NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pasca PRN Sabah : Acara Membeli, Melompat dan Tawaran Jawatan Sedang Giat Berjalan.

Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (dua dari kiri) dan Penasihat Perdana PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bersama tujuh ADUN PBS yang memenangi PRN Sabah semalam

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa semua calonnya yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam telah dihubungi parti lawan untuk ‘beralih angin’ menyokong mereka, seterusnya meninggalkan rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Difahamkan, ia bagi mendapatkan sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan baharu yang sepatutnya dimiliki oleh GRS selepas memperoleh majoriti mudah sebanyak 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), selain memperoleh sokongan daripada tiga calon Bebas menjadikan kesemua 41 kerusi DUN.

PBS dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi mereka hari ini menyatakan bahawa pihak lawan sanggup menawarkan wang dan jawatan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili parti itu.

“Dalam kemelut pelantikan calon Ketua Menteri yang belum diumumkan, propaganda politik mulai tersebar, khabar angin pengkhianatan mula bertiup dan PBS sekali lagi menjadi mangsa sasaran termasuk difitnah.

“Mainan politik kotor oleh parti lawan yang pada masa kempen kononnya mengamalkan nilai prinsip dan maruah, nilai kesatuan dan integriti, kini berubah wajah, berubah rupa.

"Mereka yang kononnya parti tempatan lebih baik dari parti Malaya tapi sebenarnya bertopengkan musang,” kata kenyataan tersebut.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/102927/Pilihan-Raya/PRN-Sabah/PBS-dakwa-dihubungi-lawan-ditawarkan-wang-dan-jawatan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo