NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Cameron Highlands: Kayveas lawan calon DAP?


PETALING JAYA: Tan Sri M Kayveas dijangka akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya kecil (PRK) 26 Januari ini.

Menurut sumber, bekas presiden MyPPP itu akan membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat, termasuk parti mana yang akan diwakilinya.

"Kayveas akan membuat pengumuman untuk bertanding dalam masa terdekat, parti mana itu beliau akan umum nanti," kata sumber itu kepada FMT.

Katanya, Kayveas menerima banyak sokongan daripada pengundi yang meminta beliau bertanding selepas bekas penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk C Sivarraajh hilang kelayakan bertanding.

"Di Cameron Highlands beliau ada pengaruh kuat," kata sumber itu lagi.

Kayveas sebelum ini pernah mencuba nasib bertanding di Cameron Highlands pada pilihan raya umum lalu. Bagaimanapun beliau terpaksa mengalah atas semangat menghormati pucuk pimpinan dengan memberi laluan kepada rakan komponen Barisan Nasional (BN) dari MIC untuk meletakkan calon.

Semalam DAP mengumumkan M Manogaran sekali lagi diberi mandat untuk menjadi calon pada PRK kali ini mewakili Pakatan Harapan.

Pada 4 Jun lepas M Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan keputusan pilihan raya umum 9 Mei lalu bagi kerusi Cameron Highlands yang disandang C Sivarraajh dari MIC terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Berikutan itu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Sivarraajh dalam pilihan raya berkenaan terbatal setelah mendapati terdapat unsur rasuah di pihak beliau untuk membeli undi.

Pada 28 Dis lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 mengesahkan Sivarraajh yang merupakan naib presiden MIC tidak layak bertanding dalam PRK akan datang.

Pada pilihan raya umum ke-14 lepas, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen itu dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran dan 3 calon lain.

Sehingga kini hanya DAP mengumumkan calon yang akan bertanding bagi kerusi Cameron Highlands.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo