NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Londehnya janji PH 'tiada runding terus'

Kerajaan Pakatan Harapan dilondehkan sekali lagi bilamana Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan bahawa 101 projek yang menelan kos RM6.61 bilion diluluskan secara runding terus oleh kerajaan PH. 

Lebih mengejutkan bilamana bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa semua projek tersebut telah diluluskan oleh kabinet. Kenyataan beliau telah dinafikan secara tegas oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali yang menyatakan perkara itu tidak melalui kelulusan kabinet. Jika apa yang dikatakan YAB Azmin benar, maka ini bermakna Lim telah melakukan suatu pembohongan dalam dewan yang mulia dan perkara ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan oleh YB Shahidan Kassim esok.

PAS menggesa agar semua projek runding terus yang telah diluluskan, kos projek dan kontraktor yang memperolehi projek tersebut disenaraikan untuk tatapan umum.

Rakyat tentu terkejut dengan pendedahan tersebut, kerana selama ini PH melaungkan slogan tiada projek runding terus, bahkan dalam manifesto PH semua projek akan dibuat secara tender terbuka. 

Sikap hipokrit PH ini semestinya tiada tandingan meskipun mereka sering menuduh orang lain. Berita ini tentunya menjadi bola tanggung dan menyemarakkan lagi siri kempen dalam PRK Slim yang sedang berlangsung. - FB


Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Presiden PAS

Ahli Parlimen Kubang Kerian

24 Ogos 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo