NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Slim: Teruja jadi pengundi pertama



SLIM RIVER: "Alhamdulillah saya sudah selesai mengundi dan sekarang mahu pergi kenduri di Johor pula," kata pengundi pertama, Sharudin Hussin, 75.

Sharudin dari Kampung Batu 4, Trolak menjadi individu pertama membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Trolak, Trolak Pekan dekat Slim River.

Shahrudin berkata, beliau sanggup bertolak lewat ke kenduri anak saudaranya di Johor Bharu kerana mahu mengundi untuk wakil rakyat baharu.

Katanya, beliau datang bersama anaknya, Hishamudin, 50, dan adik, Rabeah, 63, seawal 7.30 pagi untuk menjadi pengundi pertama.

"Teruja juga jadi orang pertama mengundi dan saya memang beritahu sebelum ke kenduri mesti pergi dulu ke sini.

"Pergi kenduri lambat sikit pun tak mengapa, keluarga di sana faham dan boleh tunggu. Lagipun sekejap sahaja sebab itu saya datang ke pusat mengundi awal pagi," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, mengundi dalam suasana normal baharu bukan sesuatu yang janggal baginya kerana sudah biasa dengan situasi itu susulan pandemik COVID-19.

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas, S Santharasekaran dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo