NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Dr Kamil Majid : Amanah Hasut Saman Dr Kamarul Yusof


Dalam komentar saya ke atas kemasukan Dr Kamil Majid ke dalam AMANAH pada 5 September lalu, saya ada menyebut begini: 
“Dengan sokongan kuat beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak pelik jika ada yang berteori bahawa kemasukan Dr Kamil Majid mungkin adalah untuk memperkuatkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam AMANAH.”

Hari ini Dr Kamil Majid mengulas komentar saya ini dengan:
(1) Mengucap terima kasih kepada saya kerana mengulas kemasukan beliau ke dalam AMANAH.
(2) Mendakwa tulisan saya bias bila menuduh beliau cuba nak bawa (pengaruh) Anwarinas ke dalam AMANAH atas alasan beliau bekas orang ABIM.
(3) Menjelaskan beliau menyertai AMANAH kerana percaya kepada Perlembagaan AMANAH seperti tercatat di bawah tajuk Dasar dan Tujuannya.

Seperti yang telah saya sebutkan, saya tiada masalah dengan kemasukan Dr Kamil Majid ke dalam AMANAH dan saya juga menerima baik maklum-balas beliau ke atas komentar saya ini.

Saya tidak menuduh tetapi hanya menyebut teori beberapa rakan bahawa kemasukan beliau mungkin adalah untuk memperkuatkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam AMANAH.

Hanya kerana menyebut begitu bertalu-talu kawan-kawan dari AMANAH, termasuk Abu Irsyad, Mohd Arif Juhani dan Dr Mohd Hilmi Abdullah, menggesa Dr Kamil Majid menyaman saya.

Macam tak ada kerja lain pula mereka ini selain dari seronok melihat saya disaman walhal sepatutnya sebagai penyokong parti yang didakwa progresif mereka patut suburkan budaya wacana ilmiah. 

Sumber: https://www.facebook.com/kamilianskitchen/posts/10221073398479075

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo