NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PCS Terima Keputusan Rakyat Dengan Hati Terbuka

Parti Cinta Sabah (PCS) tetap berbangga dengan semua rakyat Sabah yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung semalam.

Presidennya, Datuk Seri Anifah Aman berkata, meskipun parti itu tidak mencatat sebarang kemenangan pada PRN lalu, pihaknya menerima dengan rasa rendah hati dan menghormati pilihan rakyat.

“Anak-anak Sabah, PRN kini sudah berakhir, anda semua telah bersuara dan kami menghormati pilihan anda.

“Namun, jangan lupa kita hanya sebuah parti yang sangat baru, tidak sampai dua bulan. Kita masih mendapat sokongan dalam bentuk undi walaupun tidak menang,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo