KUALA LUMPUR, 21 Zulkaedah 1441H, Isnin – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10 hari ini.
Azhar, 58, adalah calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan pencalonan Azhar mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Tiada undi diadakan memandangkan hanya satu nama dicadangkan.
Usul itu dibentang Perdana Menteri selepas usul pertamanya supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat sedia ada Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya diluluskan, selepas menerima sokongan 111 undi berbanding 109 undi.
Seorang Ahli Parlimen tidak hadir manakala seorang lagi berkecuali.
"Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Azhar Azizan @ Harun dipilih menjadi Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih," kata Muhyiddin.
Azhar sebelum ini dilantik sebagai pengerusi SPR pada 21 September 2018 menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau meletakkan jawatan pengerusi SPR pada 29 Jun. -Bernama
HULU SELANGOR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah baik fasiliti di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, bagi mengurang...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment