NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Biadabnya Pertubuhan Pelajar Cina Pro-DAP UM Terhadap Yang Di-Pertuan Agong

Lihatlah betapa semakin biadabnya Pertubuhan Pelajar Cina pro-DAP UM bernama University of Malaya Association of New Youth (UMANY) ini terhadap Yang Di-Pertuan Agong.

Sebelum ini UMANY inilah yang menjuarai desakan supaya Naib Canselor UM, Datuk Ir. Abdul Rahim Hj Hashim, meletakkan jawatan kerana terlibat dengan Kongres Maruah Melayu.

Kini ia secara terbuka pula mendesak Yang Di-Pertuan Agong supaya jangan campur tangan dalam urusan-urusan negara (“the Yang Di-Pertuan Agong should not interfere in national affairs”).

Bagaimana Yang Di-Pertuan Agong boleh tidak campur tangan dalam urusan-urusan negara bila menjadi kewajipan dan sumpah Baginda untuk “menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia”?

Bagaimana Yang Di-Pertuan Agong boleh tidak campur tangan dalam urusan-urusan negara bila Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong”?

Bagaimana Yang Di-Pertuan Agong boleh tidak campur tangan dalam urusan-urusan negara bila Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen”?

Tidak diajarkah UMANY ini mengenai Prinsip penting Rukun Negara yang wajib dijunjung oleh setiap rakyat Malaysia yang berbunyi “Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara”?

Kenyataan biadab UMANY boleh dibaca di sini: https://facebook.com/story.php?story_fbid=1063464650744690&id=565674567190370

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo