Hebatnya Menteri dan MP Parti Politik yang Bernama PAS

Saya mengikuti siaran langsung persidangan parlimen melalui laman web RTM pagi tadi. Saya bukan orang cergas politik. Saya tidak pernah ikuti perbahasan parlimen sebelum ini. Tertarik untuk ikutinya sebab heboh ada usul pelantikan Speaker Parlimen baru pagi tadi. Mengikuti secara langsung, saya mendapat beberapa gambaran baru tentang ahli politik daripada PAS. Mereka cukup hebat dan berkredibiliti.

Saya sebelum ini tidak tahu standard pembahasan Ahli Parlimen (MP) mereka. Biasanya menyebut PAS, orang biasa menggambarkannya sebagai parti pak lebai atau pemikiran lapuk kampung. Namun, mendengar perbahasan tiga MP PAS tadi saya agak terkejut dan kagum. PAS rupanya mempunyai pemimpin yang cukup matang dan berkualiti.

Dato' Takiyuddin bin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) contohnya, berbahas dengan rasional, tenang dan menggulung hujah kerajaan dengan baik berdasarkan fakta-fakta perlembagaan. Mencari butiran di internet, rupanya beliau pernah menjadi Majistret di Kota Bharu dan Pasir Mas tahun 80-an dan pernah menjadi AJK Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika di bawah DYMM Agong kini sebagai Presiden.

Begitu juga seorang ustaz dalam PAS, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali yang diangkat sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Terkejut mendengar seorang ustaz berbicara tentang ekonomi dan perladangan industri buluh. Berfakta dan ada misi kementerian yang jelas. Rupanya, beliau juga seorang tokoh korporat dan ahli perniagaan sebelum menjadi menteri. Beliau seorang lulusan PhD, begitu juga seorang lagi MP PAS daripada Pasir Puteh yang berbahas menyokong usul, juga berkelulusan PhD.

Pada masa yang sama, saya sangat terkejut dengan tiga MP Parti Amanah, termasuk presidennya dan MP kawasan saya. Gelagat mereka macam budak-budak pra-tadika. Perkataan ‘bodoh’ dan sikap tidak ikut peraturan mesyuarat diperlakukan tanpa rasa bersalah. Apalah malang bagi negara kerana mereka sebelum ini terpampang di TV sebagai menteri. Sekurang-kurangnya, bersikaplah profesional. Malulah kita sebagai orang Melayu dan Muslim.

Dr. Nabila Din
Shah Alam
13 Julai 2020, 1.20pm
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post