NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pusat Pengundian PRK Slim di Tutup Jam 5.30 petang

SLIM RIVER: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bagi memilih wakil rakyat baharu, berakhir jam 5.30 petang tadi. 

Pengundian di 12 pusat daerah mengundi membabitkan 54 saluran itu berlangsung sejak 8 pagi tadi.

Setakat jam 3 petang tadi, berdasarkan pemantauan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 60 peratus pemilih telah keluar mengundi. 

Seramai 22,794 pengundi biasa layak mengundi hari ini dalam PRK yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Pengundian awal Selasa lalu membabitkan 267 anggota polis dan keluarga, berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, di sini.

Pusat penjumlahan rasmi undi yang ditetapkan ialah di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim.

SPR menjangkakan keputusan pengundian bagi PRK DUN Slim akan diumum sebelum jam 10 malam.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo