Protes di Lubnan dan agenda perancangan Israel

Sumber gambar:https://www.aljazeera.com/news/2020/06/lebanon-currency-crisis-dozens-hurt-night-clashes-200613054206453.html
Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

[Pertama] Protes Di Lubnan

1) Hari ini Lubnan berhadapan dengan tunjuk perasaan rakyatnya yang tidak berpuas hati berikutan kejatuhan mata wang, dan juga krisis ekonomi yang teruk melanda negara itu berikutan Covid 19 [1]

Bantahan rakyat Lubnan bermula pada 17 Oktober 2019 sebagai tindak balas kepada percubaan pemerintah untuk mengenakan cukai ke atas komunikasi pihak, khususnya, pada rangkaian sosial WhatsApp

2) Namun pada November 2019 template protes seolah olah dalam proses 'editing' apabila mula mencorakkan isu kewanitaan. Media media Barat, seperti biasa memainkan peranan untuk meng'edit' template tersebut

Protes di Lubnan diikonkan dengan gambar seorang perempuan bernama Malak Alaywe menendang bodyguard menteri [Gambar] sebagai gambaran Heroin kebangkitan, hampir sama seperti Sudan.

Gambar tendangan tersebut diilustrasikan dan dijadikan inspirasi terhadap kebangkitan golongan wanita dalam mode kebangkitan Lubnan. Tendangan tersebut disiarkan secara meluas oleh media.

3) Sebulan lepas, awal bulan Mei, merupakan ulang tahun ke 20 pertempuran antara Israel-Lubnan yang menyaksikan kekalahan Israel dan terpaksa berundur [2]. Sempena ulang tahun tersebut media Israel dilihat mula “mencari pasal” [3]

Media Israel melaporkan bahawa dalam beberapa minggu terakhir, puluhan ribu tentera Israel ikut serta dalam latihan ketenteraan untuk mempersiapkan kemungkinan konflik dengan kumpulan pengganas Lubnan yang disokong Iran

Mengikut sejarahnya, pertempuran antara Lubnan dengan Israel berakhir pada Mei 2000, dan boleh jadi krisis ini akan memanas semula. Apatah lagi Lubnan berada di bawah pengaruh Iran, dan juga bersebelahan dengan negara haram Israel.

[Kedua] Sejarah Sengketa Lubnan VS Israel

1) Sejarah persengketaan antara Lubnan dan Israel bermula selepas penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948 di atas tanah Palestin. Tindakan PLO ialah merekrut pejuang di Lubnan di kalangan keluarga pelarian Palestin yang dihalau dari tanah asal mereka.

Sejak tahun 1968, pejuang PLO dan tentera Israel banyak melakukan operasi di luar sempadan dan bertembung antara satu sama lain.[3] Kemudiannya, kepimpinan PLO dan briged Fatahnya dihalau keluar dari Jordan dan memasuki Lubnan

2) Pada 1975–1990 berlakunya Perang Saudara Lubnan. Pada 1978 berlakunya serangan ke atas Lubnan yang dilancarkan oleh Israel. Strategi ini berjaya menghalau PLO ke utara Sungai Litani.

Dalam masa yang sama, PLO masih meneruskan kempen penentangan mereka terhadap Israel. Pada 1982 Israel menceroboh Lubnan sekalai lagi memaksa pengusiran PLO dari kawasan itu dengan bantuan South Labenon Army (SLA)

3) Sejak 1985, munculnya gerakan Hizbullah menyeru perjuangan bersenjata bagi menamatkan pendudukan Israel di wilayah Lubnan yang merupakan proksi Iran. Walaupun Perang Saudara telah berakhir, namun SLA dan Hizbullah masih terus bersengketa.

Perlu sedar bahawa SLA mendapat sokongan Israel, dan berlakulah persaingan yang melibatkan kepentingan Umat Islam. Iran ingin memastikan Lubnan tidak jatuh ke Israel, manakala Israel ingin luaskan kawasan jajahannya.

4) Ringkas ceritanya, hasil pertempuran panjang tersebut menyebabkan “gangguan Israel” di sempadan itu semakin pancit, dan memaksa mereka berundur seiring dengan kejatuhan SLA pada Mei 2000.

Namun, pertembungan masih belum berakhir. Pada tahun 2004 Hizbullah cuba mendapatkan pembebasan warganegara Lubnan di penjara Israel dan menggunakan taktik menawan tentera Israel untuk proses tawar-menawar dalam pertukaran tahanan

[Ketiga] Perang Lubnan 2006

1) Hasil penawanan dua anggota tentera Israel yang saya nyatakan tadi oleh pejuang Hizbullah mencetuskan Perang Lubnan pada 2006. Biasalah, Israel yang punca, Hizbullah yang dipersalahkan pula.

Perang Lubnan pada 2006, dikatakan berkait dengan paip saluran minyak yang menghubungkan Bandar Baku di Azerbaijan melalui Tbilisi, Georgia dan Ceyham Turki yang telah siap dibina.

2) Projek ini dikenali sebagai projek saluran paip minyak BTC. Ia sangat penting bagi negara-negara yang berkepentingan kerana paip ini mampu untuk menyedut keluar lebih satu juta tong minyak sehari ke pasaran Eropah.

Projek BTC ini dapat melemahkan pengaruh Rusia ke atas negara-negara bekas kesatuan Soviet yang terlibat dibawah projek BTC seperti Azerbaijan, Georgia. Selepas perpecahan negara seperti Azerbaijan masih bergantung kepada Rusia untuk pembangunan infrastruktur.

3) Peranan Israel pula sebagai hub yang akan menjadi pusat membekalkan keperluan minyak untuk Eropah dan AS selain untuk kegunaan sendiri. Sebab itulah Amerika ada ketika ini jelas membela Israel di dalam krisis Israel-Hizbullah.

Pada 18 Jun 2008, media melaporkan kedua dua pihak menyatakan kedua dua pihak ke arah rundingan damai. Namun sejak kebelakangan ini sempadan itu dilihat kembali memanas.

4) Perlu dilihat kepada pengaruh Lubnan yang didominasi oleh Iran yang berfahaman Syiah. Ya, walaupun Syiah, mereka dilihat lebih tegas bersuara menentang Israel berbanding negara negara Sunni seperti Mesir.

Kedudukan Lubnan dari segi geografi sememangnya mengancam keselesaan Israel di atas tanah Palestin. Justeru, agak wajar sekiranya kita berteori bahawa protes yang melanda Lubnan hari ini ada kaitan dengan ‘belakang tabir’

[Kelima] Yinon Plan 1982

1) Kita perlu sedar bahawa Lubnan merupakan lokasi yang termasuk dalam agenda Yinon Plan yang dilakarkan oleh Oded Yinon 1982, dan termasuk dalam lokasi yang diagendakan oleh Barat secara real.

Pada Mac 2017, Bekas Jeneral Tentera US Wesley Clark menceritakan bagaimana mereka merancang untuk 'mengambil' 7 negara dalam tempoh 5 tahun, bermula dengan Iraq, kemudian Syria, Lubnan, Libya Somalia, Sudan dan akhir sekali Iran.

2) Manakala dalam New Middle East yang dilakar oleh Robin Wright pada 2013 [1] lebih jelas kelihatan perancangan mereka, iaitu ke arah membina kekacauan demi kekacauan.

Negara Lubnan tidak terlepas. Syria yang bersebelahan dengan Lubnan dicorakkan oleh mereka sebagai 'pemerintahan bermazhab' sama seperti model Iran. Iaitu Negara Alawitestan.

3) Global Research menyiarkan satu artikel yang bertajuk 'Greater Israel : The Zionist Plan For The Middle East'. Artikel ini ada menyatakan:

"Deal Of The Century rancangan Trump menyokong projek 'Greater Israel', yang juga merangkumi penghapusan 'hak kembali' rakyat Palestin dengan menjadikan semula mereka sebagai warga Lubnan, Jordan, Syria, Iraq, dan di mana-mana wilayah di mana mereka tinggal"

4) Apabila kita meneliti berita media media pro Barat, rata rata mengaitkan protes ini dengan menghujum kepada Hizbullah, seperti dikambing hitamkan untuk dijadikan sasaran amukan.

Mungkin juga krisis di Lubnan ini berikutan projek Eastmed yang turut menggunakan perairan Israel-Cyprus-Lubnan. Hal ini insya Allah akan dihuraikan dalam tulisan akan datang.

- Selasa, 8 Jun 2020

[1] https://www.aljazeera.com/news/2020/06/lebanon-currency-crisis-dozens-hurt-night-clashes-200613054206453.html
[2] http://news.bbc.co.uk/onthisday/hi/dates/stories/may/26/newsid_2496000/2496423.stm
[3] https://www.timesofisrael.com/20-years-after-withdrawal-israel-and-hezbollah-brace-for-war/
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post