KUALA LUMPUR: Peguam Syazlin Mansor yang mewakili waris anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim tetap terkilan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas meskipun keputusan inkues Adib berpihak kepada keluarga Allahyarham.
Syazlin meluahkan rasa terkilan itu apabila mengenangkan tuduhan yang telah dilemparkan terhadap beliau termasuk suaminya yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada ketika itu.
“Terkilan itu masih ada kerana ia bukan tuduhan yang kecil-kecil dan memberi kesan kepada integriti dan kerjaya saya.
“Apa pun keputusan dalam inkues ia tidak akan memberi kesan terhadap apa yang telah dilakukan terhadap saya dan suami,” katanya ketika ditemu bual menerusi Facebook Live anjuran Sinar Harian pada Selasa.
Ditanya sama ada beliau berhasrat bertemu dengan Peguam Negara, Syazlin berkata, tiada keperluan untuk beliau berbuat demikian.
Ini kerana, beliau berpendapat, sebagai seorang peguam yang mengendalikan kes jenayah, pertelagahan merupakan perkara biasa.
Kedudukan Syazlin semasa prosiding inkues mencetus spekulasi apabila dianggap mempunyai kepentingan tertentu sebelum mengumumkan untuk menarik diri.
Selain beliau menarik diri daripada mengendalikan kes itu, suaminya juga turut melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Menerusi temu bual itu, Syazlin juga mengharapkan pihak polis meneruskan siasatan termasuk pihak Jabatan Peguam Negara untuk melakukan pendakwaan bagi memenuhi permintaan ibu Allahyarham yang ingin melihat sendiri wajah si pelaku.
“Saya berharap agar harapan mak arwah untuk bertemu dengan pesalah dan pembunuh tersebut dimakbulkan,” katanya.
Pada 27 September lalu, Mahkamah Koroner telah memutuskan kematian Allahyarham Muhammad Adib adalah berpunca akibat perbuatan jenayah yang melibatkan individu yang tidak dikenali.
LANYAKLAH SANUSI ..... Roslan SMS Ada yang pernah berdemo di jalanan tuntut "Sarawak untuk orang Sarawak". Ada yang la...
HIJAU.FM...
MALAYSIA KE ARAH PENYAMUN LGBT
Anwar akan membawa Malaysia untuk 'normalisasis' untuk LGBT dan Penyamun Wang Rakyat
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment