NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanya TYT Mampu Tentukan Siapa Calon KM Sabah

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor menjelaskan hanya Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang mempunyai bidang kuasa menentukan siapa calon Ketua Menteri Sabah yang baharu dalam kalangan parti-parti membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pula menegaskan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin telah meminta pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah memberi nama senarai calon Ketua Menteri Sabah dalam tempoh secepat mungkin. 

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, hal ini bagi membolehkan Tun Juhar meneliti senarai nama berkenaan untuk dilaksanakan pemilihan calon Ketua Menteri Sabah dengan segera.

Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah PBS) Datuk Jahid Jahim menyerahkan keputusan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berhubung pelantikan calon Ketua Menteri Sabah. 

Menurutnya, perbincangan Tun Juhar bersama pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lain berjalan dengan lancar dan dijalankan dalam suasana harmoni.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo