NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Benarkan Keluar Wang KWSP Elak Pekerja Pinjam Ah Long

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) minta kerajaan mengkaji semula cadangan pengeluaran akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam usaha meringankan beban pekerja di Malaysia yang tertekan ekoran penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Timbalan Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kelonggaran bagi pengeluaran tersebut juga boleh membantu individu yang tiada pekerjaan mahupun kehilangan pekerjaan.

Menurutnya, ada kemungkinan pekerja terpaksa meminjam dengan institusi kewangan sehingga ke pinjaman ah long disebabkan terhimpit untuk meneruskan kehidupan harian.

“MTUC berpendapat daripada mereka meminjam, adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran tersebut.

“Kaedah ini dapat mengurangkan beban ekonomi pekerja terhadap pinjaman sedia ada, bil utiliti yang tertunggak mahupun kegunaan perbelanjaan kehidupan harian di samping menggunakan dana yang dikeluarkan ini sebagai modal perniagaan perniagaan untuk menyara hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, kaedah tersebut juga dilihat mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan rakyat apabila sebuah petisyen yang dibuat menunjukkan lebih 15,000 orang bersetuju untuk pengeluaran akaun satu KWSP.

Bagaimanapun, beliau berkata, MTUC berpendapat kajian terperinci perlu dibuat bagi mengenal pasti mekanisme pengeluaran itu dengan melibatkan semua pihak berkepentingan bagi menentukan jumlah yang munasabah dan mengenal pasti pekerja yang benar-benar memerlukan pengeluaran tersebut.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/107742/BERITA/Nasional/Benarkan-keluar-wang-KWSP-elak-pekerja-pinjam-ah-long

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo