NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kisah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Pernah Hendak Letak Jawatan Menteri Besar Kelantan

Pada tahun 1995, berlakunya pergolakan di dalam SEMANGAT 46 sehinggakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hendak meletakkan jawatan Menteri Besar Kelantan.

Ustaz Fadzil Mohd Noor mengarahkan saya untuk memujuk Tuan Guru Nik Aziz supaya tidak meletak jawatan.

Saya bersama Cikgu Pa bertolak ke Kota Bharu untuk mendengar keluhan Tuan Guru.

Saya mulakan dengan kisah Saidina Uthman bin Affan RA yang dikepung rumahnya ketika ramai yang tidak berpuas hati dengan beliau dan meminta Saidina Uthman meletak jawatan sebagai khalifah.

Saidina Uthman RA menjawab, jawatan khalifah itu adalah pakaian yang Allah SWT pakaikan kepadanya. Beliau tidak akan menanggalkan pakaian yang dipakaikan oleh Allah SWT tersebut.

Begitulah juga dengan Tuan Guru Nik Aziz, jawatan Menteri Besar Kelantan itu adalah pakaian yang Allah pakaikan kepada beliau.

Merah muka Tuan Guru dan beliau menerima pujukan tersebut dan terus memegang jawatan sehingga hampir hujung hayat beliau.
Semoga Allah merahmati Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang hidup matinya bersama perjuangan Islam dan menempuhi segala cabaran dan dugaan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo