NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi esok



SEREMBAN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan secara rasmi dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun selepas menghadap baginda di Istana Hinggap pada jam 8.30 malam, Khamis.

Menurut beliau, pembubaran tersebut turut mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

"Alhamdulillah hari ini jam 8.30 malam, saya telah mengadap YDPB dan baginda telah perkenan untuk membubarkan DUN bermula pada esok (Jumaat).

"Pembubaran ini mengikut dan mematuhi UUTKNS dan selepas ini pilihan raya, kita akan menghantar notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian," katanya.

AKAN MENYUSUL



Sumber | Sinar Harian






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo