NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Inter-Region 7.6 juta, Malaysia 8,400 kes


Sumber Worldometers hari ini (12 Jun) menerangkan jumlah terkumpul dari kesemua regional dunia Wabak COVID-19 adalah sebanyak 7,647,037 kes. Berbanding semalam berjumlah 7,496,560 kes. Pertambahan sebanyak 150,477 kes dalam sehari. Pola graf garisan adalah seperti berikut.


Pola kes baharu secara hariannya di peringkat inter-region adalah lebih bersifat mendongak. Paling ketara berlaku pertambahan besar selepas 15 April.

Sehingga petang tadi, rekod kes Wabak COVID-19 di serata regional adalah seperti jadual di bawah.


Data kes Wabak COVID-19 pada hari ini menunjukkan rantau Amerika Utara berjumlah 2.4 juta. Sumbangan kes terbesar adalah daripada Amerika Syarikat yang dikatakan berjunlah 2,094,304 kes. Sementara rantau Eropah pula berjumlah 2.1 juta dan sumbangan kes terbesar adalah daripada Rusia berjumlah 511,423 kes. Seterusnya di rantau Asia berjumlah 1,5 juta dengan penyumbang terbesar daripada India yang berjumlah 305,613 kes.

Rantau Amerika Selatan pula berjumlah 1.3 juta kes dan penyumbang terbesarnya adalah Brazil dengan jumlah 805,649 kes. Rantau Afrika dan Oceana jumlah kes tidaklah signifiken kerana kurang daripada 300 ribu kes,

Wabak COVID-19 di Malaysia
Perkembangan hari ini adalah mengekalkan pertambahan kes baharu dengan dua angka (33 kes) dan kes dirawatpulih 103 kes. Ini menjadikan jumkah keseluruhan 8,402 kes. Dilaporkan juga pihak KKM mengesah berlaku satu kematian.

Sehingga kini, seramai 7,168 orang pesakit COVID-19 berjaya dirawatpulih (85.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Maka baki lagi yang sedang dirawat di hospital berjumlah 1,115 kes.

Perincian bagi 33 kes baharu didapati 16 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 17 kes penularan di dalam negara, 14 kes adalah bukan warganegara dan hanya tiga (3) kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

Perincian bagi 3 kes di kalangan warganegara adalah seperti berikut:

Satu (1) kes saringan kontak kepada kes positif (kes ke-7735) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
Satu (1) kes saringan pusat tahfiz di Selangor;
Satu (1) saringan kes kematian di dalam komuniti seperti dilaporkan di bawah iaitu kes kematian ke-119 (kes ke-8370)
Berdasarkan pola kes baharu ini, penularan dalam kalangan warga negara yang kecil. Sementara daripada kes import dan bukan warga negara. Hal ini tidaklah memmbimbang. Kebanyakan kes positif daripada kluster import dan bukan warga negara adalah terkawal dan mereka telah dipisahkan daripada masyarakat awam seperti di Depoh Tahanan Imigresen dan sebagainya.

Bersama kita berdoa agar pihak pasukan perubatan terus cekal di dalam menguruskan raatan demi memulih dan memutuskan rantaian Wabak COVID-19, ins sya Allah.
Semoga Allah permudahkan.

Sumber: https://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/06/covid-19-inter-region-76-juta-malaysia.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo