NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Tidak perlu darurat, segerakan bantuan atau sistem kesihatan di Sabah 'runtuh' -MMA


KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat disebabkan ancaman pandemik COVID-19 ketika ini, tegas Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Bagaimanapun Presidennya, Profesor Datuk Dr. Subramaniam Muniandy berkata bantuan perubatan dan pertolongan amat diperlukan di Sabah ketika ini.

“Kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pula masih terkawal, namun pendekatan sedia ada perlu ditambah baik.

“Bantuan kewangan yang besar dan segera daripada Kerajaan Persekutuan amat diperlukan bagi mengawal COVID-19 di Sabah atau sistem penjagaan kesihatan di negeri itu akan runtuh,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Ahad.

Dr Subramaniam juga berkata, llaporan sebelum ini turut menyatakan frontliners mengalami keletihan melampau, keletihan dan kekurangan tenaga kerja. Lebih pekerja kesihatan diperlukan.

"Kami menggesa Kerajaan untuk mempertimbang pertolongan dari fasiliti kesihatan awam dari negeri-negeri lain dengan pengurangan kes COVID-19 berbanding yang berlaku di Sabah, baru-baru ini.
Malah katanya, jangkitan COVID-19 dalam komuniti dijangka terus meningkat di seluruh negara.

Tegasnya, tiba masanya untuk situasi ini diteliti menerusi sains, praktikal dan penyelesaian secara berkoordinasi, dan bukan menerusi ketidakstabilan politik yang akhirnya tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada negara.

Justeru, pihaknya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan bantuan kecemasan dalam menangani krisis di negeri itu.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-tidak-perlu-darurat-segerakan-bantuan-atau-sistem-kesihatan-di-sabah-runtuh-265217

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo