaan Darurat Dikaitkan Dengan Ke Arah Kerajaan Diktator


Oleh : YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
7 RabiulAwal 1442H | 24 Oktober 2020

DSAI harus akui bahawa wabak Covid-19 yg berlaku di Malaysia adalah hasil kegagalan Kerajaan PH menangani pada peringkat awal lagi. Kerajaan PH seolah-olah tidak ambil peduli apabila gagal menghalang kemasukan pelawat-pelawat dari luar terutamanya dari Negara China dan kegagalan pentadbiran lalu dalam urus tadbir hingga wujudnya kluster tabligh.
Kerajaan Perikatan Nasional yang berjaya mengambil alih kerajaan dari Kerajaan PH telah berjaya membendung wabak Covid-19 hingga tiada kes baru positif dan ini diakui oleh dunia.

Tidak di nafikan juga antara punca gelombang ke 2 ini adalah apabila Kerajaan PH Sabah mahukan PRN Sabah di adakan bagi mengekalkan kuasanya tetapi gagal dan disebabkan inilah juga menjadi punca meningkatnya kes Covid-19 di Negeri Selangor. Kes positif Covid-19 terus meningkat di negara kita, di Selangor dan di Sabah. Kes kematian akibat Covid-19 pun meningkat dan sangat membimbangkan walaupun PKPB dan PKPD dikuatkuasakan semula.

Sudah tentu kerajaan harus bertindak lebih daripada hanya sekadar PKP , PKPB dan PKPD.
Kenapa DSAI tidak melihat kepada kenyataan media DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung telah menekankan soal kebimbangan penularan wabak Covid-19 ini.
Kenapa masih mahu membawa persepsi politik sekiranya berlaku Darurat sehingga melebel Kerajaan Diktator. Adakah wabak Covid-19 ini bukan soal keselamatan negara. Apakah langkah yg akan diambil ini juga menunjukkan kebertanggunhjawaban Kerajaan PN dalam menangani wabak Covid-19.

Cukuplah bermain politik semasa-mata. Beliau membawa mesej mempunyai sokongan yang majoriti untuk menjadi PM pun gagal dan hanya dongengan semasa-mata. Kesan nya sangat buruk kepada ekonomi dan negara kita sehingga bursa saham pun menjunam.
Tumpukan bersama kepada menangani gelombang ke 2 wabak Covid-19 ini dan janganlah asyik berpolitik sahaja, rakyat sudah muak terutamanya politik persepsi PH.

Sekiranya berlaku Darurat, Ianya adalah soal keselamatan negara berhadapan wabak Covid-19 bukan politik diktator.


***YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor








No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo