KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menulis surat terbuka yang mengandungi nasihat kepada pemimpin politik dan masyarakat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Beliau berkata, bahang PRU-14 tidak kurang mencuit emosi pemimpin politik, sama ada dalam media sosial mahupun di Parlimen, kedai kopi dan pentas ceramah, dengan pelbagai bentuk nada hujahan boleh diamati.
"Sayangnya, daripada kritikan membina kepada kem lawan, sudah ada sampai mengeluarkan kata-kata nista dan keras yang sedikit pun tidak melambangkan akhlak seorang Muslim," katanya.
Beliau berkata demikian dalam mukadimah surat itu yang boleh diakses melalui laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Justeru, katanya, 10 nasihat diberikan berhubung perkara itu, termasuk bersatu dengan berpegang kepada agama Allah, tidak bertelagah sesama sendiri, menjunjung akhlak dan adab, serta berkata benar dan baik.
Di samping itu, beliau berkata, menjauhi perbuatan melabel-labelkan dan memberi gelaran tidak baik terhadap pihak lain.
"Apa diucapkan seseorang pemimpin, itulah ikutan penyokong masing-masing.
"Jika baik ucapannya, maka baiklah yang dituturkan penyokong. Jika sebaliknya, itulah 'modal' bagi penyokong melemparkan kata-kata nista kepada lawan," katanya.
Selain itu, katanya, mereka perlu mengelakkan daripada menghina, mencaci dan melaknat sesama sendiri.
"Ingatlah, boleh jadi orang dihina itu jauh lebih mulia dan baik daripada kita," katanya.
Seterusnya, beliau berkata, sifat berbohong amat hina dalam Islam dan wajar dijauhi setiap Muslim.
"Jika perlu berdebat, lakukanlah dengan sebaik-baiknya. Dalam perdebatan, nilai intelektual, ketepatan maklumat dan hujah benar lagi sahih dengan dalil naqli (nas al-Quran dan hadis) serta mantiq aqli (logik akal) perlu dijunjung," katanya.--BHarian
Bung Moktar Radin menyifatkan gesaan Ketua Pemuda PBS, Cristopher Mandut agar dia meletakkan jawatan sebagai pengerusi Umno Sabah sebagai ...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment