NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Presiden PAS setuju dengan calon BN di Tanjung Piai


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dengan calon yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata, sokongan yang diberi adalah selaras dengan persefahaman Muafakat Nasional dengan UMNO yang dipersetujui partinya.

"Saya dengan ini mengesahkan Presiden PAS bersetuju dengan calon yang dikemukakan sebagai calon mewakili BN dalam PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 Nov nanti, iaitu Datuk Seri Wee Jeck Seng dari MCA.

"Pas yakin pemilihan calon tersebut dibuat berdasarkan kepentingan setempat di Parlimen Tanjung Piai sendiri yang diharap menjadi formula terbaik untuk meraih undi bagi menguatkan suara pembangkang di peringkat nasional, seterusnya membawa pendekatan politik matang yang tidak melampau.

"Sokongan ini juga adalah selaras dengan persefahaman yang dipersetujui dalam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas yang ditandatangani pada 14 Sept lalu," katanya.

Takiyuddin juga memaklumkan, Pas akan menghantar wakil-wakilnya dari kalangan pimpinan kanan parti untuk menghadiri hari penamaan calon pada 2 Nov ini sebagai sokongan kepada calon pembangkang.

BN pada Rabu mengumumkan pemilihan Wee sebagai calon berdepan Karmaine Sardini, calon Pakatan Harapan (PH), juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, .

Selain PH dan BN, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) turut meletakkan calonnya, Wendy Subramaniam, untuk bersaing dalam PRK Tanjung Piai.


Kerusi Parlimen Tanjung Piai kosong selepas kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik bulan lalu kerana komplikasi jantung.

Hari penamaan calon telah ditetapkan pada 2 November manakala hari pengundian jatuh pada 16 November.

Pada PRU14, Wee tewas kepada Dr Md Farid dengan majoriti 524 undi, sekali gus gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2008 dan 2013.

Kongres Maruah Melayu: Yang Di Rancang Dan Yang Terjadi


oleh: Tun Abdul Hamid
23 10 2019
tunabdulhamid@gmail.com

http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

(Rencana ini adalah untuk orang-orang yang sanggup baca. Jika ia terlalu panjang, baca sahajalah kesimpulan di penghujunya. Jika itu pun terlalu panjang, rencana-rencana saya tidaklah sesuai untuk mereka. – Pengarang)

Pada 20 Ogos 2019, bekas-bekas ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan UMNO dan diterima masuk menjadi ahli Bersatu datang menemui saya. Tujuan mereka adalah untuk meminta saya berucap di satu bengkel anjuran mereka pada 21 September 2019. Bengkal itu (bengkel politik) adalah satu daripda lima bengkel yang akan diadakan sebelum satu kongres Melayu besar-besaran diadakan yang akan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir.

Persoalan yang pertama sekali timbul di fikiran saya ialah sama ada kongres itu bertujuan menyaingi Himpunan Perpaduan Ummah (HPU914) yang akan diadakan pada 14 September 2019 itu. Ini kerana tarikh ia akan diadakan itu begitu rapat selepas HPU914 dan Perpaduan Ummah UMNO-PAS itu tentu sekali menggugat sokongan orang Melayu terhadap Bersatu dan PH. Maka, kongres itu hendak diadakan untuk menunjuk bahawa Bersatu juga sebuah parti Melayu untuk menarik pengundi Melayu kepadanya, yang semestinya menguntungkan PH dan DAP. Saya tidak mahu menjadi alat untuk tujuan seperti itu.

Menjawab soalan-soalan saya, mereka meyakinkan saya, pada masa itu, bahawa UMNO dan PAS juga akan dijemput. Malah, di kongres itu, pemimpin-pemimpin Melayu, termasuk daripada UMNO dan PAS akan duduk bersama-sama Tun Dr. Mahathir di atas pentas.

Saya berkata kepada mereka bahawa perpaduan orang Melayu/Islam di negara ini yang meliputi UMNO-PAS-Bersatu tidak mungkin berlaku selagi Bersatu berada dalam PH bersama-sama DAP. Saya bertanya mereka sama ada Bersatu sanggup keluar daripada PH untuk menyertai Perpaduan Ummah UMNO-PAS. Mereka meyakinkan saya bahawa Bersatu sanggup berbuat demikian. Ketua kumpulan yang datang itu berulang-ulang kali berkata bahawa hati mereka masih bersama UMNO.
Saya fikir, pada masa itu, jika Perpaduan Ummah UMNO-PAS menyatukan dua kumpulan orang Melayu/Islam terbesar di negara ini dan kongres itu akan meluaskannya meliputi Bersatu, ia patut disokong. (Namun demikian, saya lebih sukakan PRU15 ditandingi oleh PH seperti komposisinya sekarang dan Perpaduan Ummah UMNO-PAS dengan harapan Bersatu dan Amanah akan kalah, selakigus mengurangkan bilangan parti Melayu/Islam.)

Maka, saya bersetuju untuk menyampaikan ucapan di bengkel itu atas dua syarat:
1. Ia akan dihadiri oleh UMNO dan PAS; dan
2. Bersatu sanggup keluar dari PH.

Beberapa minggu berlalu dan saya tidak mendengar apa-apa berita mengenainya, manakala Setiausaha Agung Pas menelifon saya menjemput saya hadir di HPU14 dan berkata banyak orang mengharapkan kehadiran saya. Saya menerima jemputan itu.
Saya bertanya kepada ketua kumpulan yang datang ke rumah saya itu mengenai bengkel berkenaan. Saya lambat menerima jawapan. Akhirnya apabila saya tidak mendapat jawapan kepada dua syarat itu dan khuatir saya akan menjadi alat Bersatu yang akan menguntungkan PH dan DAP, saya menolak jemputan itu dengan baik.
Kemudian keluar berita PAS akan hadir Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan pada 6 Oktober 2019. Mulanya, saya kurang senang dengan keputusan PAS itu. Saya khuatir, jika PAS hadir tetapi UMNO tidak hadir, maka Perpaduan Ummah UMNO-PAS yang baharu sahaja dimeterai itu, sudah nampak seperti retak, dimanupulasi Tun Dr. Mahathir.

Semakin hampir tarikhnya, semakin jelas penglibatan IPTA-IPTA berkenaan. Tidak dapat dinafikan bahawa tujuan mereka hendak dilibatkan adalah kerana penganjur asal itu hendak mengelak kongres itu dituduh bermotifkan politik. Saya percaya IPTA-IPTA itu mengetahuinya. Jika demikian, mereka mereka menerimanya?

Mungkin mereka nampak ia adalah suatu kesempatan baik untuk mereka mengketengahkan pendirian mereka dalam isu-isu negara semasa untuk mendapat perhatian dan, mungkin, pelaksanaan, walaupun sebahagian daripadanya. Jika itulah sebabnya, mereka lebih cerdik.

Pemimpin-pemimpin DAP mula mengkitik kongres itu dan Tun Dr Mahathir. Kritikan terhadap kongres itu adalah atas alasan lama dan sama seperti yang diberi terhadap perpaduan ummah UMNO-PAS dan sebarang usaha untuk menyatupadukan orang Melayu/Islam: rasis, pelampau Islam dan sebagainya. Dr. Ramasamy, Timbalan Presiden DAP mengatakan ia adalah suatu uaha untuk merapatkan Tun Dr. Mahathir dengan PAS. (Kenyataan itu dibuat sebelum UMNO membuat keputusan untuk menyertainya.)

Lim Kit Siang mempersoalkan penglibatan IPTA-IPTA itu.

“Adakah empat universiti awam ini sanggup menganjurkan Kongres Maruah Cina Malaysia, Kongres Maruah India Malaysia, Kongres Maruah Kadazan Malaysia, Kongres Maruah Dayak Malaysia, Kongres Maruah Orang Asli Malaysia dan yang paling penting, Kongres Maruah Rakyat Malaysia?
“Martabat bagi rakyat Malaysia adalah jika setiap kumpulan etnik dan agama di Malaysia menikmati maruah masing-masing – yang selari dengan prinsip asas dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukunegara,” kata Kit Siang dalam kenyataan yang diedarkan pada Jumaat.’

Kemudian UMNO membuat keputuan akan menghadiri kongres itu. Bagi saya, keputusan UMNO itu sekaligus meletakkan Tun Dr. Mahathir bersama-sama UMNO dan PAS dan merenggangkannya dan Bersatu daripada PH, yang tentu sekali tidak menyenangkan sekutunya dalam PH, terutama sekali DAP.

Tiba 6 Oktober 2019. Ada laporan mengatakan lebih kurang 5,000 orang hadir. Ada yang mengatakan 10,000 tetapi menambah bahawa kebanyakannya adalah palajar-pelajar IPTA. Fakta bahawa kebanyakan yang hadir itu adalah pelajar-pelajar IPTA disokong oleh seorang sahabat saya yang hadir dan kenyataan Yap Wen Qing, Naib Presiden Kesatuan Pelajar Universiti yang menuduh bahawa asrama-asrama pelajar diarah menyumbang sebilangan pelajar Melayu untuk menghadiri kongres itu dan juga berita bahawa lebih 100 orang pelajar yang menghadiri kongres itu terkena keracunan makanan kerana memakan nasi lemak yang disediakan di kongres itu.

Dalam ucapannya, Tun Dr. Mahathir mengulangi kritikanya terhadap orang Melayu. Di samping itu katanya:

“Kita harus ingat bahawa dahulu Semenanjung ini adalah milik orang Melayu, dia dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu, itulah nama Semenanjung ini, tetapi hari ini kita dapati kita terpaksa kongsi dengan orang lain… Di zaman belum kita merdeka, pihak British yang memerintah negara kita pada masa itu membawa masuk orang asing dengan ramainya dan Raja-Raja kita berpendapat bahawa mereka ini adalah orang asing dan apabila habis tugas mereka, mereka akan kembali ke tanah air mereka, tetapi ini tidak jadi kenyataan, orang asing berasa selesa dengan negara kita dan mereka ingin tinggal di sini, nak tak nak pun kita terpaksa terima, kalau tidak kita tidak akan capai kemerdekaan.”
Tun Dr Mahathir telah dikecam hebat oleh pemimpin-pemimpin DAP. Ahli , Mohan Ramasamy memanggilnya “Bapak Racist”, “Sudah Nyanyuk” dan “Mana Maruah Kamu”.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat, Ronnie Liu Tian Khiew, menulis “Kami bukan lagi orang asing”, “Kata kata macam ni sakitkan hati kami”, “Lain kali tolong pakai otak sebelum membuka mulut”. Kritikan terbuka Ronald Liu terhadap Tun Dr Mahathir dan kenyataan bahawa tanpa Bersatu pun, PH masih mempunyai majoriti dan boleh menubuh kerajaan (The Star online 22 Oktober 2019) dan reaksi terhadapnya oleh pemimpin-pemimpin Bersatu menunjukkan keretakan itu telah menjadi semakin teruk.Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, menulis “betul-betul suatu penghinaan dan tidak sepatutnya”, ” tidak sepatutnya dikatakan” dan “sangat sensitif dan mengancam keharmonian kaum di negara ini”. (Terjemahan saya).

Pertama, perhatikan bahasa yang digunakan oleh Mohan Ramasamy dan Ronnie Liew itu. Itulah budaya mereka.

Kedua, saya tidak fikir mereka membaca ucapan Tun Dr Mahathir. Jika mereka membacanya, mereka sepatutnya tahu bahawa Tun Dr. Mahathir bukan bercakap mengenai mereka, tetapi orang-orang yang di bawa oleh British masuk ke Semenanjung Tanah Melayu semasa pemerintahannya. Memang mereka dipanggil “orang asing”. Itu fakta sejarah.

Malah, Tunku Abdul Rahman Putra dalam kenyataannya dalam The Straits Times Tahun 1957, berkata “All aliens who have been resident for 10 years can become citizens, if they sincerely desire it.” (“Semua orang asing yang telah bermastautin selama 10 tahun boleh menjadi warga negara, jika mereka benar-benar menginginkannya.”)

Tun Dr. Mahathir merasakan perlu untuk menafikan kritikan terhadap kongres itu. Katanya:
‘“Kita tak kecam orang Cina dan India, tetapi nak kecam orang Melayu kenapa jadi begini,” katanya pada sidang media di akhir Kongres Maruah Melayu di sini.

‘Beliau berkata, kongres itu juga tidak ada kaitan dengan politik kerana ia dihadiri semua pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), universiti dan parti politik.

‘“Mereka hadir sebagai Melayu dan nak tahu apa jadi maruah Melayu dan nak pulih maruah.”’ (BH Online 06 10 2019)

Ucapan yang paling menjadi kontroversial adalah ucapan Naib Canselor Universiti Malaya, Dr. Abdul Rahim Hashim. Mari kita baca dan faham dahulu apa yang beliau ucapkan. (Saya perturunkan bahagian yang berkenaan sahaja):

“ ‘Setahun yang lalu berlakunya peralihan tampuk kepimpinan negara, maka lahirlah harapan orang Melayu untuk melihat masa depan yang lebih terjamin. Malangnya, peralihan ini disulami perpecahan politik Melayu sehingga menghilangkan dominasi politik Melayu.

Lebih parah lagi selepas 62 tahun menikmati kemerdekaan, ekonomi orang Melayu masih ibarat melukut di tepi gantang. Kuiti korporat Melayu Bumiputera sekadar 23.4% manakala bukan Bumiputera memegang 34.8% dan ekuiti asing 37.2%. Ini menunjukkan sasaran Dasar Ekonomi Baru masih belum tercapai. Bukan itu sahaja, jurang pendapatan isi rumah juga semakin melebar dengan jumlah pendapatan Melayu Bumiputera 3.5 kali ganda lebih rendah berbanding kaum Cina bagi purata Malaysia pada tahun 2016.

Dunia pendidikan pula semakin mencabar. Pendidikan kebangsaan disaingi oleh pendidikan berasaskan kaum. Bahasa Melayu bukan lagi tonggak sehinggakan falsafah pendidikan kebangsaan tercabar. Malahan akhir-akhir ini hak keistimewaan Melayu, agama Islam, institusi Raja mulai dipersoalkan satu per satu.

Bukankah kuasa politik itu seharusnya milik kita?

Bukankah hasil mahsul negara ini sepatutnya memakmurkan kita?

Bukankah pendidikan itu boleh menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia?

Bukankah hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sepatutnya sudah selesai?

Justeru itulah, berdasarkan persoalan-persoalan yang dibangkitkan, Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu Universiti Malaya bersama dengan Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Teknologi MARA bergabung tenaga bagi meneliti kegusaran dan keresahan orang Melayu Bumiputera.’ ”

Esoknya (7 Oktober 2019), Malaysiakini melaporkan bahawa Yap Wen Qing, Naib Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Malaya mengecam Dr. Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor Universiti Malaya kerana membuat kenyataan yang bersifat perkauman di kongres tersebut.

“Beliau menyeru Rahim untuk meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan meletak jawatan kerana beliau tidak menyelesaikan masalah di kampus UM.

“Yap mendakwa bahawa, di kongres itu, Rahim berkata peralihan kuasa pada 9 Mei 2018 (dari BN ke Pakatan Harapan) telah menghapuskan penguasaan politik Melayu sementara hak istimewa orang Melayu juga dipersoalkan.

“Rahim juga dikatakan berkata kongres itu diadakan untuk memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencabar kontrak sosial, Yap mendakwa.

” ‘Kami mengkritik naib canselor kerana membuat kenyataan rasis,…’” (Terjamahan saya).
Bayangkan seorang pelajar sudah menjadi begitu besar kepala menuntut Naib Canselornya meletak jawatan!

Dalam hidup ini, orang yang tahu sedikit mengenai sesuatu perkara, merasakan dia telah tahu segala-galanya. Tetepi, lagi banyak dia tahu, lagi banyak dia tahu apa yang dia tidak tahu.

Saya selalu menasihatkan pelajar undang-undang: Oleh sebab kursus undang-undang empat tahun, jangan fikir apabila kamu lulus tahun pertama, kamu telah tahu satu perempat daripada undang-undang; apabila lulus tahun kedua, kamu telah tahu satu perdua daripada undang-undang; apabila kamu lulus tahun ketiga, kamu telah tahu tiga perempat daripada undang-undang dan apabila kamu lulus tahun keempat, kamu telah tahu semua undang-undang. Nantilah, pada hari pertama kamu pergi ke mahkamah untuk mewakili anakguam (client) kamu, baru kamu tahu berapa banyak yang kamu tidak tahu.

Nasihat ini terpakai juga kepada pelajar-prlajar di semua jurusan. Maka, jangan besar kepala. Be humble.

Di manakah rasisnya ucapan Naib Caselor itu? Kita petik apa yang dikatakan Yap sendiri sebagai asas tuduhannya bahawa ucapan itu rasis. Seperti dilapor, dua kenyataan Naib Canselor itu dikemukakan sebagai asas tuduhan itu:

1. Yap mendakwa bahawa Dr. Abdul Rahim berkata peralihan kuasa pada 9 Mei 2018 (dari BN ke Pakatan Harapan) telah menghapuskan penguasaan politik Melayu;

2. Hak keistimewaan orang Melayu juga dipersoalkan.

3. Yap mendakwa bahawa Dr. Abdul Rahim juga berkata kongres itu diadakan untuk memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencabar kontrak sosial.

Mengenai 1, itu satu pendapat beliau berdasarkan penganalisisan fakta yang dibuat oleh beliau. Jika kenyataan itu rasis dan tidak boleh disebut, maka pensyarah di fakulti sains politik pun tidak boleh berkata demikian dalam kuliahnya. Jika kenyataan itu rasis, maka kenyataan sebaliknya bahawa peralihan kuasa itu telah menguatkan penguasaan politik Melayu, juga rasis.

Mengenai 2, ini juga satu kenyataan fakta berdasarkan pengamatan beliau. Jika berkata “ada orang mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu” itu rasis, tidakkah orang yang mempersoalnya itu lebih rasis?

Jika kenyataan-kenyataan 1 dan 2 itu tidak betul, tulislah satu rencana, beri hujah-hujah dan alasan-alasan bagi menunjukkan bahawa kenyataan-kenyataan itu tidak betul. Beri hujah-hujah dan alasan-alasan bahawa seorang yang menyatakan satu fakta seperti dalam 1 dan 2 itu, rasis. Itu cara orang terpelajar respond kepda sesuatu isu.

Mengenai 3, saya membaca keseluruhan ucapan Naib Canselor itu beberapa kali. Beliau langsung tidak berkata demikian. Yang berkata demikiam ialah Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, Ketua Eksekutif kongres tersebut. Jika beliau berkata kongres itu diadakan untuk memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencabar kontrak sosial sekalipun, di mana rasisnya? Itu samalah dengan berkata untuk memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencabar hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Tujuannya untuk mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan, bukan untuk merampas hak kaum lain.

Yap juga menuntut Naib Canselor itu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan meletak jawatan kerana beliau tidak menyelesaikan masalah di kampus UM.
Apa kena mengena kegagalan menyelesaikan masalah di kampus UM, jika benar pun, dengan ucapannya di kongres itu?

Biar apa pun, apa yang dilakukannya itu bukanlah cara yang sesuai untuk menyatakan tidak bersetuju dengan ucapan Naib Canselor itu. Yap adalah Timbalan Presiden Kesatuan Pelajar. Mengapa tidak menggunakan saloran kesatuan itu untuk menyatakan rasa tidak puas hati kesatuan itu, jika ahli-ahli jawatankuasanya bersetuju dengan pandangannya? Dia juga seorang ahli Senat Universiti itu. Bukankah lebih sesuai dan lebih beradab (proper) untuk beliau membangkitkan isu itu di mesyuarat senat?

Pada 14 0ktober 2019, aktivis pelajar, Wong Yan Ke mempamerkan plakad yang mengandungi kata-kata “Tolak Rasis” dan “Undur VC” di atas pentas upacara konokasyen selepas menerima ijazahnya dan menjerit “Ini Tanah Malaysia”.

Pada hari yang sama, Malaysiakini melaporkan peristiwa itu sebagai “protes berani”.

Pada 17 Oktober 2019, The Star online melaporkan:

“Aktivis Pelajar Wong Yan Ke berkata protesnya terhadap Naib Canselor Universiti Malaya (UM) pada konvokesyen itu adalah untuk “mendemokrasikan” dan “memberi inspirasi” kepada kampus.
 “Dia berkata dia akan melakukannya sekali lagi tidak kira masalah yang dibawa oleh tindakan itu kepadanya sambil mendakwa bahawa Datuk Abdul Rahim Hashim tidak pernah bertanggungjawab kepada pelajar atau ahli akademik.” (Terjemahan saya).

Soalan: Adakah dia mendapat inspirasi daripada gerakan pro-demokrasi di Hong Kong?
Kepada Wong saya ingatkan, kamu bukan orang pertama masuk universiti dan mereka yang lebih awal dari kamu bukan kesemuanya kurang cerdik daripada kamu. Banyak di antara mereka yang radikal dan revolusionari. Tetapi umur, ilmu, pengalaman, tanggungjawab dan kebijaksanaan menjadikan mereka lebih matang hari ini.

Adalah perkara biasa bagi pelajar-pelajar yang baru membaca baberapa buah buku dan mengikuti beberapa kuliah, mahu mangubah dunia (change the world). Apabila mereka bekerja, tanpa disedari, sedikit demi sedikit (ada yang dengan serta merta) mereka mengubah diri mereka untuk menyesuaikan diri untuk hidup dalam dunia yang lebih luas. Itu lumrah alam yang seorang pelajar tentu tidak suka dengar.

Saya tidak berkata pelajar tidak boleh bersuara, tetapi biarlah sepadan dengan ilmu yang ada dan pengalaman, kematangan dan kebijaksanaan yang belum ada dan mengikut cara yang beradab, beradat dan beretika. Semua yang disebut di akhir ayat sebelum ayat ini juga perlu dipelajari, jika ia tidak diajar di rumah sekalipun.

Sehari selepas Wong melakukan protesnya (15 10 2019), Kon Hua Eng dari fakulti perakaunan telah tidak dibenarkan oleh pihak universiti daripada menerima ijazahnya di majlis konvokesyen universiti itu, kerana khuatir dia akan melakukan protes yang sama seperti Wong, sehari sebelumnya.

Kon adalah bekas presiden UM Association of New Youth. Mengikutnya, dia menduga sebab dia dihalang daripada upacara itu ialah dia telah membuat post di Facebooknya menyokong protes Wong.(The Star 15 Oktober 2019). Mengikut laporan The New Straits Times pada 19 Oktober 2019, polis simpanan menemui plakat yang dilipat dalam milikannya, sebelum dia dihalang.

Pada hari yang sama (15 Oktober 2019), The Malay Mail melaporkan bahawa pemimpin-pemimpin DAP Sosialist Youth (Dapsy) mempersoalkan sama ada Naib Canselor Universiti Malaya, Abdul Rahim Hashim mengabaikan nasihat Menteri Pendidikan Maszlee Malik untuk bersikap terbuka ketika berurusan dengan pelajar.

“Dapsy mengutuk tindakan Abdul Rahim Hashim yang menyalahgunakan kuasa untuk melarang pelajar siswazah Kon Hua En daripada mendapat skrolnya semasa majlis konvokesyen Universiti Malaya pagi ini.
………..
“Dari senyap apabila pelajar diserang oleh penyokong mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kepada membuat pernyataan perkauman semasa Kongres Maruah Melayu dan membuat laporan polis terhadap Wong kerana bersuara, terbukti bahawa Abdul Rahim telah gagal dalam melaksanakan tugasnya dan harus meletakkan jawatan dengan segera.” (Terjemahan saya).

Esoknya (16 Oktober 2019), The Star melaporkan bahawa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) telah menuntut Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Datuk Abdul Rahim Hashim untuk meletakkan jawatan jika beliau tidak dapat menerima kritikan daripada pelajar atau tidak mahu menyediakan ruang yang selamat untuk pelajar terlibat dalam wacana.

“… apa-apa kritikan terhadap dasar-dasar melalui protes atau ketidakpatuhan awam adalah dijangka dan dialu-alukan, selagi ia tidak menggalakkan keganasan terhadap orang lain,” kata pengarah eksekutif Suaram Sevan Doraisamy dalam satu kenyataan pada Rabu (16 Okt). (Terjemahan saya).
Perhatikan Suaram mengalu-alukan tindakan ketidakpatuhan awam (civil disobedience) yang termsuk tidak mematuhi undang-undang. Misalannya ialah apa yang sedang berlaku di Hong Kong sekarang! 
Pada hari yang sama (17 Oktober 2019), the Star online melaporkan:
“Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) berkata mereka menyokong hak Wong untuk menyatakan pendapatnya, tetapi tidak bersetuju dengan platform yang digunakannya.
“Mereka mengatakan bahawa protes itu telah mencemarkan majlis itu kepada orang lain, tetapi mungkin didorong oleh komuniti pelajar yang sudah tidak berpuas hati dengan tindakan Naib Canselor UM.” (Terjemahan saya).
Saya bersetuju dengan pendirian yang diambil oleh PKAUM seperti dalam perenggan pertama laporan itu. Saya bersetuju ia telah mencemarkan majlis itu, tetapi, jika betul pun ia didorong oleh komuniti pelajar yang sudah tidak berpuas hati dengan tindakan Naib Canselor UM, ia bukanlah justifikasi bagi perbuatan itu.

Seterusnya, Setiausaha PKAUM, Dr Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz berkata “Naib Cancelor itu gagal untuk menggalakkan toleransi dan perpaduan kaum di universiti dengan melibatkan diri dalam mengadakan kongres itu, dan bahawa beliau gagal untuk melepaskan diri daripada permainan ahli politik, yang tidak sesuai bagi ahli akademik.” (Terjemahan saya).

Beliau mungkin mempunyai satu hujah yang sah (valid) di sini. Tetapi, soalnya, jika ia satu hujah yang sah pun, adakah protes yang dilakukan di majlis konvokesyen itu sesuai? PKAUM sendiri mengatakan ia tidak bersetuju dengan platform yang digunakan. Itu isunya.

Setiausaha PKAUM itu seterusnya berkata:
“PKAUM bertanya di manakah the voice of reason dan tangan keadilan bagi mengurangkan kuasa naib-naib canselor yang laparkan politik yang menggunakan alat dalam organisasi mereka dan semua cara politik untuk memastikan mereka terus berkuasa, yang banyak di antara mereka tidak sesuai untuk mengisi (jawatan tersebut), dari awal lagi,…” (Terjemahan saya).
Ini ibarat membuka pekung di IPTA-IPTA. Saya tidak tahu hal sebenar. Maka saya tidak akan komen mengenai merit kenyataan itu. Tetapi, jika tuduhan itu benar pun, mengapa menunggu higga pelajar-pelajar membuat bantahan mengenai satu isu lain untuk menumpang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap naib-naib canselor? Apakah yang dilakukan oleh PKAUM mengenai isu itu selama ini?
Bantahan terhadap Naib Canselor itu adalah kerana ucapannya di kongres itu dikatakan rasis. Yap sendiri berkata “Kami mengkritik naib canselor kerana membuat kenyataan rasis,…” Demikian juga Wong. Plakad yang dipamernya tertulis “Tolak rasis”. Dia menjerit “Ini bumi Malaysia”, yang jelas merujuk kepada ucapan Tun Dr. Mahathir yang berkata:

“Kita harus ingat bahawa dahulu Semenanjung ini adalah milik orang Melayu, dia dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu, itulah nama Semenanjung ini,..”

Itu yang dibantah, bukan permainan politik Naib-Naib Canselor di IPTA-IPTA untuk dilantik dan kekal menjadi Naib Canselor. Apa yang tidak betulnya dengan apa yang dikatakan Tun Dr. Mahathir itu? Nampaknya Yap dan Wong tidak boleh dengar perkataan “Tanah Melayu” walau pun itu nama Semenanjung ini pada suatu masa dahulu, malah nama rasmi negara ini dalam Pelembagaan 1957 ialah “Persekutuan Tanah Melayu”.

Pada hari yang sama (17 Oktober 2019), The Star Online juga melaporkan:

“Pergerakan Akademik Malaysia (Gerak) berkata ia berdiri di belakang Wong Yan Ke mengenai tindakannya di majlis konvokesyen Universiti Malaya, baru-baru ini.

“Gerak berdiri tegak di belakang Wong dan hak dan kebebasannya untuk mengatakan apa yang dia katakan, walaupun (jika dia) mengatakannya dalam suasana yang selama bertahun-tahun telah diaturkan sebagai suram dan terhormat.

“Bagi mereka yang mengatakan bahawa ia adalah tempat yang salah, kami bertanya, apa lagi tempat yang lebih berkesan?” jawatankuasa eksekutif Gerak bertanya dalam satu kenyataan pada hari Khamis (17 Okt). (Terjemahan saya).

Nampaknya, Gerak hanya menitikberatkan soal hak untuk bersuara, tanpa memberi perhatian langsung kepada adab, budi bahasa dan adat resam. Adakah semuanya tidak relevan lagi? Jika demikian, tukarkanlah semula nama Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran.
Laporan itu juga memuatkan petikan dari Bernama yang mengatakan:

“Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa ketua pegawai penerangan Majlis Pemuda Malaysia (MYC) Wan Mohd Husni Abdullah berkata pelajar itu melanggar tradisi dan protokol upacara yang patut dihormati oleh semua pihak.

“’Tindakan pelajar itu menunjukkan kekurangan moral dan nilai sebagai orang yang berpendidikan dan melemahkan reputasi universiti itu di khalayak ramai. Penggunaan istilah ‘kebebasan bersuara’ (oleh pelajar itu) tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya dan perlu dilakukan melalui saluran yang betul,” katanya. (Terjemahan saya).

Katakanlah rasis atau apa pun, itu adalah pandangan hampir keseluruhan orang Melayu. Lihatlah, walaupun ia dikeluarkan oleh Bernama, berita itu hanya dilapor sebagai sampingan dan tidak diberi keutamaan langsung. Akhbar-akhbar lain mungkin tidak menyiarkannya langsung. Itulah “kebebasan akhbar”! Apatah lagi “akhbar rasis” Utusan Malaysia (akhbar-akhbar Cina tidak rasis!) telah berjaya dikuburkan. Berita-berita yang sealiran dengan akhbar-akhbar itu sahajalah yang akan diberi keutamaan. Di milenium kedua ini, itulah cara menguasai sesebuah negara.

Pada 19 Oktober 2019, The New Straits Times melaporkan bahawa Persatuan Undang-Undang Universiti Malaya mengeluarkan kenyataan, antara lain, mengatakan:

“Menurut Persatuan Undang-undang itu, kebebasan bersuara dipandu mengikut parameter dan keperluan berkaitan dengan ketenteraman awam, morality, defamation dan hasutan terhadap sebarang kesalahan, tetapi perkara itu tidak dinyatakan dengan jelas di dalam undang-undang atau dasar dalaman universiti.
“Kami memahami kebimbangan universiti berkenaan dengan pandangan bahawa majlis konvokesyen rasmi mungkin tidak menjadi platform yang sesuai untuk menyatakan bantahan yang sah.
“Walau bagaimanapun, mengambil kira keadaan sekeliling berkenaan dengan kes itu, bahawa protes itu tidak mengganggu aliran dan prosedur majlis itu, bahawa ia tidak menghalang pelajar lain daripada mendapatkan skrol mereka, atau menikmati pengalaman konvokesyen.
“Ia menambah bahawa protes itu juga tidak menghasut sebarang bentuk keganasan, dengan itu menyokong hak Wong dan Kon untuk kebebasan bersuara.” (Terjemahan saya).
Soalannya ialah sama ada tunjuk perasaan seperti itu sesuai dilakukan di atas pentas majlis konvokesen semasa upacara itu sedang berjalan atau tidak, tidak kira oleh seorang atau lebih; tidak kira ia mengganggu kelancaran perjalanan malis itu atau tidak; tidak kira sama ada ia menghalang pelajar lain daripada mendapatkan skrol mereka atau tidak; tidak kira ia menghalang pelajar-pelajar lain daripada menikmati pengalaman konvokesyen atau tidak dan tidak kira sama ada ia menghasut sebarang bentuk keganasan atau tidak.

Sekali lagi, soalannya ialah sama ada perbuatan itu sesuai atau tidak dan, oleh itu, patut dilarang atau tidak. Adalah tidak munsabah membiarkan seorang atau beberapa orang melakukannya, tetapi bila sudah terlalu ramai (berapa orang?) baru hendak berkata ia tidak sesuai dan perlu dihalang. Meraka semua melakukan atau hendak melakukan perbuatan yang sama. Mengapa yang awal sesuai dan yang kemudian tidak hanya kerana banyak orang telah melakukannya?

Demikian juga dengan faktor-faktor lain yang menjadi asas pendirian persatuan undang-undang itu. Jika kita hendak tunggu kesan sesuatu perbuatan itu dalam sesuatu keadaan itu berlaku baru hendak memutuskan sama ada perbuatan itu sesuai atau tidak, kita akan terlewat sepanjang masa.

DYMM SPB Raja Permaisuri Agong menyatakan sesuatu yang amat bernas, apabila baginda berkata:
“Saya tidak bersetuju bahawa tindakan itu diambil dalam satu acara rasmi. Tidak wajar dan tidak menghormati upacara itu.

“… Dia tidak sepatutnya melakukannya pada konvokesyen … menunjukkan rasa tidak hormat! Rather unbecoming! ” (Terjemahan saya).

Perhatikan juga bagaimana, dalam peristiwa itu, media massa memainkan peranan untuk mengagung-agungkan perbuatan dua orang pelajar yang, paling kurang, tidak beradab dan menjadikan mereka wira.

Sekarang mari kita lihat resolusi-resolusi kongres itu. Walaupun, melalui seorang sahabat yang menghadiri kongres itu dan saya sendiri, kami cuba mendapat resolusi muktamad dan rasmi kongres itu, sehingga saya menyiapkan rencana ini, saya tidak berjaya mendapatnya. Mengikut sahabat saya itu, tidak seperti biasa, di akhir kongres itu tidak ada sesi plenari yang meluluskan resolusi muktamad kongres itu. Beliau hanya berjaya memperolehi dua resolusi (mengikut sahabat saya itu, yang lainnya tidak ada), iaitu resolusi kluster Agama dan Ekonomi, dan beberapa teks ucapan peserta. Maka saya terpaksa menulis rencana in berdasarkan bahan-bahan yang saya ada itu.

Dari bahan-bahan itu pun, banyaklah resolusi/cadangan yang dibuat. Rencana ini bukanlah ruang untuk memperturunkan kesemuanya, apatah lagi membincangnya. Saya juga tiada kepakaran dalam semua bidang untuk membincanya.

Saya tidak fikir resolusi-resolusi dan cadangan-cadangan itu akan dan boleh dilaksanakan oleh Kerajaan PH. Dari segi itu, kongres itu tidak boleh dikatakan berjaya. Tetapi bagi individu dan kumpulan yang mencadangkannya, mereka telah berjaya menggunakan kesempatan itu untuk menunjukkan di mana letaknya kekurangan dan kelemahan Kerajaan PH (pada pandangan mereka) dan mengketengahkan cadangan-cadangan mereka, yang jika dilaksanakan, mereka berjaya dan, jika tidak pun, mereka (terutama sekali jika mereka adalah ahli-ahli parti politik pembangkang) boleh menjadikannya modal politik, untuk mengkritik Kerajaan PH. Lebih dari itu, ia juga akan meretakkan hubungan antara Tun Dr. Mahathir dan Bersatu dengan sekutunya, terutama sekali DAP. Itu kejayaan politik kepada UMNO dan PAS.

Bagi saya pun, bukan semua resolusi itu sesuai atau boleh dilaksanakan dalam kerangka Perlembagaan yang ada sekarang. Lebih lagilah bagi Kerajaan PH. Tetapi dengan adanya kongres itu, Kerajaan PH telah membuka peluang kepada individu dan kumpulan, termasuk parti pembangkang melambakkan tuntutan ke atasnya yang Kerajaan PH tidak mahu atau tidak mampu melaksanakannya. Selepas itu, Kerajaan PH akan terbuka kepada kritikan kerana tidak melaksanakannya yang akan memberi political mileage kepada parti-parti pembangkang, terutama sekali UMNO dan PAS. Ia juga akan menyebabkan rasa tidak puas hati parti sekutu PH, terutama sekali DAP dan merenggangkan mereka daripada Tun Dr Mahathir dan Bersatu.
Kritikan terbuka Ronnie Liu terhadap Tun Dr Mahathir dan kenyataannya bahawa tanpa Bersatu pun, PH masih mempunyai majoriti dan boleh menubuh kerajaan (The Star Online 22 Oktober 2019) dan reaksi terhadapnya oleh pemimpin-pemimpin Bersatu menunjukkan keretakan itu telah menjadi semakin teruk.

Dalam hal ini, dari segi politik, UMNO dan PAS yang untung.

Ini amat jelas terutama sekali mengenai dua resolusi:

1. Resolusi Kluster Pendidikan yang dicadangkan oleh wakil Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mewujudkan sekolah satu aliran melalui pemansuhan sekolah vernakular secara beransur-ansur dalam tempoh enam tahun.

2. Resolusi Kluster Agama yang di bawa oleh Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Kelantan bahawa jawatan utama kepemimpinan negara dan negeri, iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, serta kementerian penting seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri dan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam serta beraliran ahli Sunnah wal-Jama’ah. Begitu jugalah jawatan penting lain seperti Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan lain-lain jawatan strategik hendaklah digalas oleh muslim beraliran ahli Sunnah walJama’ah.

Mengenai 1, itu adalah yang sebaik-baiknya, demi perpaduan negara. Tidak ada negara yang membenarkan sekolah dua aliran, termasuk Singapure yang majoriti besar penduduknya adalah orang Cina. Masalahnya adalah orang Melayu yang, semasa mempunyai majority besar, tidak melakukannya kerana terlalu berlembut dan pemurah. Sekarang keadaan telah berubah. Orang yang dahulu lemah dan dikasihani telah menjadi kuat dan keras kepala dan menuntut lebih lagi hingga kita terpaksa mengalah lagi, sehinggakan sesiapa yang menyebut untuk mewujudkan sekolah satu aliran dikatakan rasis, manakala mereka yang mahukan sekolah vernakular, tidak. Malah, hari ini, mempertahankan hak orang Melayu adalah rasis. Tetapi, mempertahankan hak orang bukan Melayu dan mahukan hak Melayu tidak rasis. Itulah realitinya.

Sehari selepas kongres itu diadakan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan menyoal DAP mengapa ia berdiam diri mengenai resolusi pemansuhan sekolah vernakular secara beransur-ansur dalam tempoh enam tahun itu. Perhatikan, ia hanya lebih kurang sebulan sebelum PRK Tanjung Piai. Nyata sekali beliau ingin menarik pengundi Cina kepada MCA yang mahu calon MCA diletak di situ. Saya percaya, pengundi Cina tidak akan berpatah balik kepada MCA daripada DAP, tetapi pengundi Melayu yang merupakan majoriti mungkin tidak akan mengundi calon MCA. UMNO eloklah mengambil perhatian.
Mengenai 2, ia tidak akan dan tidak boleh dilakukan dalam kerangka Perlembagaan yang ada sekarang. Dari segi politik pun ia tidak mungkin boleh dilakukan. Malaysia bukan Kelantan. Tetapi, seperti isu hudud dipolitikkan di Kelantan, resolusi ini juga hanya akan menjadi modal politik selagi ia akan membawa undi. Biar apa pun PAS tidak ada apa-apa untuk rugi daripada resolusi yang dicadangkan oleh wakilnya itu. Yang rugi ialah Kerajaan PH.

Kesimpulan

1. Kongres itu bermula dengan tujuan untuk menyaingi perpaduan ummah UMNO-PAS dan menarik pengundi Melayu kepada Bersatu yang akan menguntungkan PH khususnya DAP.

2. Untuk mengelak ia dituduh bermotifkan politik dan memberi kredibiliti kepadanya, IPTA-IPTA diminta menganjurnya. (Siapa yang membayar perbelanjaannya, saya tidak tahu).

3. Mungkin IPTA-IPTA itu bersesetuju untuk menganjurkan kongres itu kerana mereka nampak ia adalah suatu kesempatan baik untuk mereka mengketengahkan pendapat dan pendirian mereka dalam isu-isu negara semasa untuk mendapat perhatian dan, mungkin, pelaksanaan, walaupun sebahagian daripadanya.

4. Tun Dr Mahathir nampak seperti terheret ke dalam kongres itu, melainkan jika beliau mempunyai tujuannya yang tersendiri.

5. UMNO dam PAS membuat keputusan bijak untuk menyertainya. Kehadiran mereka meletakkan Tun Dr Mahathir lebih rapat dengan UMNO dan PAS. Ini akan menimbulkan prasangka di kalangan anggota PH, terutama sekali DAP dan PKR terhadap Tun Dr Mahathir yang akan menambahkan lagi keretakan di antara mereka.

6. Dengan kehadiran di kongres itu, UMNO dan PAS tidak rugi apa-apa. Malah mereka untung kerana menyebabkan bertambahnya keretakan hubungan Tun Dr Mhathir dengan rakan sekutu PH. Di samping itu PAS, melalui wakilnya telah berjaya memasukkan satu resolusi yang memang tidak akan dilaksanakan oleh PH, memberi modal politik percuma kepada PAS.

7. IPTA-IPTA dikritik oleh DAP, individu dan kumpulan yang dipengaruhi oleh atau sependapat dengannya kerana terlibat dalam penganjuran kongres itu. Kritikan itu adalah atas alasan kongres itu rasis. Valid atau tidak alasan itu, ia mencemarkan imej IPTA-IPTA itu yang sukar dibersihkan sepenuhnya. Keadaan mungkin berbeza jika idea kongres itu datangnya dari IPTA-IPTA itu sendiri untuk mengumpulkan para akademik dan professional untuk membincang masalah orang Melayu semasa dan mencari jalan mengatasinya.

8. Kongres itu memberi kesempatan kepada golongan pelajar, terutama sekali Cina, yang dipengaruhi atau sealiran dengan DAP mengecam Naib Canselor Universiti Malaya kerana ucapannya di kongres itu yang disifatkan sebagai rasis. Valid atau tidak alasan itu, pelajar-pelajar itu telah dijadikan wira oleh orang dan kumpulan yang sependapat dan mempunyai kepentingan yang sama dengan mereka.

9. Isunya bukan hak pelajar-pelajar itu bersuara, tetapi di mana? Semua orang bersetuju mereka ada hak bersuara. Tetapi, manusia bukan sahaja ada hak. Manusia juga ada tannggungjawab, ada adab, adat, budaya, peraturan, etika dan, sepatutnya, perasaan malu untuk melakukan sesuatu yang tidak senonoh di majlis seperti itu. Adakah semua itu tidak relevan lagi?

10. Lebih mendukacitakan ialah, kumpulan-kumpulan yang menyokong pelajar-pelajar itu, termasuk ahli-ahli politik (pembuat undang-undang) dan ahli-ahli akdemik (cerdik pandai), juga cuma mengutamakan hak bersuara seseorang tetapi tidak langsung mengambil kira factor-faktor lain yang saya sebut dalam perenggan 9, malah ada yang terang-terang mengalu-alukan ketidakpatuhan awam (civil disobedience) dari mereka.

11. Ada pula ahli akademik yang mengambil kesempatan untuk mengkritik naib-naib canselor yang, mengikutnya, tidak berkelayakan memegang jawatan itu, bermain politik untuk dilantik dan kekal di jawatan itu.

12. Kita juga dapat melihat dengan jelas peranan media masa Bahasa Inggeris (Bahasa Cina saya tidak tahu) dalam mempromosikan pelajar-pelajar itu.

13. MCA, yang mahu bertanding di Tanjung Piai menagambil kesempatan untuk menarik sokongan pengundi Cina daripada DAP. Saya tidak fikir ia akan berajaya. Sebaliknya, jika orang Melayu mengikuti perkembangan isu kongres itu, mereka mungkin tidak akan mengundi calon MCA dalam PRK Tanjung Piai. UMNO perlu ambil perhatian.

14. DAP, terutama sekali Dapsy, tentu gembira dapat mempromosi pelajar-pelajar yang fikirannya sealiran dengan mereka dalam usaha memenagi sokongan orang Cina. Tetapi, sebenarnya mereka tidak perlu berbuat apa-apa untuk mendapat sokongan orang Cina lagi, pada masa ini. Orang Cina sudah pun berada dalam genggaman mereka. Sebaliknya, DAP perlu sedar bahawa perbuatan dua pelajar itu dan sokongan tidak berbelah-baginya mungkin lebeih berkesan kepada orang Melayu daripada ceramah bersepadu UMNO-PAS ke seluruh Semenanjung untuk menolak PH kerana DAP berada di dalamnya. Saya fikir dalam PRU15, undi orang Melayu lebih penting kepada PH, khususnya PKR, Bersatu dan Amanah.

15. Bahawa keretakan antara Tun Dr. Mahathir dengan DAP dan bahawa kongres itu memburukkan lagi keadaan itu tidak boleh dinafikan. Dalam masa dua minggu sahaja selepas kongres itu diadakan, keretakan itu telah menjadi lebih teruk apabila Ronnie Liu mengkritik Tun Dr. Mahathir secara terbuka dan mengatakan bahawa tanpa Bersatu pun PH masih mempunyai majoriti dan boleh menubuh kerajaan. Apa yang menyebabkan sekutu PH masih tolerate antara satu sama lain ialah mereka masing-masing takut sekiranya mereka berpecah pada masa ini, ada kemungkinan Tun Dr. Mahathir akan memohon DYMM SPB YDP Agong membubarkan Parlimen, menyebabkan PRU 15 diadakan lebih awal dan mereka akan kalah. Maka, adalah lebih baik untuk terus berkuasa sehingga tamat penggal Parlimen semasa.

16. Memandangkan di kebanyakan universiti, Canselornya yang menyampaikan skrol itu adalah DYMM Raja-Raja Melayu, DYMM Raja-Raja Permaisuri atau TYT Gobnor, perbuatan tidak beradab itu tidak boleh diterima sama sekali. Ia mesti di larang dengan hukuman yang setimpal bagi sesiapa yang melanggarnya. Janganlah suatu upacara yang beradat seperti itu dirosakkan oleh sekumpulan orang yang tidak tahu adat dan tidak beradab.

17. Saya tidak fikir resolusi-resolusi kongres itu akan dilaksanakan, tetapi kesannya yang tidak dirancang akan berpanjangan.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.


Najib, Guan Eng dan Goldman


oleh: Abdul Muein

MINGGU ini Bloomberg melaporkan bahawa kerajaan kita sedang membincangkan penyelesaian bernilai AS$2 hingga AS$3 bilion dengan bank Amerika Syarikat, Goldman Sachs berhubung dakwaan peranannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun begitu, jumlah yang ditawarkan itu sebenarnya kurang daripada separuh jumlah yang sebelum ini dituntut oleh kerajaan kita.

Tahun lepas, kita memfailkan tuduhan jenayah terhadap Goldman Sachs berhubung peranan bank itu sebagai underwriter atau penaja jamin dan pengatur bagi tiga jualan bon untuk mendapatkan AS$6.5 bilion bagi pihak 1MDB.

Malah, pada Ogos 2019 tahun ini kita memfailkan tuduhan jenayah terhadap 17 orang pengarah Goldman (termasuklah beberapa orang bekas pengarah).

Sebenarnya memang sejak Januari lalu lagi, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ada menyatakan kesediaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk berbincang bagi menggugurkan pertuduhan terhadap Goldman ini jika mereka bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak AS$7.5 bilion, jauh berbanding Goldman yang tahun lepas dilaporkan telah meletakkan AS$1.8 bilion untuk menampung kemungkinan kerugian yang berkaitan dengan prosiding undang-undang 1MDB.

Sumber Bloomberg berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berminat untuk mencapai perjanjian dengan Goldman tahun ini memandangkan kerajaan sedang bergelut dengan beban hutang yang tinggi.

Untuk rekod, Guan Eng baru sahaja menyatakan bahawa kerajaan membelanjakan sebanyak RM13.9 bilion untuk melunaskan bayaran khidmat hutang 1MDB dan SRC sejak 2017. Namun begitu, kita berharap agar kerajaan tidak mudah tunduk dalam tuntutan dengan Goldman Sachs.

Apatah lagi alasan bahawa kita dibebani hutang 1MDB dan SRC juga sudah boleh ditebus dengan aset-aset 1MDB sendiri.

Benar, Guan Eng ada memperincikan bahawa kerajaan menerusi Kementerian Kewangan dan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) telah membuat pembayaran balik hutang sebanyak RM8.8 bilion bagi pihak 1MDB dan SRC iaitu sebanyak RM6.7 bilion untuk 2017 dan pada 2018 (RM2.1 bilion).

Pada tahun 2019, sebanyak RM2.4 bilion perlu dibayar dan kes 1MDB sahaja melibatkan jumlah sebanyak RM51 bilion termasuk faedah yang hanya akan dilangsaikan sepenuhnya pada tahun 2039.

Namun hal ini telah dijawab oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Menurut beliau, jika diperhatikan angka yang diberi Menteri Kewangan, nilai pembayaran sebanyak RM6.7 bilion yang dibuat sejak 2017 itu adalah dalam termasuk AS$1 bilion (RM4.4 bilion) yang dihantar oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) kepada 1MDB tanpa faedah pada tahun 2015. Maka, hal ini bermakna 1MDB memulangkan AS$1 bilion ini kepada IPIC pada tahun 2017 dan ia bukannya bayaran hutang.

Berkenaan isu 1MDB perlu membayar hutang dan faedah pula, Najib memberi jawapan balas dengan memperincikan apa yang kita dapat dengan pinjaman 1MDB itu:

1. Menyelesaikan masalah perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan PM keempat yang menyumbang RM8 bilion hingga RM10 bilion kepada Petronas setiap tahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang. Dengan penyelesaian itu juga, harga saham TNB naik tiga kali ganda daripada RM5 hingga RM16 setelah keuntungan TNB berganda naik. Ini memberi manfaat kepada semua ahli tabung-tabung rakyat seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

2. 1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden negara.

3. Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah menjual sebahagian daripada projek itu pada harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini.

4. Projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion.

5. Perjanjian penyelesaian dengan IPIC di mana syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang disyaki hilang sebelum 30 Disember 2020.

Sebagai rakyat, kita tentulah berharap agar kebenaran tertegak. Semoga Najib terus dibenarkan untuk memberi jawapan balas. Jika Guan Eng yakin bahawa kita ada kes yang kuat dalam menentang Goldman Sachs pula, maka janganlah mudah kendur apa lagi berundur.

*Abdul Muein ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Dap Yang Rakus Melebarkan Kuasa Dan Pensyarah Um Yang Rasis


oleh: Dr Kamarul 

Prof Dr Edmund Terence Gomez, atau nama penuhnya Prof Dr Edmund Terence A/L Eric Boniface Gomez, pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, UM, dilaporkan secara meluas menghentam BERSATU yang didakwa “sedang melaksanakan apa yang pernah dilakukan oleh UMNO, menggunakan sistem sama, permainan yang sama” dengan membuat lantikan politik ke syarikat milik kerajaan yang dikuasai olehnya.

Hujah utama yang beliau gunakan adalah:

(1) Lantikan Dato’ Sazmi Miah, calon BERSATU yang kalah di P29 Machang, dan Dr Aminuddin Yaacob, calon BERSATU yang kalah di N37 Air Lanas, sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

(2) Lantikan Dato’ Zulkifli Mohamad, calon BERSATU yang kalah di N15 Ladang, dan Dato’ Seri Wan Marzuki Wan Sembok, calon BERSATU yang kalah di N30 Kijal, sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Tidak dinafikan bahawa lantikan politik ke agensi-agensi kerajaan adalah bercanggah dengan Janji 22 Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam syarikat milik kerajaan nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan profesional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka”.

Begitupun, apa yang kita mahu persoalkan ialah mengenai sikap rasis Prof Gomez ini ibarat “kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tiada nampak” ekoran tindakan beliau hanya menyerang BERSATU tetapi tidak pula menyerang DAP sedangkan yang jauh lebih banyak membuat lantikan politik ke syarikat milik kerajaan yang dikuasai olehnya ialah DAP.

Berikut adalah sebahagian lantikan politik ke syarikat milik kerajaan utama membabitkan pemimpin yang memegang jawatan tinggi dalam DAP Pusat dan DAP Negeri, dengan majoriti daripadanya adalah sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri DAP:

(1) Lantikan Ahli Parlimen DAP P89 Bentong, Wong Tack, yang merupakan Naib Pengerusi DAP Pahang, sebagai Pengerusi Malaysian Timber Industry Board (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, MTIB) pada Ogos 2018. Boleh rujuk laporan ini: https://www.malaysiakini.com/news/437165

(2) Lantikan Ahli Parlimen DAP P110 Klang, Charles Santiago, sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada November 2018. Boleh rujuk laporan ini: https://www.freemalaysiatoday.com/…/ahli-parlimen-klang-di…/

(3) Lantikan Dr John Brian Anthony, yang merupakan Ahli Jawatankuasa CEC DAP dan Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak, sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bintulu Port Authority (Lembaga Pelabuhan Bintulu, BPA) pada November 2018. Boleh rujuk laporan ini: https://www.theborneopost.com/…/dr-john-brian-anthony-appo…/

(4) Lantikan Ahli Parlimen DAP P172 Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, yang merupakan Setiausaha DAP Sabah, sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Labuan Port Authority (Lembaga Pelabuhan Labuan, LPA) pada Februari 2019. Boleh rujuk laporan ini: https://www.malaymail.com/…/kota-kinabalus-dap-mp-i…/1727781

(5) Lantikan Jeffrey Chew Gim Eam, yang merupakan mantan Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang, sebagai Pengerusi Penang Port Commission dan Pengerusi Penang Port Commission Teluk Ewa (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Teluk Ewa, PPC dan PPC Teluk Ewa) pada Mac 2019. Boleh rujuk laporan ini: http://bernama.com/bm/news.php?id=1701749 dan https://www.thesundaily.my/…/dap-upset-police-over-arrest-s…

(6) Lantikan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP N28 Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, yang merupakan Timbalan Pengerusi DAP Selangor, sebagai Pengerusi Port Klang Authority (PKA) (Lembaga Pelabuhan Klang, PKA) pada Mei 2019. Boleh rujuk laporan ini: https://www.malaysiakini.com/news/478033

(7) Lantikan Ahli Parlimen DAP P64 Ipoh Timor, Wong Kah Woh, yang merupakan Ahli Jawatankuasa CEC DAP dan Setiausaha DAP Perak, sebagai Pengerusi Sustainable Energy Development Authority (Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari, SEDA) pada Julai 2019. Boleh rujuk laporan ini: https://www.thestar.com.my/…/wong-kah-woh-appointed-seda-ch…

(8) Lantikan Ahli Parlimen DAP P211 Lanang, Alice Lau, yang merupakan Setiausaha Publisiti DAP Sarawak, sebagai Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, NIOSH) pada Oktober 2019. Boleh rujuk laporan ini: https://www.malaysiakini.com/news/494634

Mengapa mereka yang menyerang Naib Canselor UM sebagai rasis tidak pula menyerang pensyarah dari UM ini sebagai rasis kerana menghentam pemimpin-pemimpin Melayu sahaja tetapi mendiamkan diri dari menyentuh pemimpin-pemimpin bukan Melayu sedangkan yang jauh lebih rakus melebarkan kuasa mereka adalah pemimpin-pemimpin bukan Melayu?

Lim Guan Eng Dan "Hate Speech"Nya


oleh: Dr Kamarul

Keras sekali kenyataan terbaru Lim Guan Eng terhadap UMNO dan PAS.

Kata beliau: Pakatan UMNO dan PAS akan menjadikan hak-hak asasi bukan Islam dan bukan Melayu, yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, terhapus.

Kata beliau lagi: Kerajaan baru yang diketuai oleh UMNO dan PAS akan menjadikan:
(1) Bukan Islam dan bukan Melayu tidak boleh memegang jawatan Menteri dalam Kabinet;
(2) Sekolah jenis kebangsaan yang mengajar bahasa ibunda ditutup;
(3) Bukan Islam khususnya Kristian tidak boleh berkumpul untuk sembahyang;
(4) Barangan dan perniagaan bukan Islam diboikot;
(5) Bukan Islam dan bukan Melayu yang menentang mereka digelar babi, pengganas dan komunis.

Kelihatan agak jelas bahawa ini adalah ucapan kebencian (“hate speech”).

Mengapa perlu Lim Guan Eng memainkan sentimen kaum dan agama?

Apakah pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS hanya berdiam diri sahaja?

Berapa banyak laporan polis jika yang berkata adalah dari UMNO dan PAS?

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/2780021825375191

18 Undi PAS Untuk Tun M

Isu Komik: Dap Yang Sebenarnya Perlu Didisiplinkan



1. Belum pernah berlaku dalam sejarah dan hanya berlaku waktu pemerintahan PH pemimpin parti kerajaan secara konsisten menentang dan menghentam dasar dan pemimpin kerajaan, khususnya Menteri dan Perdana Menteri mereka sendiri.

2. Semalam tindakan ini berterusan dengan 43 pemimpin DAP membantah pengumuman Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, yang melarang pengedaran komik 'Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)' daripada memasuki perpustakaan sekolah.

3. Mereka telah :

(i) Mengecam Dr. Maszlee yang dikatakan semakin cenderung kepada UMNO yang rasis.

(ii) Mendesak Dr. Maszlee menarik balik arahan yang disifatkan tidak munasabah dan kini mahu komik ini dibenarkan memasuki bukan sahaja perpustakaan sekolah tetapi juga perpustakaan universiti.

(iii) Mendesak pihak polis supaya tidak melakukan siasatan ke atas Dr. Hew Kuan Yau selaku penulis isi komik ini.

4. Ketua Penerangan Pemuda BERSATU (ARMADA), Ulya Aqamah Husamudin, waktu membidas kenyataan 43 pemimpin DAP ini menyatakan mereka biadab dan mendesak DAP mendisiplinkan mereka yang menyerang menteri-menteri sendiri.

5. Saya menyokong sepenuhnya kenyataan Ulya kerana tindakan Dr. Maszlee melarang pengedaran komik ini adalah tepat, isi kandungannya memang bercorak propaganda DAP, mengagungkan negara China secara keterlaluan dan memberi salah mengenai masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

6. Apatah lagi bila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sendiri telah mengumumkan tidak-menahu mengenai komik ini dan menafikan memberi restu kepadanya sekali gus menunjukkan Perdana Menteri juga tidak bersetuju dengan kandungannya.

7. Begitupun, saya tidak bersetuju dengan Ulya yang mahu DAP mendisiplinkan 43 pemimpin DAP ini kerana sepatutnya DAP-lah yang perlu didisiplinkan oleh Perdana Menteri dan PH atas tindakan pemimpinnya menentang dan menghentam secara berterusan dasar dan pemimpin kerajaan.

8. Malah, sebenarnya DAP sudah tidak boleh didisiplinkan lagi, hanya menendangnya keluar dari kerajaan dan PH sesatunya cara untuk menyelamatkan negara dari mengalami kehancuran.

9. Jika tidak, maka semua institusi negara, termasuk polis, akan terus tidak selamat dengan terus-menerus cuba ditekan dan dicampuri urusannya oleh DAP supaya jadi selaras dengan kehendaknya.

Sekian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Kongsikan maklum balas anda mengenai isu ini di pautan berikut :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2828928123783866&id=569086473101387

Dap Ugut Untuk Tendang Keluar Bersatu?



Setelah berterusan mengkritik Tun Dr Mahathir, hari ini Ahli Jawatankuasa Pusat DAP merangkap Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu, mula memberi amaran untuk menendang keluar BERSATU dari PH.

Dengan tajuk “Mahathir: Harimau Kertas” yang memperlekehkan Tun Dr Mahathir dengan menggambarkan bahawa Tun Dr Mahathir kini seolah-olah sudah tidak bertaring, Ronnie Liu mengkritik pedas Tun Dr Mahathir.

Semua isu disalahkan Tun Dr Mahathir, termasuklah kedegilan Tun Dr Mahathir mempertahankan penerusan dasar bumiputera yang didakwa bercanggah dengan pendirian PH, isu khat, isu Zakir Naik dan sebagainya.

Amarannya pula adalah kononnya, walaupun BERSATU ada 26 MP, DAP, PKR, AMANAH, WARISAN dan UPKO pula ada 113 MP yang didakwa cukup untuk membentuk kerajaan tanpa BERSATU.

Kononnya juga, walaupun mungkin akan ada kem serpihan dari PKR, tetapi ini akan diimbangi oleh kem serpihan dari BERSATU yang akan menyokong DAP, PKR, AMANAH, WARISAN dan UPKO.

Kononnya juga, jika ia berakhir dengan pilihan raya mengejut, BERSATU adalah pihak yang paling rugi kerana tidak akan ada mana-mana parti, baik dari PH mahupun PAS-BN, yang mahu berpakat dengannya.

Kita tunggu dan lihat sahaja apakah benar Tun Dr Mahathir adalah harimau kertas yang sudah tidak bertaring ataupun tidak.

Mengapa Jemaah Menteri Tidak Hadir Berjemaah? – Syahir Sulaiman



Waktu Pertanyaan Menteri.

Pada setiap hari Selasa dan Khamis, Parlimen memperuntukkan masa yang khusus untuk Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat bermula jam 10 pagi.

Sesi MQT selama 30 minit ini diadakan sebelum bermulanya sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Parlimen, membolehkan persoalan isu mendesak dan mutakhir dijawab terus oleh Menteri yang berkaitan.

Tempoh masa yang diberikan kepada Ahli Parlimen untuk mengemukakan pertanyaan dihadkan kepada 1 minit, dan Menteri akan menjawab dalam masa 3 minit. Setiap Ahli Parlimen boleh mengemukakan pertanyaan sehari sebelum sesi MQT bermula, dan notis Aturan Mesyuarat akan dikeluarkan sehari sebelumnya.

Ini bermakna, sekalian Jemaah Menteri sudah sedia maklum akan ketetapan waktu di Parlimen bagi membolehkan mereka menghadiri sesi MQT dan Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada waktu pagi, selain mengikuti sesi perbahasan rang undang-undang yang bersambung sehingga waktu petang.

Parlimen tidak cukup korum.

Sebelum ini sudah terjadi beberapa insiden ketidakhadiran Ahli Parlimen di pihak Kerajaan dan Pembangkang ketika sesi perbahasan, sehingga memaksa loceng Dewan Rakyat dibunyikan menandakan korum kehadiran minima 26 orang Ahli Parlimen tidak mencukupi.

Terbaharu insiden ini berlaku pada hari Khamis 17 Oktober, sehingga memaksa sesi perbahasan Belanjawan 2020 tidak dapat diteruskan buat sementara waktu.

Menurut Ketua Pembangkang, insiden tersebut adalah amat memalukan, “Apa yang terjadi hari ini adalah sejarah hitam buat Parlimen apabila tidak cukup korum untuk bersidang, Menteri Kewangan tidak ada, timbalannya pun tidak ada, sedangkan ini perbahasan yang amat penting iaitu tentang bajet”.

Kejadian ini mengundang persoalan di kalangan rakyat, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan cadangan untuk mengelak daripada berulang, antaranya meminta agar nama Ahli Parlimen yang kerap ‘ponteng’ dipamerkan, atau dipotong elaun mereka.

Menteri ‘sibuk’ berjemaah?

Lebih mengejutkan apabila insiden yang sama hampir berulang di mana jelas kelihatan ‘ketidakhadiran’ Menteri dan Timbalan Menteri di Parlimen ketika Perdana Menteri menjawab pertanyaan dalam sesi MQT pada hari Selasa 22 Oktober, kecuali ditemani oleh Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Perkara ini turut menimbulkan rasa tidak puas hati oleh Perdana Menteri.

Dimaklumkan hal ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan Perdana Menteri telah memberikan amaran kepada Menteri dan Anggota Parlimen PH supaya hadir ke Parlimen semasa perbahasan, walaupun sibuk dengan jadual mesyuarat dan program yang padat.

Persoalannya, adakah ketidakhadiran sekalian Jemaah Menteri secara ‘berjemaah’ ini adalah suatu kebetulan yang tidak disengajakan, atau suatu perancangan yang disengajakan untuk menghantar ‘isyarat’ tertentu kepada Perdana Menteri?

Pastinya ada sebab dan alasan di sebalik setiap kejadian, namun perlu diingatkan bahawa tugas hakiki seorang Ahli Parlimen adalah sebagai penggubal undang-undang (legislator) yang diberikan kerusi bagi mewakili suara rakyat di dalam Dewan yang mulia, maka di situlah tempatnya yang perlu diberikan keutamaan.

Benarlah pesanan Sultan Muhammad V ketika memulakan ucapan perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-14, dengan ungkapan yang masyhur;

“Sila Duduk dan Jangan Lari”.

- Syahir Sulaiman, Catatan Bangunan Parlimen, 23 Oktober 2019

BMF: Exco agama dan mufti perak berselisih pendirian?


Kenyataan Media Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

1. Fitnah Exco Agama kerajaan negeri Perak, YB Asmuni Awi yang mengaitkan kempen Beli Produk Muslim (BMF) sebagai suatu kempen politik ini adalah suatu tindakan yang keji dan terkutuk.

2. BMF adalah gerakan rakyat dari pelbagai latar belakang untuk mengutamakan produk-produk Muslim tanpa mengira parti dengan syarat beragama Islam dengan harapan agar ekonomi umat Islam diperkukuhkan.

3. Kenyataan YB Asmuni Awi yang mengatakan bahawa Islam hanya mengajar kita mengutamakan produk halal dan bukannya produk Muslim jelas menunjukkan kecetekan dan ketidakjujuran beliau dalam berbicara mengenai Islam.

4. Islam mengajar kita agar saling bantu-membantu sesama Muslim terutamanya dalam membina kekuatan ekonomi umat, apatahlagi umat Islam kini sedang jauh terkebelakang dan lemah ekonominya.

5. Kita semua sedar peniaga-peniaga Muslim selama ini terpinggir di mana orang Melayu (yang semuanya beragama Islam) dicatatkan sebagai golongan termiskin sejak sekian lama di tanah ini. Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk berjihad membantu dan membangunkan ekonomi ummah.

6. Jadi, kempen BMF adalah cara yang paling berkesan dan baik untuk kita saling menolong di mana semua orang berpeluang untuk ambil bahagian.

7. Kita bukan sahaja bertanggungjawab mencari yang halal sahaja tetapi lebih besar dari itu; membangun ekonomi dan membantu sesama Muslim. Maka, Exco Agama negeri Perak ini perlu memahami Islam dengan sisi pandang yang lebih luas.

8. Pendirian beliau bercanggah dengan pendirian Mufti Perak yang menyokong penuh kempen ini dengan hujah-hujah dan dalil-dalil yang kuat. Jauh sekali jika dibandingkan dengan 'alasan' yang diberikan oleh YB Asmuni ini.

9. Dengan pendirian beliau yang bacul sebegini, jelas beliau tidak layak menjadi Exco Agama dan kelemahan beliau ini dilihat seolah-olah sedang dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu sahaja. Menteri Besar Perak perlu memecat beliau dan menggantikan dengan orang lain yang lebih layak.

10. Kita menyeru agar rakyat Perak menolak dan mengabaikan arahan Exco Agama ini. Teruskan istiqamah kita dalam membangunkan ekonomi umat melalui kempen ini. InsyaAllah.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
19 Oktober 2019

#BeliProdukMuslim #BMF
#MembelaUmmah

▪Telegram: telegram.me/aminuddinyahaya
▪Twitter: www.twitter.com/AminuddinYahaya

MP Nibong Tebal rebah


KUALA LUMPUR, 22 Safar 1441H, Isnin – Sesi perbahasan Dewan Rakyat petang ini dihentikan sebentar, susulan Ahli Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman rebah semasa sedang berbahas.

Beliau sebelum itu dilihat terhenti seketika ketika berucap, kelihatan terhoyong-hayang dan rebah, namun sempat disambut oleh Ahli Parlimen Subang Jaya Wong Chen.

Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh yang berada di bahagian belakang Mansor turut meluru bagi membantu ahli Parlimen berkenaan.

Melihat keadaan itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming, meminta pasukan perubatan yang berada di luar dewan supaya masuk untuk membantu memberikan rawatan awal.

Nga kemudian turut menangguhkan persidangan Dewan Rakyat lebih kurang lima minit.

Mansor dilaporkan sedar dan dipapah keluar dewan kira-kira 10 minit selepas diberikan rawatan awal itu. -Bernama

Pengurangan Tempat Letak Kereta Boleh Dilaksanakan Jika Sistem Pengangkutan Awam Telah Lengkap.



Menteri Pengangkutan telah mencadangkan kelonggaran penyediaan tempat letak kereta untuk pemaju yang membina projek-projek TOD ( Transit-oriented Development / Pembangunan Berorientasi Transit ) iaitu projek-projek yang berhampiran dengan stesen transit seperti LRT, MRT atau KTM.

REACH boleh bersetuju dengan cadangan tersebut jika pengangkutan awam kita telah lengkap, menyeluruh dan cekap. Tetapi cadangan ini belum lagi boleh dilaksanakan jika rakyat masih terpaksa menggunakan kenderaan sendiri untuk sampai ke sesuatu destinasi kerana sistem pengangkutan awam yang belum menyeluruh. Mungkin terdapat pengangkutan awam yang disediakan tetapi rakyat terpaksa bertukar LRT, MRT, KTM atau bas beberapa kali untuk ke destinasi mereka. Atau perjalanan mengambil masa 3 hingga 4 kali ganda berbanding dengan menaiki kenderaan sendiri.

Maka cadangan ini tidak seharusnya dilaksanakan sehingga sistem pengangkutan awam kita selesai dilengkapkan dan dipertingkatkan.

Walau bagaimanapun tidak wajar untuk memansuhkan sama sekali peruntukan tempat letak kereta untuk unit-unit kediaman yang dijual. Terdapat peruntukan di mana pemaju perlu menyediakan satu tempat letak kereta bagi setiap kediaman berstrata di bawah RM100,000 sebuah dan lebih dari satu untuk setiap kediaman berstrata melebihi RM100,000 sebuah. Peruntukan ini tidak wajar dimansuhkan kerana keperluan pembeli akan berubah dengan masa. Apa akan terjadi kepada mereka yang tidak mampu memiliki kereta ketika membeli kediaman tetapi mampu membelinya selepas beberapa tahun? Adakah mereka terpaksa mencari kediaman lain?

Kemungkinan besar penduduk akan meletakkan kereta di jalan-jalan di luar pembangunan seperti yang berlaku hari ini. Ini akan menyusahkan penduduk tempatan kerana berdasarkan pengalaman hari ini pihak Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) menghadapi masalah untuk menguatkuasakan undang-undang. Walaupun kereta-kereta disaman berkali-kali namun pemiliknya tetap berdegil.

Peruntukan letak kereta tambahan atau untuk tetamu mungkin boleh dikurangkan tetapi mestilah tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat. Pilihan juga boleh diberikan kepada pembeli untuk membeli tempat letak kereta tambahan. Ini juga dapat mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung oleh pemaju. Walau bagaimanapun kerajaan mesti memantau agar pemaju tidak memaksa pembeli membeli tempat letak kereta tambahan itu

Cadangan ini sememangnya boleh memanfaatkan pembeli rumah jika pemaju telus dengan kos pembinaan sesuatu pembangunan. Tetapi kita bimbang pemaju tidak mendedahkan kos sebenar untuk menyediakan setiap unit tempat letak kereta itu.

Hari ini terdapat pemaju yang melaporkan kos untuk satu tempat letak kereta adalah RM50,000. Walau bagaimanapun adakah pemaju akan membuat potongan RM50,000 kepada harga jualan rumah? Atau adakah ketika itu mereka akan melaporkan kos tersebut hanya RM20,000 dan hanya membuat potongan RM20,000?

Walau bagaimanapun kita tidak seharusnya melihat cadangan ini dari sudut pengurangan kos sama ada kos membina untuk pemaju atau kos memiliki untuk pembeli sahaja. Pembangunan di dalam kawasan TOD perlu mempertimbangkan pelbagai aspek. Pelan Struktur Selangor ( Selangor Structure Plan ) contohnya menetapkan 9 perkara yang perlu dipatuhi oleh pemaju di dalam kawasan TOD di antaranya adalah penyediaan rumah mampu milik, kawasan perniagaan mampu milik dan kemudahan awam.

Walaupun pelan tersebut menetapkan kawasan 400 meter dari stesen transit diklasifikasi sebagai kawasan TOD namun bukan semua pembangunan di dalam kawasan itu sesuai dengan pelan TOD. Oleh itu agak aneh, cadangan pengurangan tempat letak kereta ini dibuat oleh Menteri Pengangkutan. Walhal sepatutnya bagi perkara yang merangkumi aspek-aspek perumahan dan perancangan bandar perlu dibuat oleh Menteri Perumahan. Tambahan pula kuasa untuk menetapkan peraturan bilangan tempat letak kereta adalah di bawah PBT seperti Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran dan bukan Kerajaan Persekutuan tetapi Menteri yang menjaga PBT adalah Menteri Perumahan.

Dato' Iskandar Abdul Samad
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan / Resource Centre For The Advancement Of The Community And Housing
21 Safar 1441 / 20 Oktober 2019

Selamat Menduduki Peperiksaan


Salam Ukhuwwah..
Dedikasi buat semua yang akan mengambil  peperiksaan SMU,STAM SPM,STPM pada tahun ini...
Semoga dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG.

. ŲØِŲ³ْŁ…ِ  Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ْŁ…َŁ€Ł†ِ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ِŁŠŁ… 

Ł±Ł„ْŲ­َŁ…ْŲÆُ Ł„ِŁ„َّŁ‡ِ Ų±َŲØِّ Ł±Ł„ْŲ¹َŁ€Ł„َŁ…ِŁŠŁ†۞ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ْŁ…َŁ€Ł†ِ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ِŁŠŁ…۞ Ł…َŁ€Ł„ِŁƒِ ŁŠَŁˆْŁ…ِ Ł±Ł„ŲÆِّŁŠŁ†۞Ų„ِŁŠَّŲ§Łƒَ Ł†َŲ¹ْŲØُŲÆُ ŁˆَŲ„ِŁŠَّŲ§Łƒ Ł†َŲ³ْŲŖَŲ¹ِŁŠŁ†ُ۞ Ł±Ł‡ْŲÆِŁ†َŲ§ Ł±Ł„ŲµِّŲ±َŲ·َ Ł±Ł„ْŁ…ُŲ³ْŲŖَŁ‚ِŁŠŁ…َ۞ŲµِŲ±َŲ·َ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų£َŁ†ْŲ¹َŁ…ْŲŖَ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ۞ ŲŗَŁŠْŲ±ِ Ł±Ł„ْŁ…َŲŗْŲ¶ُŁˆŲØِ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ ŁˆَŁ„Ų§َ Ł±Ł„Ų¶َّŲ§ۤŁ„ِّŁŠŁ†َ۞Ų§Ł…ŁŠŁ†

ŲØِŲ³ۡŁ€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł…ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł‡ِ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ۡŁ€Ł…َŁ€ٰŁ†ِ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ِŁ€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€ŁŠŁ…ِ
 Ų§َŁ„ْŲ­َŁ…ْŲÆ ُ ِŁ„Ł„Ł‡ِ Ų±َŲØِّ Ų§Ł„ْŲ¹َŲ§Ł„َŁ…ِŁŠْŁ†َ
 ŁˆَŲ§Ł„ŲµَّŁ„Ų§َŲ©ُ ŁˆَŲ§Ł„Ų³َّŁ„Ų§َŁ…ُ Ų¹َŁ„Ł‰َ
  Ų£َŲ“ْŲ±َŁِ Ų§ْŁ„Ų£َŁ†ْŲØِŁŠَŲ§Ų” ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…ُŲ±ْŲ³َŁ„ِŁŠْŁ†
 ŁˆَŲ¹َŁ„َŁ‰ Ų”َŲ§Ł„ِŁ‡ِ ŁˆَŲµَŲ­ْŲØِŁ‡ِ Ų£َŲ¬ْŁ…َŲ¹ŁŠŁ†

YA ALLAH..
Bermula hari ini, anak- kami, anak-anak saudara kami, anak-anak sahabat kami sedang dan akan menduduki SMU & STAM juga sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Juga seterusnya peperiksaan STPM yang akan menyusul nanti..
Ingatan tulus juga didedikasikan kepada anak -anak yang telah menduduki peperiksaan UPKK,dan akan menghadapi peperiksaan SMRA, SDEA dan Sijil Darjah Khas dalam waktu terdekat pada tahun ini..

Kami bermohon kepada Mu Ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  Ya ALLAH...

YA ALLAH,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di sepanjang peperiksaan mereka berlangsung nanti YA ALLAH.... Permudahkanlah mereka menjawab semua soalan di dalam setiap matapelajaran yg mereka ambil nanti YA ALLAH.... Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana dalam skema jawapan dan menepati kehendak soalan..

YA ALLAH,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi YA ALLAH....Semoga menjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi hambaMu yang soleh dan solehah serta menghampiri diri mereka kepada Mu Ya Allah...

YA ALLAH,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepadaMu agar akhlak anak-anak kami diperbaiki..

Ya ALLAH..
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH..
Kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaanMu Ya ALLAH... Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Jauhilah mereka berada di tempat-tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka dari melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah...

YA ALLAH,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan janganlah Kau lalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH...

YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.

   Ų±َŲØَّŁ†َŲ§ ŲøَŁ„َŁ…ْŁ†َŲ§ Ų£َŁ†ْŁُŲ³َŁ†َŲ§ ŁˆَŲ§ِŁ†ْ Ł„Ł…َ ْŲŖَŲŗْŁِŲ±ْŁ„َŁ†َŲ§ŁˆَŲŖَŲ±ْŲ­َŁ…ْŁ†َŲ§ Ł„َŁ†َŁƒُŁˆْŁ†َŁ†َّŲ§ Ł…ِŁ†َ Ų§ْŁ„Ų®َŲ§Ų³ِŲ±ِŁŠْŁ†َ.
   Ų±َŲØَّŁ†َŲ§ Ų§ŲŗْŁِŲ±ْŁ„َŁ†َŲ§ ŁˆَِŁ„Ų§ِŲ®ْŁˆَŲ§Ł†ِŁ†َŲ§ Ų§َّŁ„Ų°ِŁŠْŁ†َ Ų³َŲØَŁ‚ُŁˆْŁ†َ ŲØِŲ§ْŁ„Ų§ِŁŠْŁ…َŲ§Ł†ِِ ŁˆَŁ„Ų§َ ŲŖَŲ¬ْŲ¹َŁ„ْ ŁِŁ‰ Ł‚ُŁ„ُŁˆْŲØِŁ†َŲ§ ŲŗِŁ„Ų§ًّ Ł„ِŁ„َّŲ°ِŁŠْŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆْŲ§ Ų±َŲØَّŁ†َŲ§ Ų§ِŁ†َّŁƒَ Ų±َŲ¤ُŁˆْŁٌ Ų±َŲ­ِŁŠْŁ…ٌ. 
   Ų±َŲØَّŁ†َŲ§ Ų¢ŲŖِŁ†َŲ§ ŁِŁ‰ Ų§Ł„ŲÆُّŁ†ْŁŠَŲ§ Ų­َŲ³َŁ†َŲ©ً ŁˆَŁِŁ‰ Ų§Ł„Ų¢Ų®ِŲ±َŲ©ِ Ų­َŲ³َŁ†َŲ©ً ŁˆَŁ‚ِŁ†َŲ§ Ų¹َŲ°َŲ§ْŲØَ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų±ِِ.
   Ų±ََََŲØَّŁ†َŲ§ ŲŖَŁ‚َŲØَّŁ„ْ Ł…ِŁ†َّŲ§ Ų§ِŁ†َّŁƒَ Ų£َŁ†ْŲŖَ Ų§Ł„Ų³َّŁ…ِŁŠْŲ¹ُ Ų§ْŁ„Ų¹َŁ„ِŁŠْŁ…ُ ŁˆَŲŖُŲØْ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ†َŲ§ Ų§ِŁ†َّŁƒَ Ų£َŁ†ْŲŖَ Ų§Ł„ŲŖَّŁˆَّŲ§ŲØُ Ų§Ł„Ų±َّŲ­ِŁŠْŁ…ُ. Ł±Ł„Ł„ّŁ‡Ł… Ł†Ų¬Ų­ Ł„Ų£ŲØŁ†Ų§Ų”Ł†Ų§ ŁŁ‰ Ų§Ł„Ų„Ł…ŲŖŲ­Ų§Ł† SPM Ł‡Ų°Ų§ Ų§Ł„Ų¹Ų§Ł…...،   ŁˆَŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„Ł‰َ Ų³َŁŠِِّŲÆِŁ†َŲ§ Ł…ُŲ­َŁ…َّŲÆٍ ŁˆَŲ¹َŁ„Ł‰َ Ų¢Ł„ِŁ‡ِ ŁˆَŲµَŲ­ْŲØِŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ.    Ų³ُŲØْŲ­َŲ§Ł†َ Ų±َŲØِِّŁƒَ Ų±َŲØِِّ Ų§ْŁ„Ų¹ِŲ²َّŲ©ِ Ų¹َŁ…َّŲ§ ŁŠَŲµِŁُŁˆْŁ†َ 
   ŁˆَŲ³َŁ„Ų§َŁ…ٌ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§ْŁ„ُŁ…Ų±ْŲ³َŁ„ِŁŠْŁ†َ ŁˆَŲ§ْŁ„Ų­َŁ…ْŲÆُ Ł„ِŁ„Ł‡ِ Ų±َŲØِِّ Ų§ْŁ„Ų¹َŲ§Ł„َŁ…ِŁŠْŁ†َ.

 Ų§Ł…ŁŠŁ† ŁŠŲ§ Ų±ŲØ Ų§Ł„Ų¹Ų§Ł„Ł…ŁŠŁ†.

Kami ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga cemerlang di dunia dan Akhirat .

Salam hormat:
Normala Binti Sudirman
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik)
21 Oktober 2019

Penggodam papar data dalam internet



KUALA LUMPUR: Sejumlah data peribadi kakitangan Universiti Malaya (UM) dibocorkan di internet selepas beberapa jam pautan pembayaran atas talian (e-bayar) milik universiti itu digodam.

Pautan e-bayar yang berada dalam laman web rasmi UM digodam pada tengah malam Khamis lalu menyebabkan nama pengguna serta kata laluan dibocorkan.

Perbuatan tersebut menyebabkan maklumat gaji ahli akademik dan bukan akademik termasuk nama dan akaun bank individu, nombor cukai pekerja, nombor Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, maklumat jabatan dan pangkat didedahkan kepada umum.

Menurut portal teknologi lowyat.net, sejumlah besar maklumat peribadi milik staf akademik dan bukan akademik UM dibuang daripada dalam talian.

Katanya, hampir 24,000 emel ID login dan kata laluan dipercayai daripada pautan pembayaran e-bayar itu pula dibocorkan.

“Sehingga Jun 2019, UM dilaporkan memiliki seramai 2,013 akademik tempatan dan 331 antara bangsa, 649 kakitangan pengurusan dan 2,877 kakitangan sokongan yang kami percaya menjadi mangsa pelanggaran data ini.

“Fail-fail yang bocor dimuat naik ke tapak perkongsian fail tanpa nama termasuk kata laluan dan pangkalan data. Ada kemungkinan lebih banyak data dan rekod kewangan termasuk dimiliki pelajar telah pun dikompromi.

“Bahagian pertama data yang bocor mengandungi maklumat slip gaji kakitangan akademik dan bukan akademik UM, termasuk nama bank dan nombor akaun,” katanya.

Menurut portal itu, nombor akaun bank sepadan dengan nama kakitangan, nombor MyKad dan ID kakitangan.

Katanya, bahagian kedua pula dengan saiz yang agak kecil tetapi mengandungi maklumat sulit tambahan seperti nombor cukai pendapatan, nombor Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), jabatan, lokasi cawangan, jawatan serta maklumat gaji.

“Kami juga mengesahkan penemuan hampir 24,000 e-mel ID dan kod kata laluan berada di dalam bahagian kedua.

“Kami mempunyai alasan yang cukup untuk percaya bahawa data ini adalah sebahagian daripada laman e-bayar yang telah digodam,” katanya.

Selepas serangan siber terhadap pautan e-bayar UM berlaku, portal berkenaan memberi amaran bahawa penggodaman tersebut akan memberi risiko tinggi terhadap kebocoran lebih banyak data.

Katanya, mereka mengambil langkah yang perlu dengan memaklumkan kebocoran data itu kepada pihak berkuasa sebelum menerbitkan artikel terbabit.

“Kami tidak dapat memastikan bahawa kebocoran data ini mempunyai kaitan secara langsung dengan isu berkaitan UM ketika ini atau satu kebetulan semata-mata.

“Sementara isu itu dapat diselesaikan, mangsa kebocoran data ini perlu mengambil langkah menangani kesan jangka panjang berikutan maklumat peribadi mereka didedahkan,” katanya.

Pemuda PAS cadang demonstrasi skala besar sokong Naib Canselor UM



BANGI: Pemuda PAS bercadang untuk menganjurkan demonstrasi berskala besar bagi menyatakan sokongan kepada Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Ir Abdul Rahim Hashim.

Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, tarikhnya masih belum diputuskan dan pihaknya akan meminta kebenaran kepada UM terlebih dahulu sebelum menganjurkan demonstrasi berkenaan.

“Insya-ALLAH kami akan bersama mahasiswa dan akan mengajak rakan dari Barisan Nasional juga, bersama kita turun ke demonstrasi ini. Kita akan minta kebenaran dulu dengan pihak UM dan kalau dibenarkan, kita akan buat di sana.

“Tarikh belum ada tapi kita akan buat di UM dalam skala besar,” katanya pada sidang media selepas program Townhall Mega Anak Muda di sini malam tadi.

Baru-baru ini, seorang mahasiswa UM melakukan protes dengan melaungkan slogan menolak kepimpinan naib canselor universiti itu sejurus selepas menerima skrol ijazah.

Graduan itu, Wong Yan Ke berjalan turun ke bawah pentas sempat berhenti sebentar, membuka plakad dan melaungkan, “Tolak rasis. Undur VC. Ini Tanah Malaysia”.

Sementara itu, dalam ucapan Khairil Nizam sebelum itu, beliau menganggap tindakan Yan Ke merupakan budaya yang amat tidak baik.

“Jangan buat seperti mana dibuat makhluk perosak di UM baru-baru ini. Ini makhluk perosak, tiada adab tiada akhlak, tidak boleh diterima akal. Hidup mesti berakhlak, jadi rakyat Malaysia yang baik.

“Kita harap bila kita buat demonstrasi halal ini, makhluk-makhluk perosak ini akan keluar dan suarakan tidak puas hati mereka. Jadi kita akan kenal makhluk-makhluk perosak ini, sediakan bygon (penyembur serangga) secukupnya,” katanya.

Katanya lagi, beliau yakin pensyarah yang berada di atas pentas itu juga ingin mengambil tindakan terhadap mahasiswa tersebut.

“Tetapi oleh kerana mereka memahami semangat konvokesyen pada hari itu, menghormati majlis maka mereka membiarkan,” katanya.

Selasa lepas, UM juga telah membuat laporan polis berhubung tindakan graduan kejuruteraan awam itu yang melakukan protes pada Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59.

UM dalam kenyataannya berkata, pihaknya kini menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sekali gus mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, kelakuan graduan berkenaan biadab dan tidak dapat diterima sama sekali.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-politik/pemuda-pas-cadang-demonstrasi-skala-besar-sokong-naib-canselor-um-220545

Sikap Pentadbiran Universiti Malaya Memalukan Dan Hilang Maruah Diri.


Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Menganggu majlis konvokesyen dengan menjadi badut politik diatas pentas bukanlah dalam ruang lingkup kebebasan bersuara dan berekspresi, namun ianya adalah lambang kebiadapan santri yang berselimut dengan segung rasa ego. Anak didik parti DAP melalui proksi kampus UMANY itu dibela dan disanjung sebagai wira apabila bersikap biadap . Universiti Malaya walau terkenal dengan gerakan radikal pelajar semenjak dekad 60an dan 1970an namun tiada mahasiswa yang begitu tolol sekali menyuarakan aspirasi politik mereka diatas pentas konvokesyen.

Lemahnya pentadbiran kampus UM pada hari ini apabila tidak berani mengambil tindakan terhadap Wong Yang Ke yang biadap ini. Sebagai graduan kampus tua ini saya merasa malu dan tertampar, menarik nafas panjang. Kalah akhirnya kampus tua bukan nyanyuk ini kepada desakan DAP dan talibarut mereka, walaupun 90 000 rakyat negara ini menandatangani petisyen sokongan supaya tindakan tegas diambil terhadap Wong . Pasca kejadian memalukan itu, Wong terus mencabar dan meremehkan VC Universiti Malaya.

Ingatan saya berundur kebelakang seketika, tahun saya menaiki pentas bergraduasi,seorang rakan baik tak dibenarkan berkonvo kerana kesalahan berdemonstrasi di Padang UIA PJ. Kami membantah satu konsert di Padang UIA Petaling Jaya, kolaborasi teman-teman aktivis UIA dan UM, kami menyerbu pentas utama konsert. Saya antara dalang demonstrasi tersebut "terlepas" kerana saya berjaya memboloskan diri daripada kepungan pihak keselamatan pada malam kejadian.

Sahabat baik saya itu yang ditahan pihak keselamatan bahkan dibicarakan di mahkamah pentadbiran kampus . Beliau menerima hukuman tak dibenarkan menyertai konvokesyen pada tahun tersebut, malah dianjakkan masa untuk mengambil transkrip. Anak kedah itu akhirnya menyambung ijazah MA di bumi Urdun dan kini menjadi tokoh penting disebuah kampus tempatan.

Kes Wong Yan Ke ini sangat memalukan dunia pendidikan negara ini, terutama Universiti Malaya yang merupakan universiti perdana dan sarat dengan sejarah emasnya . Melepaskan Wong akibat desakan pimpinan DAP bermakna redha akan ketololan anak muda ini, maka bersiaplah untuk ratusan insiden selepas ini.

Ironisnya, nasib Wong tak sama dan tak secerah dengan nasib seorang pelajar Melayu yang lain, jangan kita lupa sebelum ini seorang pelajar UITM, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi pernah digantung diplomanya selama dua tahun . Haris berswafoto diatas pentas konvokesyen dan perbuatannya itu dianggap sebagai tidak menghormati etika ketika majlis konvokesyen UITM.

Haris anak Melayu berswafoto atas pentas dengan Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub selepas terima skrol ijazah, namun perit hukuman yang ditanggung oleh anak muda berkulit sawo matang ini. Tiada pemimpin Melayu dan Muslim yang melalak dan bertekuk lutut mempertahankan Haris, ini kerana memahami etika dan peraturan kampus. Itulah membezakan kita dengan bangsa DAP, tak faham lagi?

( Penulis ialah graduan Universiti Malaya, Exco Kerohanian PERMATA)

Peperangan Di Sempadan Turki-Syria: Apa di Sebaliknya ?


oleh:  YB Muhammad Khalil Abdul Hadi

Ketika artikel ini ditulis, Amerika Syarikat dan Turki baru sahaja memeteraikan ‘perjanjian gencatan senjata’ antara tentera Turki dan tentera pemberontak Kurdis ( YPG ) selama 120 jam bagi memberi laluan kepada YPG untuk berundur setelah seminggu meriam-meriam tentera Turki membedil kedudukan YPG di sempadan Turki – Syria. Objektif utama tentera Turki dalam operasi ketenteraan ini ialah untuk menguasai sekurang-kurangnya 30km bumi Syria yang berada di sepanjang garis sempadan Turki dan 480km memanjang dari Manbaj, sebuah bandar di Timur Laut Aleppo sehingga ke sempadan Iraq. Perang sudah pun memasuki minggu kedua namun masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sebelum diulas dengan lebih lanjut konflik yang sedang berlaku ini, ianya perlu dilihat dalam kerangka yang luas dan mendalam. Bukan sahaja ianya pertelingkahan antara Turki dan pemberontak YPG, lebih jauh lagi pertembungan antara Sunni dan Syiah malah ianya lebih daripada itu.

Syria menjadi medan pertembungan kuasa-kuasa besar dunia dan rantau Asia Barat yang masing - masing mempunyai kepentingan tersendiri. Amerika Syarikat mempunyai kepentingan untuk menjaga keselamatan Israel serta sumber minyak dan gas melalui ‘sokongan’ kepada ISIS diperingkat awalnya, namun akhirnya memakan diri dan seterusnya berpakat dengan pemberontak YPG untuk menghapuskan ISIS. Iran pula menyokong regim Basyar Al-Asad, matlamatnya untuk mempertahan dan mengukuhkan kedudukannya kerana Syria hanyalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menjadi sekutunya dan menjadi jambatan antaranya dengan kumpulan Hizbullah di Lubnan yang menentang Israel.

Russia juga menyokong regim Basyar Al -Asad, matlamatnya untuk menandingi kuasa hegemoni Amerika Syarikat di Asia Barat. Setakat ini strategi Russia begitu berjaya sekali apabila diberikan keizinan membuka pengkalan tentera lautnya yang dibina di Tortuz, Syria ( Satu - satunya pengkalan tentera laut Russia yang berada di laut lepas di Asia Barat). Manakala Turki pula matlamatnya ialah untuk menjaga sempadannya daripada pemberontak Kurdish, namun berada dalam keadaan serba salah. Peringkat awalnya Turki menyokong perjuangan untuk menjatuhkan regim Basyar Al -Asad yang selari dengan kehendak Amerika Syarikat dan Israel, namun lama kelamaan Turki menyedari permainan jahat Amerika Syarikat dan Israel yang menikamnya dari belakang dengan menyokong YPG. Dari situlah bermulanya halatuju baru Turki hingga tercetusnya perang yang berlaku sekarang.

Siapa YPG ?

Bangsa Kurdis tidak mempunyai negara yang khusus, mereka hidup di sempadan Iran, Iraq, Syria dan Turki. Kebanyakan mereka diterima sebagai rakyat dan hidup dalam masyarakat majmuk di negara-negara yang tersebut di atas. Namun begitu terdapat perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara merdeka untuk bangsa Kurdis samada dengan jalan demokrasi mahupun persenjataan. Sempadannya daripada Turki di Utara sehingga Iran di Selatan. Justeru itu terbentuklah rangkaian pejuang-pejuang Kurdis dengan nama-nama yang berbeza mengikut negara-negara yang diduduki oleh mereka. PKK ( Kurdistan Workers Party ) yang bertapak di Turki mengambil pendekatan persenjataan manakala PYD ( Democratic Unity Party ) pula bertapak di Syria menjadi sayap politik dan sayap tenteranya ialah YPG. Adapun di Iraq ditubuhkan KRG ( Kurdis Regional Government ) yang menjadi kerajaan di wilayah Kurdistan Iraq. Manakala di Iran pula, pengaruh pejuang-pejuang Kurdis tidak sekuat di Iraq, Syria dan Turki. Kesemua kumpulan-kumpulan Kurdis ini adalah berfahaman nasionalis sekular dan sebahagiannya bertunjangkan kepada ideologi Maxist-Leninist khususnya PKK, PYD dan YPG.

Pengunduran Tentera AS Dari Syria

Kegawatan geopolitik di Asia Barat memasuki fasa baru minggu lalu selepas Amerika Syarikat mengundurkan saki baki tenteranya yang berada di antara sempadan Turki – Syria yang di kawal oleh Syrian Democratic Force ( SDF ) yang mana YPG menjadi tulang belakangnya. Pengunduran tentera Amerika Syarikat yang diarahkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencetuskan kemarahan sekutunya iaitu NATO dan Kesatuan Eropah serta majoriti ahli Dewan Senat dan Kongres Amerika Syarikat.

Alasan mereka menentang pengunduran tersebut termasuk oleh sekutu kuat Donald Trump di Dewan Senat Amerika seperti Senator daripada South Carolina Lindsay Graham dan Ketua Majoriti Dewan Senat Mitch McConnell ialah mengurangkan pengaruh Amerika Syarikat di rantau tersebut, tentera Turki akan membalas dendam ke atas YPG, ISIS akan bangkit kembali setelah pengunduran tersebut dan Russia akan menguasai geopolitik rantau Asia Barat.

Keputusan Donald Trump mengundurkan tentera Amerika Syarikat menyebabkan Speaker Kongres, Nancy Pelosi dan Senator Lindsay Graham selaku Senate Judiciary Committee Chairman, Dewan Senat Amerika Syarikat sedang merangka resolusi bersama di antara Kongres dan Dewan Senat Amerika Syarikat untuk menentang serta menolak keputusan Donald Trump dan mengembalikan tentera Amerika Syarikat ke sempadan Syria – Turki tersebut.

Lebih menimbulkan kemarahan mereka, pengunduran tersebut bukanlah untuk membawa pulang baki 1,000 anggota tentera ke Amerika Syarikat seperti yang dijanjikan oleh Donald Trump tetapi menghantar kesemua anggota tentera tersebut ke Arab Saudi untuk membantu Arab Saudi menjaga aset industri minyak dan gas agar tidak berlaku lagi serangan sebagaimana baru – baru ini. Tidak cukup dengan anggota tentera yang ada, Donald Trump mengarahkan anggota tentera tambahan seramai 2,500 orang lagi dihantar ke Arab Saudi yang menambahkan lagi kemarahan baik di kalangan anggota Kongres dan Dewan Senat Amerika Syarikat.

Persoalan yang timbul, mengapa secara tiba – tiba Donald Trump mengarahkan pengunduran tersebut tanpa dipersetujui oleh Pentagon, Dewan Senat dan Kongres Amerika Syarikat malah turut juga ditentang oleh sekutu mereka seperti NATO dan Kesatuan Eropah ? Ramai penganalisa geopolitik Asia Barat dan penganalisa daripada rangkaian ternama seperti CNN, BBC, Al – Jazeera dan Al Arabiya memberikan pandangan mengikut kepentingan negara masing – masing namun secara ringkasnya Iran, Turki dan Russia telah berjaya dalam strategi mereka memberikan tekanan serta menghalang Amerika Syarikat daripada menjadi kuasa tunggal dan hampir berjaya menghalau Amerika Syarikat keluar daripada Asia Barat.

Israel serta Kepentingan Industri Minyak dan Gas Asia Barat.

Peranan sebenar Amerika Syarikat di Asia Barat adalah untuk melindungi Israel dan menjaga kepentingan mereka dalam sektor industri minyak dan gas yang dikawal oleh gergasi minyak dan gas dunia milik syarikat multinasional Amerika Syarikat seperti Exxon Mobil. Israel sebagaimana diketahui umum adalah sekutu rapat Amerika Syarikat dan semenjak tertubuhnya Amerika Syarikat, ramai di kalangan pemimpin kanan Amerika Syarikat dan usahawan ternama adalah dari kalangan Yahudi berfahaman Zionist yang memperjuangkan penubuhan negara haram Israel di tanah Palestin sebagaimana yang kita lihat hari ini.

Apa yang berlaku di Asia Barat hari ini seperti kehancuran Iraq, Libya, Yemen dan Syria adalah akibat daripada polisi dan dasar Amerika Syarikat terhadap Israel serta monopoli industri minyak dan gas. ISIS, perang saudara mahupun pemberontakan yang berlaku di Iraq, Syria, Libya dan Yemen atau perang menentang keganasan dan senjata pemusnah hanyalah untuk mewujudkan ketidakstabilan di Asia Barat yang memberikan kelebihan untuk Israel untuk melindungi tanah jajahan mereka, merampas lebih banyak tanah air milik rakyat Palestin dan menguasai kepentingan industri minyak dan gas di rantau terbabit.

Apa Di Sebalik Operasi Ketenteraan Turki Di Syria?

Namun apa yang berlaku di sempadan Syria – Turki adalah berlainan dan lari daripada agenda asal Amerika Syarikat untuk menguasai dan menjadi kuasa tunggal di Asia Barat. Semuanya bermula ketika Perang Teluk di mana Amerika Syarikat dan sekutunya menyerang Iraq untuk menjatuhkan Saddam Hussien yang dituduh melindungi Al – Qaeda dan mengeluarkan senjata pemusnah yang berbahaya. Sebab utama Amerika Syarikat dan sekutunya menyerang Iraq adalah kerana pada ketika itu Iraq adalah ancaman utama dan terbesar kepada Israel di mana Saddam Hussien adalah penentang kuat ke atas kekejaman dan penjajahan Israel ke atas Palestin selain Iran. Malah Saddam Hussien acapkali mengancam untuk menyerang Israel jika berterusan merampas tanah air milik rakyat Palestin.

Pada ketika itu, tentera pemberontak Kurdis sedang berkonfrantasi dengan pemerintah di Iraq, Turki mahupun Syria untuk menuntut sebuah negara merdeka bagi bangsa Kurdis namun ditentang oleh negara – negara terbabit kerana majoriti bangsa Kurdis yang lain mampu hidup dengan bangsa Arab di negara – negara terbabit dengan aman sebagai sebuah masyarakat.

Maka selepas Amerika Syarikat dan sekutunya berjaya menawan Iraq dan menumpaskan Saddam Hussien, Amerika Syarikat dan sekutunya berhempas pulas pula cuba menghapuskan pemberontakan menentang Amerika Syarikat dan sekutunya di serata Iraq akibat daripada penakhlukan tersebut.

Di kalangan banyak kumpulan pemberontak yang melancarkan peperangan terhadap Amerika Syarikat dan sekutunya ini, ada antaranya yang benar – benar menentang penjajahan Amerika Syarikat ke atas Iraq tanpa ideologi dan fahaman yang ekstrim. Namun di kalangan kumpulan pemberontak ini, ada antara mereka telah diserapi ideologi dan fahaman yang ekstrim lalu mewujudkan gabungan kumpulan pemberontak yang besar dinamakan ISIS. Dipercayai ISIS sengaja diwujudkan oleh Amerika Syarikat untuk menentang kumpulan pemberontak yang menentang penjajahan Amerika Syarikat dan sekutunya di Iraq kerana ISIS lebih arif tentang Iraq dan keadah peperangan yang sesuai menentang pemberontakan tersebut.

Setelah berjaya menghapuskan pemberontakan, ISIS menjadi semakin besar dan tidak mampu dikawal oleh Amerika Syarikat. ISIS terus mengganas, menawan bandar – bandar di sekitar Iraq dan di sempadan Syria – Turki serta membunuh penduduk tempatan yang tidak berdosa. Akibat daripada itu, Amerika Syarikat meminta bantuan YPG untuk menghapuskan ISIS dengan memberikan bantuan senjata, kewangan dan lojistik namun Amerika Syarikat harus memenuhi syarat mereka iaitu memberikan kebebasan kepada mereka untuk memilih tempat untuk mendirikan sebuah negara merdeka untuk bangsa Kurdis.

YPG setelah bersetuju dengan Amerika Syarikat memulakan operasi mereka menghapuskan ISIS. Amerika Syarikat bersama YPG dalam masa 4-5 tahun berjaya menghapuskan ISIS dan saki baki pejuangnya. Bandar – bandar yang di takluki ISIS berjaya dirampas kembali dan ISIS berjaya dihapuskan dan saki baki pejuangnya berkubu di bandar – bandar di sempadan Iraq dan Syria – Turki. YPG meneruskan tindakan mereka memerangi ISIS di bandar – bandar sempadan terbabit namun seperti juga ISIS, YPG menakhluki pula bandar – bandar terbabit.

Penaklukan YPG ke atas bandar – bandar di sempadan Syria – Turki dan Iraq pula mencetuskan krisis kemanusiaan yang besar. Penduduk – penduduk berbangsa Arab samada dihalau atau lari meninggalkan kampung halaman mereka kerana dituduh melindungi mahupun menyokong ISIS. Jutaan penduduk lari ke Turki dan negara – negara Eropah. Dianggarkan hampir 3.5 juta orang lari meninggalkan bandar – bandar terbabit dan Iraq akibat daripada penaklukan YPG. Yang tidak berjaya melarikan diri ditangkap dan dituduh sebagai talibarut ISIS dan dipenjarakan. Dianggarkan hampir 15,000 orang dipenjarakan termasuk warga emas, wanita dan kanak – kanak oleh YPG dipenjara sekitar bandar di sempadan Syria – Turki.

Setelah berjaya menghapuskan ISIS, Amerika Syarikat menduduki Iraq beberapa tahun dan mentadbir Iraq bersama pemimpin tempatan pilihan mereka. Setelah keadaan Iraq stabil, Amerika Syarikat mengundurkan tenteranya secara berperingkat – peringkat dan kemudian menyerahkan kembali kuasa mentadbir Iraq kepada pemimpin tempatan. Baki anggota tentera Amerika Syarikat yang ada di Iraq di kerahkan berundur ke kawasan yang ditadbir YPG di bandar – bandar di sempadan Turki – Syria seperti di Ras Al Ain.

Maka apabila Donald Trump mengarahkan saki baki tentera Amerika Syarikat berundur daripada bandar di sempadan Turki – Syria ke Arab Saudi dan menyerahkan kawalan ke atas bandar - bandar terbabit kepada Turki setelah Donald Trump berunding dengan Recep Tayeb Edrogan, Presiden Turki, dunia menerimanya sebagai kejutan besar seolah – olah Amerika Syarikat melepaskan kekuasaannya terutamanya kepada Russia dan Iran. Pengunduran tersebut memberikan tamparan hebat kepada sekutu kuat Amerika Syarikat seperti Israel, Kesatuan Eropah dan NATO serta memberikan kejutan kepada pimpinan Amerika Syarikat sendiri di kalangan Republikan mahupun Demokrat.

Setelah tentera Amerika Syarikat berundur, tentera Turki terus menuju ke sempadan dan mengambil alih kawalan bandar terbabit walau ditentang hebat oleh YPG. Tidak jauh dari kawasan pertempuran di antara 50 – 100km di dalam kawasan Turki, terdapat beberapa kem – kem besar pelarian yang merupakan penduduk asal bandar – bandar terbabit. Rata – rata menaruh harapan agar dapat pulang semula ke kampung halaman mereka walau musnah kediaman mereka.


Russia, Iran dan Turki Bakal Merubah Geopolitik Asia Barat.

Pengunduran baki tentera Amerika Syarikat di Asia Barat ke Arab Saudi oleh Donald Trump menandakan Amerika Syarikat sudah mula kehilangan pengaruh dan kekuasaan di Asia Barat. Rata – rata pemimpin utama Asia Barat sudah mula berbaik – baik dengan Russia dan China. Di saat saya menulis artikel ini, Presiden Russia Vladimir Putin berada di Arab Saudi untuk lawatan rasmi yang boleh dianggap satu lawatan bersejarah terutamanya sejak pengunduran tentera Amerika Syarikat. Lawatan tersebut adalah yang pertama untuk Vladimir Putin sejak tahun 2007 yang menyaksikan Russia menandatangani perjanjian persefahaman untuk industri minyak dan gas serta membincangkan pergolakan serta geopolitik Asia Barat.

Kehadiran Russia sebagai kuasa baru di Asia Barat bakal menyaksikan Amerika Syarikat kehilangan kekuasaan dan pengaruh di Asia Barat. Kehadiran Russia sebagai “ Power Broker “ baru dijangka mampu meredakan ketegangan di Asia Barat terutamanya diantara Iran dan Arab Saudi. Iran yang dilihat sebagai sekutu kuat Russia oleh dunia, begitu juga Syria yang dipimpin oleh Basyar Al Assad dilihat menggunakan pengaruh Vladimir Putin untuk menundukkan Arab Saudi dan negara sekutunya di Asia Barat seperti UAE, Bahrain dan Oman, tidak terkecuali Amerika Syarikat.

Turki baru – baru ini mencetuskan kemarahan Amerika Syarikat dan NATO apabila membeli sistem peluru berpandu S – 400 daripada Russia dilihat condong kepada Russia oleh masyarakat dunia. Maka apabila Amerika Syarikat mengancam untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas Turki kelmarin akibat tindakan Turki tidak menepati perjanjian dengan Donald Trump dengan menyerang ke kawasan yang tidak ada dalam persetujuan ketika perbincangan baru – baru ini, Edrogan mengancam untuk meneruskan serangan dengan lebih agresif untuk menghapuskan YPG. Ancaman Amerika Syarikat nampaknya sudah tidak memberikan impak kepada Turki malah boleh dikatakan bahawa Amerika Syarikat sudah mula tidak dipercayai dan diyakini di kalangan Dunia Islam.

Sudah tentunya selepas Arab Saudi, saya percaya negara – negara teluk yang lain seperti UAE, Oman dan Bahrain akan mengikuti jejak langkah Arab Saudi untuk berbaik – baik dengan Russia. Diyakini tidak lama lagi China akan turut sama mengembangkan sayapnya ke rantau Asia Barat untuk meluaskan pengaruh dan kekuasaannya setelah hilangnya pengaruh Amerika Syarikat. Pengaruh Russia juga dirasakan mampu menghentikan serangan Arab Saudi dan UAE ke atas Yemen malah menghentikan peperangan tersebut. Konfrantasi Qatar dengan negara – negara Teluk di bawah pengaruh Arab Saudi juga dipercayai mampu diredakan dengan kehadiran Russia. Apa yang pasti, satu naratif baru untuk Asia Barat bakal menanti dunia dengan kehadiran Russia sebagai “ Power Broker “ baru di rantau ini.

Ternyata strategi Russia, Iran dan Turki untuk melemahkan pengaruh Amerika Syarikat di Asia Barat berjaya dan menjadi kenyataan. Yang paling rugi dan berada dalam keadaan getir sudah tentunya Israel. Lemahnya pengaruh Amerika Syarikat di Asia Barat bermakna Israel akan berada dalam situasi yang cemas kerana pelindung dan pendokong kuatnya sudah tidak mampu lagi menjadi bentengnya. Hubungan Israel dengan Russia juga tidak begitu baik dan berada dalam keadaan tegang apatah lagi Russia memberi amaran kepada Israel agar tidak lagi menyerang kedudukan strategik tentera Syria dan Iran. Kehadiran Russia dijangka mampu memberikan tekanan kuat kepada Israel, siapa tahu tekanan tersebut akan membawa kepada pengunduran sepenuhnya Zionist daripada bumi Palestin di masa akan datang.

Harapan saya agar rantau Asia Barat mampu mencapai keamanan yang berkekalan selepas ini. Yang paling utama ialah kesatuan di antara negara – negara Islam mesti diperkukuhkan dan dieratkan. Dunia Islam seharus tidak bergantung kepada mana – mana kuasa besar untuk mencapai kegemilangan dan kemajuan kerana Dunia Islam sendiri mampu membentuk kekuatan sendiri untuk kepentingan Islam dan umatnya. Sejarah membuktikan Dunia Islam pernah menjadi kuasa besar dan peneraju dunia, cuma persengketaan sesama negara – negara Islam dan umatnya memusnahkan legasi tersebut. Sama – sama kita kembalikan kegemilangan Dunia Islam agar Islam tidak pudar ditelan zaman dan terus pupus dimamah oleh kemajuan dunia.

*YB Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Pengerusi Hal Ehwal Lajnah Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat merangkap ADUN Batu Burok.
© all rights reserved
made with by templateszoo