NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Istiqamah Dalam Membaca al-Quran


1. Rasulullah ļ·ŗ mendidik kita supaya kosisten dalam membaca al-Quran. Baginda ļ·ŗ membayangkan bahawa kedudukan kita di akhirat dilihat kepada ayat terakhir yang kita baca. Sabda Nabi: 

Ų§Ł‚ْŲ±َŲ£ْ ŁˆَŲ§Ų±ْŲŖَŁ‚ِ ŁˆَŲ±َŲŖِّŁ„ْ ، ŁƒَŁ…َŲ§ ŁƒُŁ†ْŲŖَ ŲŖُŲ±َŲŖِّŁ„ُ ŁِŁŠ Ų§Ł„ŲÆُّŁ†ْŁŠَŲ§ ، ŁَŲ„ِŁ†َّ Ł…َŁ†ْŲ²ِŁ„َŁƒَ Ų¹ِŁ†ْŲÆَ Ų¢Ų®ِŲ±ِ Ų¢ŁŠَŲ©ٍ ŲŖَŁ‚ْŲ±َŲ¤ُŁ‡َŲ§ 

“Bacalah al-Quran dan naiklah (ke syurga atau kedudukanmu) serta bacalah secara tartil sebagaimana engkau membacanya di dunia ini. Sesungguhnya kedudukan dan tempat tinggalmu (di syurga) berdasarkan akhir ayat yang engkau baca”. (HR. Imam Tirmidzi dan Abu Daud)

2. Baginda ļ·ŗ juga dikatakan sering memperdengarkan al-Quran dalam pelbagai keadaan. Dalam menerangkan keadaan ini Saidina Ali menceritakan bahawa: 

ŁƒَŲ§Ł†َ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ ŁŠُŁ‚ْŲ±ِŲ¦ُŁ†َŲ§ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲ±ْŲ¢Ł†َ Ų¹َŁ„َŁ‰ ŁƒُŁ„ِّ Ų­َŲ§Ł„ٍ Ł…َŲ§ Ł„َŁ…ْ ŁŠَŁƒُŁ†ْ Ų¬ُŁ†ُŲØًŲ§

“Sesungguhnya Rasulullah membacakan kepada kami al-Quran dalam setiap keadaan melainkan keadaan berjunub.” (HR al-Tirmizi). 

3. Rasulullah ļ·ŗ juga mendidik kita supaya membaca al-Quran di mana sahaja. Abdullah ibn Mughaffal pernah melihat Baginda membaca surah al-Fath di atas kenderaan (tunggangan) Baginda Nabi. Kata Abdullah:

Ų±َŲ£َŁŠْŲŖُ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ ŁŠَŁˆْŁ…َ ŁَŲŖْŲ­ِ Ł…َŁƒَّŲ©َ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł†َŲ§ŁَŲŖِŁ‡ِ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ ŁŠَŁ‚ْŲ±َŲ£ُ Ų³ُŁˆŲ±َŲ©َ Ų§Ł„ْŁَŲŖْŲ­

“Aku melihat Rasulullah pada hari Fath Mekah membaca Surah al-Fath di atas untanya.”

4. al-Imam al-Bukhari pula merekodkan hadith yang menggambarkan bagaimana Rasulullah ļ·ŗ membaca al-Quran dalam keadaan bersandar dipangkuan Aisyah. Kisah ini diceritakan oleh Aisyah sendiri. Kata beliau:

ļŗƒļ»„ ļŗļ»Ÿļ»Øļŗ’ļ»² ļŗ»ļ» ļ»° ļŗļ»Ÿļ» ļ»Ŗ ļ»‹ļ» ļ»“ļ»Ŗ ļ»­ļŗ³ļ» ļ»¢ ļ»›ļŗŽļ»„ ļ»³ļŗ˜ļ»œļŗŠ ļ»“ļ»² ļŗ£ļŗ ļŗ® ļ»‹ļŗŽļŗ‹ļŗøļŗ” ļ»­ļ»³ļ»˜ļŗ®ļŗƒ ļŗļ»Ÿļ»˜ļŗ®ļŗļ»„

"Sesungguhnya Nabi ļ·ŗ bersandar dipangkuanku Aisyah membaca al-Quran. (HR al-Bukhari)

Berdasarkan hadith ini, al-Imam al-Nawawi berkata, harus membaca al-Quran dalam keadaan apa sekalipun samada berjalan, duduk atau berbaring. (Sharh Sahih Muslim).

5. Lihatlah bagaimana Baginda Nabiļ·ŗ mendidik para sahabat supaya membaca al-Quran dimana sahaja. Namun perlu diingat juga bahawa terdapat tempat atau adab yang perlu dijaga dalam membca al-Quran. Antara tempat yang tidak dibenarkan adalah seperti di dalam tandas dan bilik air, iaitu tempat-tempat yang tidak sesuai bagi menjaga kesucian al-Quran itu sendiri.

Semoga Allah membimbing kita.

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo