NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Sosma: Hakim Disekolahkan Oleh Tun Hamid


oleh: Dr Kamarul

Padu sekali tulisan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, menyekolahkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang memutuskan bahawa Seksyen 13 SOSMA adalah tidak berperlembagaan kerana ia bercanggah dengan doktrin pengasingan kuasa.

Tiga petikan terpenting tulisan Tun Abdul Hamid adalah:

(1) “Hakim-hakim mengangkat sumpah untuk menegakkan Perlembagaan. Tetapi, di sini mereka membuang peruntukan jelas Perlembagaan dan menerima pakai penghakiman Mahkamah Agung India yang telah ditolak oleh dua penghakiman Mahkamah Persekutuan kita dan telah kekal sebagai undang-undang negara ini selama lebih tiga puluh tahun, untuk membuat keputusan yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan. Penghakiman merekalah yang tidak berperlembagaan. Merekalah yang telah menceroboh bidang kuasa Parlimen, bukan sebaliknya.”

(“Judges took the oath to uphold the Constitution. Yet, here they discarded the clear provision of the Constitution and adopted the judgment of the Indian Supreme Court which had been rejected by two judgments of our Federal Court and had stood as law of this country for over thirty years, to decide contrary to the constitutional provision. It is their judgment which is unconstitutional. It is they who had encroached the jurisdiction of Parliament, not vice versa.”)

(2) “Saya tidak nampak bagaimana prinsip struktur asas relevan dengan keputusan dalam isu ini. Prinsip ini relevan jika keperlembagaan sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen untuk meminda peruntukan Perlembagaan dicabar. Selanjutnya, menggunapakai prinsip ini, hakim mungkin memutuskan bahawa peruntukan yang hendak dipinda adalah sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan dan, oleh itu, tidak boleh dipinda. Di sini, apa yang dicabar adalah Seksyen 13 SOSMA, satu undang-undang persekutuan, bukan Perlembagaan. Apa yang hakim itu perlu tunjukkan adalah bahawa peruntukan itu bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan tertentu. Jika begitu, ia adalah tidak berperlembagaan. Tidak ditunjukkan (oleh hakim) peruntukan Perlembagaan mana yang undang-undang itu (SOSMA) langgar.”

(“I do not see how the basic structure principle is of any relevance to the decision of the issue. That principle is relevant if the constitutionality of a law passed by Parliament seeking to amend a provision of the Constitution is challenged. Then, applying that principle, the judge may rule that the provision sought to be amended forms part of the basic structure of the Constitution and, therefore, cannot be amended. Here, what is being challenged is Section 13 of SOSMA, a federal law, not the Constitution. All that the judge need to show is that that provision contravenes a particular provision of the Constitution. If so, it is unconstitutional. It is not shown (by the judge) which provision of the Constitution the law (SOSMA) contravened.”)

(3) “Dalam kes ini, hakim itu kelihatan bergantung kepada prinsip pengasingan kuasa bahawa mahkamah yang memutuskan sama ada ikat jamin perlu diberi atau tidak dan kerana kuasa ini dihilangkan dari mahkamah undang-undang itu (SOSMA) adalah tidak berperlembagaan. Pertama sekali, ikat jamin dan jenis-jenis kesalahan ikat jamin boleh diberi atau tidak oleh mahkamah adalah diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan. Mahkamah-mahkamah mendapat bidang kuasa mereka mengenai ikat jamin dari undang-undang persekutuan, khususnya Kanun Prosedur Jenayah. Bagaimana boleh dihujahkan bahawa dengan menghilangkan kuasa mahkamah-mahkamah untuk mendengar dan memutuskan permohonan ikat jamin mengenai jenis kesalahan tertentu Parlimen telah menceroboh bidang kuasa mahkamah-mahkamah? Parlimen yang memberi bidang kuasa dan kuasa itu kepada mahkamah-mahkamah.”

(“In this case, the learned Judge appears to rely on the principle of separation of powers that it is the court that decides whether bail should be granted or not and since that power is removed from the court that law is (SOSMA) unconstitutional. In the first place, bail and the types of offences bail may be given or not by the courts are provided by federal law. The courts obtain their jurisdiction regarding bail from federal law, in particular the Criminal Procedure Code. How then could it be argued that by removing the courts’ power to hear and determine bail applications in respect of a particular type of offences, Parliament has encroached on the jurisdiction on the courts? It was Parliament that gave that jurisdiction and power to the courts.”)

Sebab itulah badan dan orang seperti The Young Professionals, Datuk Dr Marzuki Mohamad dan saya sendiri mempersoalkan kewajaran Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan ke atas keputusan Mohd Nazlan ini. Lebih tinggi taraf seseorang hakim maka lebih berpengalaman dan lebih berpengetahuanlah hakim itu, tidak mengemukakan rayuan akan menidakkan hujahan seperti yang dibuat oleh Tun Hamid ini.

Terima kasih kepada Tun Hamid yang masih tekun menulis walaupun dalam keadaan uzur. Sewaktu menziarahi beliau baru-baru ini beliau masih tetap bersemangat untuk menulis walaupun memerlukan masa yang amat lama untuk menyiapkan sesuatu tulisan kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Semoga Tun Hamid diberikan kekuatan untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Tulisan penuh Tun Hamid, bertajuk “Who Is Encroaching Whose Jurisdiction, Parliament Or Courts?”, boleh dibaca di pautan ini: http://tunabdulhamid.me/2019/12/who-is-encroaching-whose-jurisdiction-parliament-or-courts/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo