NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM Tahan Guan Eng

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng malam ini.

Menurut kenyataan media yang diterima 1Media, SPRM telah mendapat izin Peguam Negara untuk melakukan pendakwaan ke atas bekas Menteri Kewangan ini. 

Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dijangka didakwa esok berhubung skandal Terowong bawah laut di Pulau Pinang.

Sebelum itu, beliau dilihat hadir ke Ibupejabat SPRM Putrajaya sekitar jam 9.10 malam tadi. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo