Abe Shinzo Umum Letak Jawatan

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo mengumumkan peletakan jawatan susulan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Menurut Abe, beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang menyebabkan beliau terpaksa berehat seketika pada 2007.

"Dalam keadaan saya sedang menjalani rawatan dan berada dalam situsi fizikal yang tidak mengizinkan, tidak semestinya ada kesilapan yang dibuat dalam keputusan politik yang penting, atau situasi di mana saya gagal mencapai keputusan.

"Oleh kerana saya tidak lagi berada dalam situasi di mana saya dengan yakin dapat menggalas amanah rakyat negara ini, saya telah memutuskan saya tidak lagi harus terus memegang jawatan perdana menteri.

"Saya akan mengundurkan diri daripada jawatan perdana menteri," kata Abe. - Awani
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post