NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sebarang cubaan menggugat keamanan negara adalah suatu mafsadah yang perlu dielakkan



Dr HK
23/9/2020

Saya cuba untuk bersikap neutral dalam mengkritisi hal perbuatan pemimpin² politik yg menggugat kestabilan sesebuah kerajaan dengan berpandangan bahawa walaupun dibenarkan (lebih tepat dimanipulasi) oleh demokrasi, ia adalah satu mafsadah kubra pada negara.

Banyak hadis yang melarang pengkhianatan pemimpin, pembelotan dalam baiah, khuruj alal imam dan memberontak. Walaupun konteks hadis² tersebut memfokuskan pada realiti politik zaman Islam dahulu tetapi illah larangan tersebut difahami oleh ulama Ahlussunnah wal Jama'ah ialah wujudnya ketidakstabilan dalam ummah yg bakal menyebabkan pertumpahan darah. Ini kerana waktu itu terutama selepas khilafah raasyidah, sistem khilafah bertukar kpd corak monarki. Namun demikian, corak itu dianggap sah (syari'e) oleh fuqaha ASWJ walaupun tidak syuratik seperti zaman sebelumnya. Kerana apa? Kerana menjaga maslahah perpaduan ummah dan kestabilan negara di bawah khalifah haft-qualified bagi menghadapi ancaman luar adalah lebih besar daripada mengembalikan corak syuratik yg mungkin bakal mengorbankan ribuan nyawa demi seorang khalifah yg ideal.

Pendirian ini membezakan ASWJ daripada kumpulan sesat lain seperti Syiah dan Khawarij yang sentiasa memberontak demi untuk wujudnya seorang pemimpin ideal (Imam 12 Syiah) atau yg adil (Khawarij). Bukan kerana keadilan atau kualiti kepimpinan dipandang enteng, tetapi maslahah politiknya bersifat tahsiniyyat sahaja berbanding kehormatan nyawa umat Islam yang bersifat daruriyyat. Dlm pertimbangan maqasid, jika maslahah tahsiniyyat iaitu mengangkat pemimpin adil dipertahankan sehingga maslahah daruriyyat terancam, maka kesatuan ummah yg daruriyyat di bawah pemimpin yg half-qualified wajar dilindungi. Inilah yg dipraktik oleh fuqaha ASWJ yg mengajak umat Islam tidak berkonfrontasi dgn kerajaan Umayyah-Abbasiyyah-Uthmaniyyah.

Mungkin tidak wajar kita mengaplikasikan kecaman² Allah dan rasulnya dalam hadis menentang khalifah yg sedang memerintah, pada parti² politik pembangkang dlm sistem demokrasi kerana parti pemerintah mungkin kalah seterusnya menjadi pembangkang pula. Namun kita boleh keluarkan maqasid politik dalam hadis² berkenaan iaitu kepentingan menjaga maslahah negara, perpaduan dan kestabilan dalam masyarakat mesti diutamakan oleh semua parti politik Islam.

Justeru, tindakan menukar kerajaan bukan melalui PRU seperti sedia maklum, mungkin tidak tepat dirujuk sebagai bughah dalam kes Hudud (atau takzir siyasi) tetapi suatu jenayah siyasiyyah yg membawa anasir kesan bughah iaitu menyebabkan panik, kegemparan, ketidakstabilan ekonomi dan politik. Perubahan kerajaan mungkin boleh berlaku dan sememangnya berlaku di negara² lain tetapi bukan satu norma politik yang selari dengan maqasid siasiyyah Islam.

Saya melihat keghairan sesetengah dinasor politik tempatan yg gemar bermain dengan angka majoriti (agak kerap) selepas terbentuknya kerajaan yg diakui oleh YDPA adalah satu "sabotaj politik" yang perlu diambil perhatian. Tidak disebut kesalahan atau jenayah kerana dalam UU kita tidak dianggap jenayah. Sebab itu saya kata, tindakan demikian sangat tidak menepati maqasid siyasiyyah yang dikandung dalam nas² mengenai bughah, penentangan khalifah sedia ada, pengkhiatan politik dan pelanggaran bai'ah yg sah.

Tunggulah sehingga PRU yang sah atau pembubaran kerajaan. Waktu itu biarkan rakyat yg menentukannya. Ya, ahli parlimen atau adun yang melompat parti juga merupakan pengkhianat kepada undi orang ramai. Jangan ingat ia tidak akan dihisab oleh Allah SWT kelak melainkan mereka melepaskan jawatan dengan baik.

Demokrasi bukan tiket yg menidakkan halal haram dalam berpolitik. Ia hanya medium bagi ahli politik Islam bersiasah yang masih terikat dengan kerangka hukum syarak berasaskan al-Quran dan sunnah. Saya hairan, sesetengah Islamis politik Malaysia, apabila menyertai politik demokrasi, mereka terlupa batasan halal haram dan mengambil kira maqasid siyasiyyah Islam dalam hal seperti dibincangkan.

Prinsip saya sebagai kakitangan kerajaan yang sah ialah Ł†Ų­Ł† Ł…Ų¹ Ł…Ł† ŲŗŁ„ŲØ.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo