NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tutup Surau Al-Jannah, Jamaah Wajar Patuh SOP Sepenuhnya


Shah Alam : Setelah keluar arahan larangan operasi surau Al Jannah semalam, sewajarnyalah, pihak pentadbiran surau dan masjid seluruh negara mula memastikan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan diikuti sepenuhnya

Tindakan sebegini dilihat mampu membantu untuk membendung penularan COVID-19. Terkini kluster Sivagangga dikesan telah merebak ke Shah Alam

Semalam pihak JAIS telah mengeluarkan surat penutupan serta merta Surau Al Jannah termasuk solat fardu Jumaat, solat fardu lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan. 

Turut diarah tutup adalah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang beroperasi di surau tersebut.

Menurut Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad, langkah itu diambil susulan salah seorang jemaah surau itu dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 berkaitan Kluster Sivagangga.

"Hanya tiga petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardu di solat berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo