NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jawapan SUA Ikram melalut?


oleh: Dr Ismadi Abd Samad

Berikutan daripada artikel saya pada 12 April bertajuk “IKRAM Berasal Dari ‘Ikhwan Freemason’?”, Setiausaha Agung (SUA) IKRAM telah menjawab tulisan saya di bawah tajuk “IKRAM Dikaitkan dengan Freemason, Tuduhan Karut!”. Secara asasnya, saya boleh kategorikan jawapan SUA IKRAM itu melalut. Beliau tidak menjawab fakta-fakta yang saya persoalkan sebaliknya, menarik pembaca menyimpang daripadanya dengan mengemukakan jawapan yang tidak berkaitan. Saya ingin menarik perhatian SUA IKRAM dan para pendukung tegar mereka noktah-noktah utama dalam artikel saya yang lalu:

1. Benarkah IKRAM berasal daripada cabang global Ikhwanul Muslimin atau dikenali Ikhwanul Muslimin `Alami?

2. Sekiranya benar IKRAM berasal daripada cabang global Ikhwanul Muslimin, terpeliharakah silsilah asal-usul IKRAM itu daripada Freemason yang menyusup masuk dalam cabang-cabang Ikhwanul Muslimin tersebut?

3. Adakah IKRAM benar-benar pasti, tiada ahli-ahli mereka yang direkrutkan oleh Freemason (penyusupan Freemason dalam organisasi IKRAM sendiri)? Tahukah SUA IKRAM, ada bekas ahli syura mereka yang pernah dijemput menyertai Freemason sewaktu melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK)?

4. Mengapa IKRAM bersekongkol dengan DAP (yang membawa agenda Evangelical Cristian), Anwar Ibrahim (yang didanai jaringan Rothschild dan Rockefeller), AMANAH (yang mendukung fikrah Pasca Islamisme), SiS, G25 dan IRF? Adakah dengan dakwaan IKRAM melaksanakan usaha dakwah dan kemanusiaan termasuk terhadap rakyat Palestine, menghalalkan persekongkolan mereka dengan kumpulan-kumpulan itu? Tahukah IKRAM kumpulan-kumpulan itulah yang mempunyai saham memperkukuhkan hegemoni Imperialis Amerika Syarikat dan kezaliman Zionis Israel?

Demikianlah empat noktah utama yang saya persoalkan dalam artikel sebelum ini, yang tiada satu persoalanpun dijawab oleh SUA IKRAM. Saya sebenarnya menunggu SUA IKRAM menjawab persoalan-persoalan itu dengan fakta-fakta mereka, supaya selepas itu saya boleh mengukuhkan dakwaan saya dengan fakta-fakta yang saya masih simpan. Sebagai contoh, jika benar mereka adalah cabang global Ikhwanul Muslimin, saya ingin cadangkan silsilah hubungan mereka dengan mana-mana fraksi dalam Ikhwanul Muslimin.

Cadangan saya tentang silsilah mereka dengan fraksi Ikhwanul Muslimin tersebut bukan serkap jarang, tetapi berdasarkan perakuan dan tulisan tokoh-tokoh IKRAM sendiri tentang siapa murabbi dan naqib mereka. Seperti yang saya tulis dalam artikel sebelum ini, Ikhwanul Muslimin bukan Freemason tetapi tidak dapat dinafikan ada penyusupan Freemason dalam Ikhwanul Muslimin seperti yang pernah didakwa oleh Shaykh Muhammad al-Ghazali dan lain-lain. Para pendukung tegar IKRAM ramai yang tidak mengetahui silsilah pertubuhan mereka, hanya sekadar menjadi ‘muqallid buta’ yang mempertahankan organisasi mereka.

Jawapan SUA IKRAM juga tidak jujur dan ada pembohongan yang tersembunyi. Jika ia dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk menipu pembaca, maka jelas sekali ia memaparkan akhlak buruk seorang pemimpin tertinggi pertubuhan dakwah. SUA IKRAM cuba meyakinkan pembaca, bahawa IKRAM hanyalah pertubuhan dakwah yang ditubuhkan tahun 2009. Permbohongan apakah ini? Buku ‘Istiqamah’ yang ditulis oleh Dr Hatta Shaharom, pemimpin dan ahli syura IKRAM, sendiri telah menceritakan susur galur penubuhan IKRAM bukan bermula tahun 2009.

Adakah SUA IKRAM tersebut ingin menafikan susur galur kewujudan mereka dari Harakah Islamiyah Syumuliyah (HIS), Islamic Representative Council (IRC), Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan akhirnya IKRAM. Adakah IKRAM mahu menafikan mereka adalah pelopor utama penubuhan AMANAH apabila Timbalan Presiden IKRAM Ketika itu secara terbuka menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB)? Pimpinan tertinggi IKRAM menyebut yang menyokong itu adalah ahli-ahli IKRAM bukan IKRAM. Adakah pemimpin tertinggi IKRAM mahu memperbodohkan khalayak umum dengan alasan seperti ini?

Sumber: https://www.facebook.com/100002984684407/posts/2696355607140569/
( Hide )
  1. sembang x da fakta mudah ja
    tulisan Dr ni lagi mangarut, base on sentimen prejudis & kebencian! Betulkah penulis berstatus Dr ni ??

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo