NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKPD di Penjara, Kuarters Penjara Taman Ehsan di Tawau, Dilanjutkan Hingga 9 Okt


KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan di Tawau, Sabah, dilanjutkan selama 14 hari bermula 26 Sept hingga 9 Okt ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di kedua-dua lokasi berkenaan bermula 11 hingga 25 Sept lepas.

“Dalam tempoh tersebut, kadar kes baharu positif COVID-19 di kawasan berkenaan ialah dua angka sehari dan pada 23 Sept, sebanyak 107 kes baharu dilaporkan.

“Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di kawasan tersebut selama 14 hari bermula semalam (26 Sept) hingga 9 Okt ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan melaksanakan PKPD di kedua-dua lokaliti tersebut, ekoran peningkatan kes baharu positif COVID-19 yang melonjak ke angka tiga digit iaitu 100 kes dicatat dan sebanyak 62 kes daripadanya dalam tempoh 24 jam melibatkan kluster penjara di Tawau dan Lahad Datu.

Bagaimanapun, Ismail Sabri dipetik sebagai berkata penduduk di Tawau tidak perlu khuatir kerana keadaan di luar Penjara Tawau akan seperti biasa.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo