NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan Angkuh, Jangan Sombong


Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Masa kita menang PRU14 hari tu, kita pakat sindir PAS - kata dulu masa BN jadi kerajaan PAS jadi pembangkang, masa BN jadi pembangkang pun PAS still jadi pembangkang.

2) Bilamana Bang Mat kita jadi Menteri Pertahanan, kita sindir orang PAS kata hati orang PAS bernanah tengok Bang Mat memeriksa barisan tentera. Siap pakat buat gambar memek Presiden PAS periksa perbarisan Unit Amal. Berlagak giler kita masa tu.

3) YB Khalid Samad, YB Hanipa, YB Salahuddin dan ramai lagi pemimpin kita dapat jadi Menteri dan Timbalan Menteri, kita tertawakan pemimpin PAS. Berlagak gila-gila kita masa tu. Seronok benau kita ketawakan orang PAS. Seboleh-bolehnya kita komen kasi ayat-ayat menghiris dan melapah hati orang PAS. Rasakan orang PAS!

4) Semakin hari semakin berlagak, sombong dan angkuh kita mendabik dada dengan kemenangan PRU14 dan kejayaan menjadi kerajaan. PAS apa ada? Jadi pembangkang selama-lamanya kita kata. Kita boleh sumbat ramai-ramai orang kita masuk dalam GLC dan agensi kerajaan. Sekandang pun sekandang lah peduli apa.

5) Booom! Tiba-tiba takdir Tuhan meruntuhkan kesombongan dan keangkuhan kita. Gila bhaiii tak sempat nak ready apa-apa, tumbang melingkup sekelip mata. Yang pergi Hanoi balik berputih mata. Yang duk tengah sembang dengan nelayan, ternganga. Kerajaan kita tumbang tak terjangka. 

6) Pemimpin kita tengah duk syiook jadi menteri dan timbalan menteri, tiba-tiba hilang segala. Mau tak marah. Orang sombong dan angkuh, akan tersentak gila-gila. Kita lah tu, jangan tak mengaku. Slogan kerajaan pintu belakang tu hanya nak sedapkan hati penyokong saja.

7) Nah, hari ini Tuhan bayar cash juga. Tengok orang PAS berkoyan-koyan masuk GLC. Hati siapa bernanah pula? Arrrghh... panas gila. Hasad tak terkata. Layak atau tak layak, peduli apa. Kita serang saja!

8 ) Pengajarannya, jangan angkuh dan sombong. Nak sindir orang, nak kitai orang silakan. Tapi jangan ada unsur sombong dan membongkak. Tuhan sangat tidak suka kepada orang angkuh dan sombong.

Sekian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo