NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek Hentam @ PH - Nik Abduh

Sahabat bertanya, mengapa YB Dato' Dr Mohd Khairuddin at Takiri secara konsisten dihentam oleh pemimpin PH dan juak-juaknya?

Saya jawab, agar diimbangi pujian-pujian dan penghargaan rakyat ke atasnya di atas kejayaannya mengemudi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi  yang telah berjaya membantu memulihkan ekonomi negara dan rakyat kebanyakan dengan baik sekali. Imbangan itu adalah sunnah Allah ke atas para hamba-Nya yang disayangi-Nya.

Jika sang hamba menekuni hikmat itu, maka dia akan terus membaiki diri,  bertambah kukuh dan istiqamah berjuang di jalan Allah.

Justeru, biarkan hentaman ke atasnya itu berjalan pada saat ketika dan ketentuan Allah. Kemudian saksikan pula bagaimana kekuatan hikmat itu menghancurkan kebatilan yang cuba menutupi kejayaan dan kebenaran yang menyebelahi beliau. 

Selamat maju jaya untuk beliau dalam melaksanakan amanah perjuangan.


#Istiqamah
#PN #MN #PAS
#MalaysiaSejahtera

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo