KOTA BHARU: Pandangan yang mengatakan urusan peribadi merupakan hak masing-masing yang tidak diurus kerajaan merupakan pandangan salah.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pandangan seperti itu tidak bersumber kepada ajaran Islam.
“Ini adalah sebahagian fahaman liberalisma, urusan agama diuruskan oleh individu dan pemerintah negara tidak berhak campurtangan agar kehendak mereka tercapai tanpa gangguan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan al Quran peringkat negeri 1441 Hijrah (2020) di Kompleks Islam Darulnaim malam tadi.
Turut hadir Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Ya’kob, Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad dan anggota Exco Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.
Seramai 22 orang qari dan qariah memperdengarkan bacaan ayat suci al Quran mewakili jajahan. Tilawah itu diadakan selama tiga hari.
Baru-baru ini bekas penjawat awam kanan yang menggelarkan diri mereka sebagai G25 mengkritik undang-undang murtad.
Malah mereka menyifatkan keputusan seorang Islam untuk keluar agamanya antara individu itu dengan Tuhan. – HARAKAHDAILY 13/1/2020
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (duduk, tengah) mengadakan sidang media selepas mesyuarat di Wisma Darul Aman, Alor S...
HIJAU.FM...
MALAYSIA KE ARAH PENYAMUN LGBT
Anwar akan membawa Malaysia untuk 'normalisasis' untuk LGBT dan Penyamun Wang Rakyat
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment