Kedah: Dua adun PKR keluar parti, sokong kerajaan PN


ALOR SETAR: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah mengisytiharkan keluar parti hari ini dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mereka ialah ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee - kedua-duanya dari PKR.

Pada masa sama, mereka turut menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Pada sidang media di sini hari ini, kedua-dua mereka menegaskan keputusan terbabit diambil susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post