NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalau Imam Terlebih Rakaat

SOALAN :

Kalau imam tersalah naik ke rakaat yang kelima misalnya pada solat asar bagaimana dengan  makmum adakah kena niat cerai dari imam?


JAWAPAN :

Apabila imam tersalah naik ke rakaat yang lebih seperti pada solat asar imam naik ke rakaat yang kelima maka jika makmum tahu akan tersalahnya imam itu maka dia tidak harus naik mengikutinya dan makmum hendaklah menanti imam untuk sama memberi salam di dalam duduk tahyat atau mufaraqah darinya dan memberi salam.

Tersebut pada Hamisy Kitab I’anah At-Talibin :

Ł„َŁˆ Ł‚Ų§َŁ…َ Ų£ِŁ…َŲ§Ł…ُŁ‡ُ Ł„ِŲ²ِŁŠَŲ§ŲÆَ Ų©ٍ ŁƒَŲ®َŲ§Ł…ِŲ³َŲ©ٍ ŁˆَŁ„َŁˆْ Ų³َŁ‡ْŁˆًŲ§ Ł„َŁ…ْ ŁŠَŲ¬ُŲ²ْŁ„َŁ‡ُ Ł…ُŲŖَŲ§ŲØَŲ¹َŲŖُŁ‡ُ ŁˆَŁ„َŁˆْ Ł…َŲ³ْŲØُŁˆŁ‚Ų§ًŲ§َŁˆْŲ“َŲ§ŁƒًّŲ§ŁِŁŠ Ų±َŁƒْŲ¹َŲ©ٍ ŲØَŁ„ْ ŁŠُŁَŲ§Ų±ِŁ‚ُŁ‡ُ ŁˆَŁŠُŲ³َŁ„ِّŁ…ُ Ų§َŁˆْŁŠَŁ†ْŲŖَŲøِŲ±ُŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¹ْŲŖَŁ…َŲÆِ.

Artinya : “Kalau berdiri imam bagi rakaat yang lebih seperti rakaat yang kelima sekali pun sebab lupa nescaya tidak harus bagi makmum mengikutinya sekali pun makmum itu masbuk atau syak pada rakaat bahkan hendaklah makmum itu mufaraqah akan imam dan memberi salam atau menanti imam atas qaul yang muktamad.”

Dan jika makmum itu masbuk dan lagi tahu ia bahawa imam naik ke rakaat yang lebih maka hendaklah makmum itu menunggu imam di dalam duduk tahyat kemudian naik menambah rakaat selepas imam memberi salam atau makmum itu mufaraqah akan imam dan mencukupkan rakaatnya.

Tetapi jika makmum masbuk tidak tahu bahawa imam naik ke rakaat yang lebih lalu diikutnya akan imam maka rakaat tersebut dikira bagi makmum.

Tersebut pada kitab Ghayatul Talkhis :

(Ł…Ų³Ų£Ł„Ų©): Ų„Ų°َŲ§ Ł‚Ų§Ł…َ Ų§Ł„Ų„Ł…َŲ§Ł…ُ Ł„ِŲ®َŲ§Ł…ِŲ³َŲ©ٍ ŁˆَŲŖَŲ­َŁ‚َّŁ‚َ Ų§Ł„ْŁ…َŲ£ْŁ…ُŁˆْŁ…َ Ų°َŁ„ِŁƒَ Ł„َŁ…ْ ŲŖَŲ¬ُŲ²ْ Ł„َŁ‡ُ Ł…ُŲŖَŲ§ŲØَŲ¹َŲŖُŁ‡ُ Ł…ُŁˆَŲ§ŁِŁ‚Ų§ً ŁƒَŲ§Ł†َ Ų£Łˆْ Ł…َŲ³ْŲØُŁˆْŁ‚Ų§ً، ŁˆَŁŠَŲ¬ُŁˆْŲ²ُ Ų­ِŁŠْŁ†َŲ¦ِŲ°ٍ Ł…ُŁَŲ§Ų±َŁ‚َŲŖُŁ‡ُ ŁˆَŲ§Ł†ْŲŖِŲøَŲ§Ų±ُŁ‡ُ، ŁˆَŲ„ِŁ†ْ Ł„َŁ…ْ ŁŠَŲ¹ْŁ„َŁ…ِ Ų§Ł„ْŁ…َŲ³ْŲØُŁˆْŁ‚ُ Ų£Ł†َّŁ‡َŲ§ Ų®َŲ§Ł…ِŲ³َŲ©ٌ ŁَŲŖَŲ§ŲØَŲ¹َŁ‡ُ ŁِŁŠْŁ‡َŲ§ Ų­ُŲ³ِŲØَŲŖْ Ł„َŁ‡ُ.

Artinya : “Ini satu persoalan : Apabila bangun imam bagi rakaat yang kelima dan makmum yakin yang demikian itu nescaya tidak harus bagi makmum mengikutinya samada makmum itu muafik atau masbuk. Dan harus bagi makmum pada ketika itu mufaraqah dan juga menunggu imam itu. Dan jika makmum masbuk tidak tahu bahawasanya rakaat itu adalah yang kelima lalu dikutinya akan imam padanya nescaya rakaat itu dikira baginya.”


KESIMPULAN

Pada masalah imam terlebih rakaat dengan tidak sengaja ada beberapa hukum yang disebut oleh fuqahak :

Jika makmum tahu bahawa imam itu tersalah maka makmum boleh memilih antara niat mufaraqah dan meneruskan sembahyang sendirian atau menunggu imam di dalam duduk tayhat dan memberi salam bersama dengan imam.

Jika makmum yang sudah tahu imam naik ke rakaat yang lebih kemudian dia ikut juga akan imam maka batal solat makmum  tersebut.

Jika makmum itu masbuk dan tahu imam itu naik ke rakaat yang lebih maka hendaklah makmum itu menunggu dalam tahyat dan apabila imam memberi salam maka naik makmum menambah rakaat yang kurang atau boleh juga makmum itu niat mufaraqah kemudian dia menambah rakaat tersebut.

Jika makmum masbuk tidak sedar bahawa rakaat tersebut adalah rakaat yang lebih lalu diikitunya maka rakaat itu terhitung sah baginya.


wallahua’lam 

FB ustaz azhar idrus



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo