Usaha Cybertrooper PH Memburukkan Imej MB Kedah Ternyata Gagal

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor tampil menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung aktiviti pembalakan yang berlaku di negeri itu.

Melalui satu kenyataan dikeluarkan pejabatnya, beliau menjelaskan dakwaan itu satu lagi usaha untuk memberi tanggapan buruk terhadap kepimpinannya.

Kenyataan itu mengulas dakwaan yang ditularkan melalui akaun Facebook Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Shariffa Sabrina Syed Akil.

"Dua imej satelit hutan berhampiran Empangan Ahning tersebar melalui pelbagai platfrlorm internet, seolah-olah kerajaan negeri hari ini yang membenarkan pembalakan di kawasan berkenaan pada Julai dan Ogos lalu.

"Apa yang sebenarnya, kerajaan Kedah pimpinan menteri besar Muhammad Sanusi yang mengambil alih kepimpinan bermula 17 Mei 2020 tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen pembalakan," jelas kenyataan itu.

Terdahulu, hantaran di Facebook Sabrina Syed itu turut menyertakan imej satelit yang memperlihatkan keadaan sebelum dan selepas pembalakan.

"Dalam sekelip mata kemusnahan hutan bersebelahan dengan Tasik Ahning, Kedah. 

"Dari Julai hingga Ogos 2020. 75 hektar," tulisnya.

Hantarannya itu dikongsi oleh hampir 300 pengguna Facebook.

Sementara itu, pejabat menteri besar Kedah berkata mengikut rekod Jabatan Perhutanan lesen pembalakan di kawasan berhampiran Empangan Ahning itu dikeluarkan pada 2019 bagi tempoh berkuat kuasa antara 25 Februari hingga 25 Ogos 2020.

Ia merupakan lesan yang disambung semula oleh Jabatan Perhutanan disebabkan kerja mengeluarkan hasil yang belum selesai.

"Jabatan Perhutanan mengeluarkan lesen membalak untuk dikeluarkan semua hasil sebelum tanah itu diluluskan hak milik lepada syarikat Tradewinds.

"Keputusan untuk memberikan hak milik tanah kepada syarikat berkenaan dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa tanah dan hasil bumi pada 1 Ogos 2017," kata kenyataan itu.

Mengikut sumber pejabat MB, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran maklumat palsu ini. Seorang penguam telah dilantik untuk meneliti isu ini untuk diambil tindakan.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post