NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu Terus Komited Tarik Pelancong



Oleh : Aminji

KEMAMAN 2 Januari- Kerajaan negeri hari ini mencipta satu momentum positif kepada pengunjung dalam usaha membangunkan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama kepada ekonomi dan rakyat dengan memartabatkan Terengganu sebagai negeri contoh pelancongan yang Maju, Berkat dan Sejahtera, yang lebih progresif dan inovatif serta berlandaskan Islam

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ab. Razak Ibrahim berkata, dengan menonjolkan kesediaan penggiat-penggiat di dalam industri pelancongan, ianya dapat meraih kehadiran ramai pengunjung ke Terengganu, bukan sahaja pelancong luar malah semua rakyat.

Jelasnya, sempena sambutan tahun baharu 2019, Terengganu menjadi salah satu negeri yang mempunyai rangkaian kemudahsampaian yang efisyen dari segi rangkaian perkhidmatan pengangkutan mesra pelancong, prasarana yang mencukupi dan merupakan negeri yang paling hebat sekali bahan-bahan serta unsur-unsur semulajadi yang menjadi tarikan kepada pelancong daripada seluruh Malaysia dan juga bahkan seluruh dunia

"Kempen ini turut mendapat kerjasama dan koloborasi Pejabat Daerah Kuala Nerus, Kemaman dan juga Besut.


"Dengan kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi pelancongan, syarikat-syarikat penerbangan dan badan-badan bukan kerajaan(NGO), pelancongan dapat memberi impak yang positif serta dapat dilaksanakan secara inovatif dan kreatif di negeri ini,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Meraikan Pelancong ke Negeri Terengganu sempena sambutan tahun baharu 2019 (Kempen Jom Singgoh Beautiful Terengganu 2019) di R&R Perasing Kemaman , semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak.

Sementara itu, Kempen Jom Singgoh Beautiful Terengganu 2019 turut diadakan di dua tempat lagi secara serentak selain di R&R Perasing, Kemaman, iaitu di Stesen Teksi Jerteh, Besut dan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.
Kempen ini juga turut diselitkan dengan persembahan Gamelan, Dikir Barat, Silat dan Busking bagi menarik pengunjung sempena sambutan tahun baharu 2019.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo