NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perak: Ketua kampung kekal jika prestasi baik - Exco




LUMUT - Ketua kampung lantikan kerajaan terdahulu di Perak yang mempunyai rekod baik serta disenangi masyarakat setempat akan dikekalkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi.
Beliau berkata, proses pemilihan ketua kampung telah selesai hampir 80 peratus dengan bakal melibatkan muka lama dan muka baharu.

"Setakat ini apa yang paling penting adalah mereka (ketua kampung terdahulu) diterima masyarakat. Soal mereka daripada parti mana tidak menjadi masalah selagi mereka disenangi rakyat dan mampu menjadi ketua kampung yang bertanggungjawab serta efisien," katanya. 

Sebanyak sembilan Ketua Pendakwa Syarie dari seluruh negara terlibat pada bengkel lima hari bermula hari ini bagi membincangkan pelbagai isu antaranya pengurusan standard jenayah syariah.

Asmuni bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Penetapan Resolusi Bengkel Penyelarasan Jabatan Pendakwaan Syariah Seluruh Malaysia di Pulau Pangkor di sini hari ini.

Sebanyak 859 orang ketua kampung akan dilantik pada 1 Julai depan bagi mengisi semula kekosongan jawatan itu setelah perkhidmatan ketua kampung sedia ada ditamatkan hujung bulan ini. 

- Bernama 








No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo