NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Daroyah Alwi bawa 36 pemimpin, akar umbi keluar PKR



SHAH ALAM: Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Dr Daroyah Alwi, mengumumkan langkahnya keluar daripada parti itu, berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, berkata statusnya dalam DUN Selangor kini adalah sebagai ADUN BEBAS yang mesra Perikatan Nasional (PN).

"Keputusan ini dibuat kerana saya sudah hilang rasa yakin dan percaya kepada Presiden dan kepemimpinan yang alpa terhadap idealisme perjuangan serta hala tuju parti, yang kini lebih membawa kepada perpecahan.

"Presiden parti dan pentaksubnya gagal menjalankan amanah majoriti ahli yang memilih mereka. Saya percaya, dengan peletakkan jawatan ini, saya tidak lagi diheret dengan masalah perebutan kuasa dalam parti.

"Saya bertekad untuk terus menjalankan tugas dan memberi sepenuh komitmen dalam memberikan perkhidmatan lebih efektif kepada masyarakat di DUN Sementa," katanya.

Dr Daroyah mendakwa tidak bersendirian dalam langkahnya meninggalkan parti itu, malah seramai 36 orang pemimpin PKR di peringkat pusat, negeri dan cabang, turut mengikut langkahnya itu.

"Saya juga yakin dan percaya, akan ada ramai lagi pemimpin yang selepas ini akan menyusul langkah kami.

"Pimpinan Wanita Selangor yang bersama petang ini terdiri daripada ahli Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Selangor, ketua wanita cabang, ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor serta pemimpin akar umbi," katanya.

Beliau juga mengesahkan peletakan jawatan sebagai Ketua Cabang Kapar bersama ahli-ahli Jawatankuasa Cabang Kapar termasuk pimpinan sayap wanita dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan.

"Selain hilang keyakinan, kepimpinan cabang Kapar juga kabur akan masa depan kami dalam parti.

"Sedangkan pemimpin yang memiliki sokongan majoriti dan lama berjuang dalam parti pun disingkirkan tanpa alasan munasabah, inikan pula kami yang hanya memimpin di peringkat akar umbi," katanya.

Beliau turut mengesahkan yang Menteri Besar selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sudah maklum mengenai tindakan yang diambil mereka hari ini.

"Sudah dibincangkan dengan Menteri Besar. Beliau memang tidak bersetuju untuk saya membuat langkah ini tetapi bagi saya, saya harus tetap.

"Sebab itulah, saya buat keputusan ini walaupun sebenarnya berat kerana 20 kami dalam parti ini, demi kebaikan bersama. Saya kira sampai masanya untuk saya buat keputusan ini," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor akan menghantar surat peletakan jawatan itu dalam masa terdekat.

"Saya akan menulis surat untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker DUN Selangor secepat mungkin," katanya.


Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/699913/dr-daroyah-alwi-bawa-36-pemimpin-akar-umbi-keluar-pkr

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo