NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Kimanis Pada 18 Januari Atau 1 Februari 2020?



Disebabkan 25 Januari 2020 adalah Tahun Baru Cina maka SPR mungkin akan mempertimbangkan dua tarikh ini sebagai Hari Mengundi untuk PRK Kimanis:
(1) 18 Januari 2020 (Hari Penamaan Calon: 4 Januari 2020)
(2) 1 Februari 2020 (Hari Penamaan Calon: 18 Januari 2020)

Jika dilihat kepada trend semasa SPR untuk melewatkan tarikh PRK, 1 Februari 2020 lebih berkemungkinan kerana sela masa antara Mesyuarat Khas dan Hari Penamaan Calon adalah 33 hari, selari dengan sela masa PRK Tanjung Piai, 32 hari.

Tetapi jika SPR mahu dilihat lebih efektif, pastilah 18 Januari 2020 lebih sesuai.

Dan jika SPR mahu dilihat lebih efektif lagi, tidak mustahil juga 11 Januari 2020 akan dipilih (Hari Penamaan Calon: 28 Disember 2019).

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo