NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Malaysia menular semula punca import


Perbandingan Wabak COVID-19 di Negara kita dalam dua hari terakhir ini, daripada 12 Julai dan 13 Julai, ternyata kes baharu yang dikesan adalah turut berpunca daripada bawaan import Warganegara yang balik dari luar negara. Namun, harus diingat, punca penularan tempatan pun lebih besar berbanding import.

Apapun, bagi Malaysia dalam tiga (3) hari terkini (11-13 Julai) mendapati situasi yang agak malang, berikutan jumlah kes yang dirawat kembali meningkat. Ia berpunca daripada peningkatan individu yang bergejala COVID-19 kembali aktif, termasuk sejumlah kes baharu lebih besar berbanding pesakit yang berjaya dirawatpulih.



Bandingan bagi dua hari ini, didapati kes import sebanyak tiga (3) kes pada 12 Julai, tetapi pada 13 Julai berlaku pula enam (6) kes berpunca daripada bawaan import. Maka bolehlah disifatkan daripada 21 kes baharu yang terkumpul seperti dilaporkan oleh KKM dalam dua hari ini, maka sembilan (9) kes merupakan bawaan import dan 12 adalah penularan tempatan.

Analisis mudah yang daripada sumber KKM adalah sepertimana berikut:-

Pada 12 Julai 2020: 14 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua Warganegara Malaysia. Daripada 11 kes penularan di dalam negara pula, tiga (3) kes adalah dalam kalangan Warganegara dan lapan (8) kes adalah dalam kalangan Bukan Warganegara Malaysia. Kes jangkitan dalam negara di kalangan Bukan Warganegara Malaysia (8 kes) ini adalah kes-kes saringan kontak rapat kepada kes ke-8,629 dan kes ke-8,630 di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang.

Perincian kes jangkitan dalam negara di kalangan Warganegara Malaysia (3 kes) adalah seperti berikut:

1. Sarawak – dua (2) kes:

o Satu (1) kes saringan bergejala yang telah menjalankan saringan di pusat perubatan di Kuching, dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak setelah didapati positif COVID-19;

o Satu (1) kes yang merupakan kontak rapat kes ke-8,694 iaitu sebahagian daripada Kluster Kejuruteraan Kuching.

2. Sabah: satu (1) kes saringan pra rujukan ke Hospital Keningau.

Pada 13 Julai 2020: Terdapat tujuh (7) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,725 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 83 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) orang Warganegara Malaysia dan empat (4) Bukan Warganegara (pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja). Satu (1) kes penularan di dalam negara pula adalah Warganegara Malaysia iaitu kes daripada Kluster PUI Novgorod.

Semoga Allah melimpahi ketenangan dan rahmat kepatuhan kepada Warganegara Malaysia agar terus tabah dan berdisiplin dalam menghadapi Wabak CVOID-19 ini. Ins sya Allah kita bebas dan cekal mendepani penularan dan kita akan berjaya.

Wassalam.

Sumber: https://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/07/covid-19-malaysia-menular-semula-punca.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo