NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan Undian Tukar Speaker - PN 111. PH+ 109


Tahniah perdana menteri dan terima kasih tan sri dato' mohamad ariff bin md yusof di atas khidmat cemerlang

Dewan Rakyat baru sahaja meluluskan usul menukar Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan 111 menyokong berbanding 109 menentang. Kejayaan usul ini sekaligus merupakan satu simbolik bahawa Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk meneruskan pentadbiran.

Tiada lagi istilah kerajaan pintu belakang. Tidak perlu lagi mempertikaikan keabsahan kerajaan ini. Paling penting, terima kasih Tan Sri Dato’ Mohamad Arif yang bertindak cukup professional dalam memberikan laluan kepada usul ini. Bahkan beliau memberikan ruang kepada Timbalan Speaker untuk mengendalikan usul memandangkan beliau menjadi pihak yang berkepentingan.

Ini contoh seorang yang professional. Saya fikir, individu sebegini boleh diberikan kepercayaan untuk memikul amanah penting yang lain.

Tahniah Perdana Menteri.

AHMAD FADHLI SHAARI,
Ahli Parlimen Pasir Mas.
13 Julai 2020 / 1.11pm

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo