NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Proses mengadap Sultan Kedah berjalan lancar


ALOR SETAR: TERKINI! ..Proses 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah mengadap Tunku Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman, pagi ini berjalan lancar.

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Noor, adalah antara yang terawal dipanggil mengadap kemudian disusuli ADUN-ADUN lain yang dilakukan secara berkumpulan.

Beliau dilihat keluar dari Wisma Darul Aman dan tidak memberi sebarang kenyataan.

Menurut sumber, pada sesi petang, Tunku Sultan berkenan menerima mengadap 17 ADUN Pakatan Harapan (PH) termasuk Menteri Besar, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

Sementara itu, difahamkan, pertukaran kerajaan baharu di Kedah dijangka akan berlaku dalam masa terdekat.

Bagaimana pun, setiap ADUN yang hadir pagi ini, tidak dibenarkan memberi apa-apa kenyataan kepada media. – HARAKAHDAILY 15/5/2020

https://harakahdaily.net/index.php/2020/05/15/proses-mengadap-sultan-kedah-berjalan-lancar/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo