Kedah: Kerajaan Mukhriz tumbang


SUNGAI PETANI: Umpama retak menanti belah, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah sudah sampai ke garisan penamat apabila dua adun PKR, Azman Nasaruddin dan Dr Robert Ling Kui Ei, secara rasminya mengishtihar keluar parti dan menyokong sepenuhnya kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Pengumuman itu dibuat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Sidam, kira-kira jam 12.00 tengahari tadi.

ADUN Lunas, Azman Nasarudin, dalam kenyataannya berkata, pihaknya sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dilihat lebih memperjuangkan agenda peribadi mengatasi agenda parti.

“Sejak dari itu, saya sudah mempunyai hasrat untuk meninggalkan PKR apatah lagi ketika pasca pemilihan pada tahun 2018, berlakunya kemuncak perpecahan.

“Insiden ini juga menyebabkan sebahagian ahli meninggalkan parti dan ada yang dipecat,” ujar beliau.

Dalam sidang media itu, beliau juga memberi pengakuan akan menyokong penuh kepimpinan Kerajaan PN di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dilihat lebih ke hadapan terutama mengangani masalah Covid -19.

“Saya tidak kisah samada selepas ini akan dilantik sebagai exco atau tidak, tetapi apa yang penting, pendirian kami untuk bersama Kerajaan Pusat,” jelas beliau diketika ditanya pemberita kemungkinan tindakannya akan mengakibatkan kehilangan jawatan exco yang disandang sekarang.

Malah katanya, akan lebih ramai pemimpin dan ahli PKR menyusul tindakan beliau dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ei, juga secara rasminya meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Sungai Petani yang berkuatkuasa serta merta.

“Perletakan jawatan ini juga akan melibatkan 2/3 jawatankuasa Cabang dan Sayap AMK Sungai Petani.

“Kedudukan saya sebagai ADUN juga sekarang tidak lagi atas lambang PKR,” jelas beliau.

Dengan pengishtiharan itu menjadikan kedudukan PH Kedah 17 kerusi dan kehilangan majoriti. –

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post