China paksa Uyghur berkerja ketika kemuncak COVID-19



KETIKA masyarakat dunia mengambil pendekatan berkurung dan menetap di rumah bagi memutuskan rantai COVID-19, lain pula keadaannya di China.

Ini selepas kerajaan komunis itu bertindak memaksa penduduk Islam Uyghur untuk terus bekerja, walaupun wujud kebimbangan berkenaan penularan wabak coronavirus.

Menurut laporan, negara tembok besar itu didakwa, menghantar puluhan ribu etnik Islam Uyghur ke kawasan perindustrian utama di Hunan, Jiangsu, Jiangzi dan Zhejiang.

Kehadiran mereka bagi memastikan kilang-kilang di kawasan berkenaan terus beroperasi seperti sedia kala.

Tindakan sedemikian diambil selepas kerajaan memutuskan untuk memindahkan para pekerja di kawasan perindustrian berkenaan ke kawasan selamat, susulan penularan wabak pandemik COVID-19 yang mula tercetus di Wuhan.

Laporan turut mendakwa, mereka yang dikerahkan untuk bekerja di kawasan perindustrian terbabit merupakan sebahagian daripada 1.5 juta tahanan besar-besaran etnik Islam Uyghur.

Langkah yang disifatkan sebagai kecemasan itu diambil bagi meningkat pengeluaran produk bagi memenuhi permintaan tinggi di kawasan tanah besar, susulan penularan coronavirus.

"Tiada sebarang jaminan etnik Uyghur akan pulang dengan selamat. China perlu berhenti memaksa etnik berkenaan ke tanah besar sebagai buruh kasar ketika ancaman coronavirus," kata Radio Free Asia (RFA).

Secara terperinci Institut Strategi Polisi Australia (ASPI) melaporkan, lebih daripada 80,000 etnik Islam Uyghur dihantar untuk bekerja di wilayah lain selepas diletakkan di bawah tahanan.

Dakwanya, kebanyakan mereka bekerja di 83 kilang yang mengeluarkan produk berjenama di dunia.
"Ketika pandemik kemuncak di China antara 22 ke 23 Februari lalu, lebih 400 etnik Islam Uyghur dihantat ke Jiangxi, Zhejiang dan Hunan. Kawasan berkenaan ketika itu berisiko tinggi coronavirus.

"Pada 26 Februari, lagi 135 pekerja di hantar ke sana dan 242 lagi pekerja dari Kashgar dihantar ke Changsha.

"Di bahagian lain di Khotan, 30,000 pekerja diminta untuk terus bekerja walaupun penularan wabak semakin meningkat," dakwa ASPI. – Agensi
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post