NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hari Ini Giliran Nelayan Yang Terkena ! PSR Akan Diteruskan Pada Suku Pertama 2021 .

Hari ini giliran nelayan yang terkena ! 
Esok mungkin kita pula..
Melihat pada acuan pembangunan yang ada, 
Negeri ini hanya untuk yang ada-ada saja... 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1206370856412134&id=100011176928169


Air mata nelayan menitis . Mereka bakal dihalau oleh penguasa bermentaliti penjajah.  Kawasan laut pesisir pantai untuk nelayan mencari makan bakal dikambus menjadi pulau tambak. Masih tak puas menambak STP2 di Gurney Drive yang kini terbengkalai ? Mahu tambak lagi ?

Kerja-kerja fizikal untuk Penang South Reclaimation bakal dimulakan pada suku pertama 2021. Zairil Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat penjelasan hal ini dalam sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini. Zairil ni bapa beliau bukanlah nelayan. Jadi apalah dia faham tentang suara nelayan.

Mereka tak pedulikan pun bantahan nelayan yang bakal terjejas. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan jayanya melantik TKM 1 sebagai Pengerusi Taskforce Pampasan Nelayan. 

Beliau ini mempunyai rekod berjaya menjayakan kepentingan pemaju untuk memastikan laluan LRT di atas Masjid Sg Nibong Besar sebelum ini, yang dipertikaikan soal tanah wakaf. Mereka terus claim bahawa rizab jalan lebih autoriti daripada tanah kubur lama wujud , sebelum wujudnya jalan besar tersebut. 

Mereka-mereka ini jelas tak hiraukan permohonan rayuan kepada Lembaga Rayuan AKAS 1974 Seksyen 35 & 36 . Lembaga Rayuan ini ada kuasa untuk membatalkan EIA . 
Mereka tetap degil dan tergesa-gesa untuk mulakan kerja fizikal sebelum EIA ini luput dengan sendirinya selepas 2 tahun. 

Satu perkara yang meragukan lagi apabila gambaran ilustrasi arkitek iaitu Bjarke Ingel Group-BIG yang dipilih bagi mewajahkan pulau tambak ini adalah bertentangan dengan ilustrasi yang dihantar dalam permohonan EIA yang telah diluluskan. 

Apa makna EIA yang ada kalau , ilustrasi arkitek adalah tidak selaras dengan apa termaktub dalan EIA. Apakah ini sah ? 

Terdapat lagi perkara penting yang menjadi saranan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang mesti dilakukan TANPA GAGAL , namun kita tak pernah dengar komitmen Kerajaan Negeri untuk laksanakan . 

Perkara-perkara tersebut adalah ;

1. Menggazet Zon Konservasi Perikanan di sepanjang pesisir pantai dari Pulau Betong ke Teluk Bahang termasuk kawasan air sehingga baru nautika.

2. Pengazetan Middle Bank sebagai fisheries protected area

3. Pengubahsuaian reka bentuk pulau dengan menyediakan laluan migrasi subtidal zone sedalam 1 hingga 2 meter ketika air surut paling rendah dengan kelebaran yang mencukupi di selatan pulau yang dicadangkan untuk udang putih besar dan udang swallow berhijrah ke barat Pulau Pinang. 

Perkara ketiga di atas ini mewajibkan kerajaan negeri menjalankan 2 kajian iaitu ; 

i ) Ontogenetic Migration of Peanaus Merguiensis and Metapenaeus Ensis , ini udang putih and The Impact of Dredging and Reclamation of PSR of The Two Prawns Population and Their Fisheries , one year cycle complete.

ii) Noise Population Impact on Fish Due to Dredging and Reclaimation of PSR 

Dengan ini , saya menggesa untuk beri komitmen terlebih dahulu pada saranan Kementerian ini dan siapkan dahulu 2 kajian penting yang dinyatakan di atas. 

Kepada seluruh rakyat Pulau Pinang , hari ini mungkin hari untuk kelompok nelayan yang terlebih dahulu bakal tertindas oleh acuan pembangunan tak seimbang oleh kerajaan negeri. 

Semalam saya mendengar bahawa telah ada JMB terkesan daripada defect bangunan-bangunan hasil daripada sikap culas pemaju. 

Apa lagi kita mampu berharap jika kerajaan ini yang melebihkan pemaju dan akhirnya pemaju terus mendapat untung. Manakala kelompok rakyat satu demi satu menerima azab. 

Marilah kita semua bersolidariti membantah PSR untuk mempertahankan nelayan hari ini dan menyelamatkan kelompok-kelompok lain yang berisiko terkesan atas pembangunan yang mendahulukan pemaju dan pihak berkepentingan. 

Zikrullah Ismail
#UntukNegeriKita
USM Pulau Pinang
21 Oktober 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo