NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Graduan biadap Istiadat Konvo UM: Pendedahan bukti siswa diasuh DAP


Sebentar tadi Majlis Eksekutif Kebangsaan Pemuda DAP (DAPSY) mengeluarkan kenyataan media, mengecam Universiti Malaya kerana bertindak menyekat seorang graduan daripada memasuki dewan Konvokesyen pagi tadi. Graduan tersebut ialah Kon Hua En, bekas Presiden UMANY yang memprovokasi universiti selepas insiden graduan biadap semalam.

Kenapa DAP campur tangan? Kerana dua graduan tersebut dalam rangkaian UMANY adalah kader asuhan DAP:

1. DAP mengkader pelapisnya dari kalangan siswa melalui pertubuhan University Malaya Association of New Youth (UMANY), yang ditubuhkan 2001, pasca gelombang Reformasi Anwar.

2. Graduan biadap dalam Istiadat Konvokesyen semalam, Wong Yan Ke merupakan Presiden UMANY terkini, selepas Kon Hua En (yang dihalang masuk dewan Konvokesyen).

3. Bermula pada November 2016, UMANY menganjurkan siri Kuliah Demokrasi UM, lanjutan daripada Sekolah Demokrasi yang ditubuhkan oleh DAP. Antara tenaga pengajar yang terlibat dalam kuliah UMANY itu ialah Hew Kuan Yau (bekas Ketua DAP Teluk Intan), Tony Pua (Ahli Parlimen DAP Damansara) dan Chiong Yoke Kong (ADUN DAP Tanah Rata & editor akhbar DAP, The Rocket).

4. Tenaga pengajar kuliah UMANY merupakan pemimpin DAP yang sama terlibat dalam Sekolah Demokrasi. Di sinilah indoktrinasi dan kaderisasi DAP berjalan melalui kuliah dan program mereka. Tidak hairanlah UMANY aktif berkempen menentang kerajaan (sebelum PRU14) termasuk mengadakan demonstrasi Bersih 5 di dalam kampus UM.

5.Tenaga pengajar utama, Hew Kuan Yew atau dikenali sebagai 'Superman Hew' terkenal dengan rekod rasis dan biadap. Masih ingat ceramahnya 'Screw Malay' di Sarawak? Beliau juga orang yang sama menunjukkan isyarat lucah pada papan iklan bergambar Najib Razak.

6. Pada 30 Januari 2019, Hew dilantik sebagai CEO Malaysia-China Business Council (MCBC) yang diumum oleh Pengerusi MCBC, Tan Kok Wai (Ahli Parlimen DAP Cheras). 

7. Tidak lama selepas itu, Wong Yan Ke bersama siswa UMANY mengadakan kunjungan ke pejabat MCBC yang terletak di Menara LGB, Kuala Lumpur dan menemui Hew (rujuk foto Bukti 1).

8. Hew berperanan menganjur kursus (indoktrinasi) untuk siswa universiti seluruh Malaysia bersama seorang lagi, Chiong Yoke Kong. Chiong aktif mengkader siswa, dan ruangnya lebih terbuka apabila dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAPSY pada 2015 (kini Timbalan Pengerusi DAPSY).

9. Chiong merupakan siswazah Universiti Malaya. Selepas bergraduat dari UM, beliau menyertai pasukan Teo Nie Ching, berkempen untuknya sebagai calon DAP Parlimen Serdang dalam PRU 2008 (rujuk foto Bukti 2).

10. Pada 22 Mac 2019, berlaku insiden kekecohan akibat provokasi yang dibuat Wong (graduan biadap) dalam 'protes Raykat' sempena Sembang Santai Najib Razak dengan siswa UM dan UKM di hadapan Restoran Amjal, Pantai Baharu. Wong mendakwa dikasari dalam kekecohan tersebut.

11. Pemuda DAP (DAPSY) tampil membela Wong berhubung insiden itu. Salah seorangnya ialah Woo Kah Leong, AJK DAPSY. Siapa Woo? Woo merupakan bekas Presiden UMANY (2012-2013). Dalam PRU 13 (2013) beliau menjadi sukarelawan DAP untuk kempen pilihan raya tersebut ketika masih bergelar siswa undang-undang di UM. Pada 2015 ketika sedang menjalani latihan dalam kamar (chambering), beliau terlibat dalam DAP Veteran Oral History Project, ditugaskan menterjemah transkrip berbahasa Cina. 

12. Woo kini merupakan Setiausaha Politik kepada Timbalan Speaker II Dewan Rakyat, Nga Kor Ming (Nga ialah alumni UM).

*Kenyataan bersama Majlis Eksekutif Kebangsaan Pemuda DAP (DAPSY) mengecam Universiti Malaya: https://www.facebook.com/yokekong.dap/posts/529448791173310

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo